Kes penderaan remaja orang kurang upaya (OKU) sindrom down yang dikenali sebagai Bella terus mendapat perhatian meluas.
Terbaharu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menawarkan khidmat peguamnya secara percuma bagi menjalankan arahan memerhati (watching brief).
Tunku Ismail berkata, beliau akan menghubungi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berhubung tawaran tersebut.
“Saya telah berhubung dan berbincang dengan peguam-peguam saya mengenai kes penderaan Bella.
“Kes ini sedang berjalan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan pihak pendakwaan kerajaan sudah memulakan perbicaraan terhadap OKT (orang kena tuduh) dalam kes ini,” katanya lagi.
Ads
Tambah Tunku Ismail, kes pendakwaan pada ketika ini melibatkan dua pihak iaitu pendakwa raya kerajaan bagi pihak kerajaan/awam dan peguambela yang dilantik untuk mewakili tertuduh (OKT)
“Saya akan menghubungi Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan menawarkan perkhidmatan peguam-peguam saya secara percuma untuk menjalankan arahan memerhati (watching brief) bagi pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat untuk kes ini,” katanya.
Ads
Tawaran tersebut susulan isteri beliau, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam dilapor sedia membantu Bella mendapatkan keadilan yang sewajarnya.
Pengisar antara bahan penting dan perlu ada di dapur kerana aktiviti memasak sedikit terbantut andai barang ini rosak dan sebagainya.
Selain mengisar bahan-bahan untuk memasak, ada juga bahan pengisar untuk mengisar buah-buahan dan sayuran untuk dijadikan jus.
Begitu pun, jika sering digunakan boleh menyebabkan mata pisaunya sering kali tumpul dan tidak tajam lagi. Ini menyebabkan bahan yang dikisar tidak sehalus yang anda kehendaki. Untuk mengasah mata pengisar tidak seperti mengasah pisau kerana bentuknya lebih kecil dan tidak boleh ditanggalkan.
Tidak perlu bimbang ada cara mudah untuk mengatasi masalah tersebut. Hanya guna bahan mudah ini sahaja iaitu garam kasar.
Cara menggunakannya :
Ambil garam dan masukkan ke dalam pengisar lalu kisar sebanyak satu hingga dua kali dalam sebulan.
Terdapat kristal garam yang sangat keras yang boleh membantu membuat pisau pengisar semakin terasah secara maksima. Jangan risau garam tidak akan merosakkan pengisar.
Selamat mencuba
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jangan buat main apabila mengalami rasa sesak nafas, sakit dada, dan tidak tentu kerana ini adalah antara tanda masalah Anxiety Disorder. Ikuti perkongsian oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad mengenai masalah ini.
Saya pernah melihat bagaimana seseorang sedang dilanda serangan anxiety.
Sebagai orang yang pernah tidak merasainya, tentu kita tidak faham. Bila melihat mereka mengalami rasa sesak nafas, sakit dada, dan tidak tentu arah. Pada masa itu mereka hanya fikir mahu pergi hospital, kerana rasa ajal sudah dekat.
Pada zahirnya mereka seperti orang sihat, tetapi hakikatnya segala-galanya sedang rancak bermain di minda.
Selalunya serangan ini berulang. Mereka yang sedang mengalami masalah ini, selalunya pernah mengalami masalah yang sama sebelum ini.
Sebagai doktor, kita berikan respon kecemasan. Mereka kata sukar bernafas dan perlukan bekalan oksigen. Saya selalu melayan saja kerana mahu mereka berasa selamat dengan adanya bekalan oksigen. Tetapi selalunya tak lama. Mereka merasakan bekalan oksigen tidak bermanfaat untuk mereka. Masih lagi mengalami sukar nafas.
Sebagai doktor, saya membuat pemeriksaan asas. Antaranya memeriksa bacaan tekanan darah, bacaan nadi, pemeriksaan pernafasan paru-paru. Semuanya normal.
Bagi doktor yang tidak berpengalaman, mereka tidak akan faham. Kerana ia tidak dikesan dengan pemeriksaan fizikal. Ia semua bermain di minda pesakit.
Anxiety akan membuat seseorang berasa cemas tanpa sebab , sukar bernafas, jantung berdegup dengan cepat, tidak boleh tidur , terlalu memikirkan banyak perkara dalam satu masa, dan yang paling ditakuti ialah selalu memikirkan tentang kematian tanpa sebatang sebab yang logik.
Selalunya ada faktor yang meransang serangan anxiety ini. Oleh kerana punca anxiety bermula di minda, selalunya faktor mental seperti stress, keletihan memikirkan masalah, rasa keseorangan dan tiada sokongan dari keluarga yang menjadi punca pada permulaan serangan anxiety. Malangnya kebanyakan mereka tidak sedar mereka mengalami tekanan. Kalau ditanya pun mereka kata tidak mengalami masalah tekanan emosi.
Hendak pulih memang kena ambil masa sebab tiada ubat yang benar-benar merawat masalah. Ubat penenang dari hospital akan membantu rasa tenang untuk sementara, tetapi ia tidak boleh diambil secara berterusan kerana bimbang akan sentiasa bergantung dengan ubat.
Dapatkan panduan dan sokongan dari mereka yang mahir. Tidak semestinya doktor kerana ada doktor yang tidak terlatih menhendalikan masalah sebegini. Boleh dapatkan panduan dari kaunsellor kaunseling atau psikologi.
Tanpa panduan yang betul, pesakit akan selalu berada dalam ketakutan. Takut untuk tidur, takut keluar rumah. Sentiasa cemas tak menentu, hilang selera makan dan sentiasa kelihatan letih dan lesu.
Selalu memikirkan perkara yang tidak logik. Contohnya “kalau aku buat begini, mungkin aku akan mati” Padahal ia tidak begitu. Ini menyebabkan hidup menjadi sentiasa risau dan murung. Kadang kala mereka menjadi negatif terhadap banyak perkara yang biasa kerana terlalu bimbang.
Saya cuba berikan beberapa panduan.
1. Cuba dekatkan diri dengan Allah. Jaga solat, buat amalan sunat seperti berzikir, baca Quran, solat sunat. Latih kebergantungan kita pada Allah. Jangan mengharap pada makhluk. Jika perasaan itu datang, katakan “Ya Allah permudahkan urusan aku”.
2. Jauhkan diri dari orang negatif. Tiga tanda orang negatif ialah suka merungut, suka mengumpat dan suka memandang rendah atau mencari salah orang lain. Jika dia tahap mencaci, mengutuk atau menyumpah tandanya orang itu sudah wajib ditinggalkan segera.
3. Cari kawan-kawan yang positif. Tiga tanda seseorang itu positif ialah menghormati atau menghargsi kita, selalu bercerita yang baik pasal orang lain dan selalu ingatkan kita agar minta pertolongan Allah.
4. Dapatkan dan baca buku motivasi, meninton cerita-cerita yang memberi semangat dan sertailah perkumpulan (usrah) tazkirah yang menghidupkan jiwa agama.
5. Mindset. Selalulah berharap pada Allah. Beritahu, “Allah sentiasa bersama orang yang solat dan bersabar. Allah bersama aku. Segala kesusahan ini hanya ujian untuk menguji ketaatan aku”
6) Cari kawan yang boleh buat aktiviti yang menyeronokan bersama. Lakukan senaman ringan seperti berjalan di taman, berjogging atau bermain badminton. Jika tiada kawan, ajak suami, anak-anak, adik beradik bagi mengelakkan berfikir terlalu banyak dan menjadi cemas .
7) Jangan tidur berseorangan. Sentiasa tidur berteman supaya boleh membantu jika berlaku serangan anxiety seperti tidak boleh tidur, rasa cemas, sakit uluhati, sakit dada atau sesak nafas .
8) Jaga pemakanan kita. Elakkan minuman yang manis dan bergula. Banyak ambil buah-buahan dan sayur-sayuran. Ambil protein dari sumber daging putih seperti ikan dan telur. Ambil minyak sihat seperti minyak zaitun dan avokado. Minum air kosong secukupnya.
Kesimpulannya saya percaya mereka yang ada masalah ini dapat diubati secara perlahan-lahan. Sokongan keluarga dan teman-teman sangat penting. Letakkan kebergantungan kita pada Allah.
Semoga bermanfaat
#HealthDrZubaidi
#anxietydisorderdrzubaidi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Datum Jelatek bakal menjadi lokasi acara Tahunan Langkawi Travel Fair yang bakal diadakan khusus untuk mengembalikan semula Pulau Langkawi sebagai lokasi perlancongan paling utama di negara kita.
Langkawi Travel Fair yang diadakan pada 16-18 Ogos lalu menghimpunkan 32 booth bersama seluruh pemain industri pelancongan Langkawi yang terdiri daripada pemilik produk ataupun product owner, travel agent, hotel 3 bintang ke bawah dengan menggunakan hashtag #LangkawiMurah #CuticutiMalaysia #NaturallyLangkawi dan #ExploreLangkawi.
Objektif travel fair ini pastinya bagi membuang persepi yang mengatakan Langkawi mahal dari segala sudut. Dengan adanya Travel Fair ini di Datum Jelatek pastinya dapat menarik pelancong-pelancong di sekitar Lembah Klang, khasnya Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Langkawi Travel Fair ini juga disokong oleh Tourism Malaysia dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan kerjasama DatumCorp International khusus bagi mempromosikan Langkawi secara berterusan bersama agensi-agensi kerajaan di Langkawi. Semuanya bagi mencapai sasaran 3 juta pelancong sehingga 31 Disember 2024.
Keistimewaan Langkawi Travel Fair ialah para pengunjung boleh mendapat potongan bermula 10% sehingga 40% hanya pada hari Travel Fair itu berlangsung sahaja. Pakej-pakej ini juga sah sehingga tahun Februari 2025 iaitu tahun Visit Kedah.
Objektif seterusnya adalah untuk menjadikan Langkawi sebagai Pulau Peranginan nombor satu di Malaysia serta salah satu pulau tercantik di dunia.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam sebuah temubual eksklusif bersama Majalah Keluarga, Ezwan Mohamad Zain atau dikenali juga sebagai MR E, pengasas Kueh Cafe, membuka lembaran baru tentang persahabatannya...