Eam tahun mendirikan rumah tangga beraama pasangannya Shahrul Fadzil, Juara Akademi Fantasia Megastar 2017, Idayu berkongsi berita gembira apabila hamil anak sulung.
Biarpun perlu menunggu lama untuk dikhabarkan berita gembira ini, Idayu atau nama sebenarnya, , Nur Farah Idayu Yaakob reda dalam setiap penantian yang panjang itu pasti terselit hikmah berharga
Idayu yang mendirikan rumah tangga pada 15 Mei 2014 kini memaklumkan usia kandungannya sudah lebih lima bulan.
Ads
“Ada ketika saya juga tewas dengan rasa sedih kenapa Tuhan tidak berikan saya rezeki berbadan dua lebih awal. Tipulah kalau saya tak rasa rimas kalau ditanya bila nak dapat anak. Cuma jangan sesekali putus asa berusaha.
“Namun percaturan dan kuasa Allah itu lebih baik. Saya dan suami kini bersyukur di atas nikmat dan keindahan fasa ini. Di sebalik dunia diuji dengan pandemik COVID 19 dan terkesan, saya bersyukur beroleh rezeki hamil.
Ads
“Saya dan suami yakin dengan peraturan Allah dan inilah waktu paling tepat. Kami akan sentiasa mensyukuri setiap detik ini. Moga dipermudahkannya,” katanya lagi.
Ads
Tambah Idayu lagi, dia dijangka melahirkan anak sulungnya itu pada bulan Mei depan.
“Jujur kalau tanya bab jantina, saya tak fikir langsung lelaki atau perempuan. Allah beri peluang merasai nikmat nak jadi ibu ini pun sudah besar rahmat buat saya.
“Moga bakal anak saya nanti dapaf dilahirkan sihat dan sempurna. Amin ya rabbal alamin,” katanya
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sempena hari kelahiran pelakon, Fazura yang ke 41 tahun hari ini, sejambak bunga pemberian suami menyorot perhatian ramai.
Hal itu dikongsikan Fazura menerusi Insta Storynya pagi ini.
Ibu kepada Nur Fatima Aisya ini menerima sejambak bunga berwarna merah jambu pemberian suami, aktor Fattah Amin berserta ucapan manis.
Menerusi kad itu, Fattah menitipkan doa buat Fazura agar sentiasa berada dalam keadaan sihat dan berada dalam perlindungan Yang Maha Esa.
“Selamat hari lahir mommy, daddy doakan di hari lahir kelahiran mommy sentiasa gembira, dimurahkan rezeki, diberi perlindungan Allah, kebahagiaan dunia dan akhirat selamanya,” tulisnya.
Sementara itu, Fazura secara ringkas menulis ‘terima kasih daddy’ sebagai tanda penghargaan buat suami.
Terdahulu, Fattah enggan melafazkan talak kepada Fazura di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pada Rabu.
Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.
Setiap kesukaran hidup, mengajar kita menjadi seorang yang matang dan berdikari untuk menhadapi cabaran yang mendatang. Sebagaimana keperitan hidup anak ini, yang kehilangan ayah tercinta kala usianya masih kanak-kanak, ibu pula pemegang kad, orang kelainan upaya sehinggakan pernah dikenali sebagai anak nakal pada usia 10 tahun sudah berani tak pulang ke rumah serta tidak hadir sekolah berbulan-bulan lamanya.
Setelah pemergian ayah, anak ini dan ibunya tinggal bersama datuk di kampung dengan menjalani kehidupan serba kekurangan. Namun, ia bukan alasan untuk anak muda ini patah semangat. Kini beliau mengorak langkah berjaya dalam bidang sukan. Sebagaimana perkongsian Puan Natipah Abu yang merupakan sukarelawan yang turut membantu menyediakan keperluan keluarga asnaf ini. Kisah ini sungguh inspirasi untuk menjadi kita ibu bapa yang cakna dalam mendidik anak.
Seperti yang selalu Kak Pah sebut di sini anak-anak kami datang dari berbagai latar-belakang. Pernah kandas sekolah sebelum diambil bersama kami itu bukanlah perkara asing lagi. Justeru itu, kami tidak mengharap banyak dari mereka. Dapat ke sekolah tanpa melanggar disiplin pun sudah cukup membanggakan kami. Ada pihak rumah anak yatim yang apabila kes dirujuk kepada mereka , akan bertanya pegawai JKM “ budak ni berapa A ? “ . Sedangkan kami pula , menerima seadanya selagi dia bergelar anak yatim atau asnaf.
Dulu anak nakal
Hafiz,
Arwah ayahnya pernah terlantar akibat angin ahmar sebelum pergi. Dia sudah menjadi anak nakal yang selalu ponteng sekolah bahkan kadang-kadang tak balik ke rumah sejak usia 10 tahun.
Apabila ayah meninggal .. dia pernah berhenti sekolah selama berbulan-bulan. Dia dan ibunya yang juga pemegang kad OKU itu, tinggal dengan arwah datuk dan nenek.
Kami menerima amanah menjaganya ketika dia berumur 11 tahun, tak lama selepas arwah ayah menghembuskan nafas terakhir.
“ Tok wan ni kalau nampak kereta masuk ke lorong rumah Tok Wan ni … kereta duk hujung sana lagi , tok wan di sini, ketaq nak pengsan dah. Takut cikgu mai cari Tok wan
nak habaq apa pulak tentang Hafiz ni … “
Begitulah fobianya arwah datuknya yang Kak Pah kunjungi beberapa ketika sebelum meninggal dunia tahun lepas akibat kanser .
Setelah empat tahun berlalu
Hafiz telah berjaya membuktikan bahawa setiap insan punya kelebihan. Andai diberi peluang dan tunjuk ajar dengan kasih-sayang .. masih punya masa depan yang gemilang.
Hafiz mampu menjadi seperti hari ini juga berkat sokongan teguh dari Mama Zaharah Mohamed Khir dan Abang Shah Akish Akasha , juga guru-guru dan mereka yang ada disekelilingnya.
Bakat sukannya mula menyerlah apabila dia melangkah ke sekolah menengah. Kini …. telah terpilih mewakili daerah setelah menang pingat emas dalam lari 200 meter dan 400 meter serta gangsa bagi 4X4.
Hafiz akan membawa nama SEK MEN KEB SG LAYAR dan DAERAH KUALA MUDA YAN dalam pertandingan peringkat negeri di Stadium Darulaman pada 11 Mac nanti.
Biarpun dalam kesibukan membuat persediaan ke Johor .. kami tidak lupa untuk menghargai kejayaannya. Semalam .. kami mencari kasut sukan yang dihajatkannya di beberapa buah kedai di Sg Petani malangnya tiada dan hari ini .. kami akan mencari lagi.
Moga kisah ini menjadi iktibar buat ibu bapa bahawa setiap anak itu, ada potensi diri yang harus digilap.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kolesterol yang tinggi antara punca risiko kepada pelbagai penyakit. Pengambilan makanan yang tinggi kolesterol seperti lemak, minyak dan sebagainya antara yang patut dielakkan.
Dalam penyediaan masakan Melayu, kita tidak terlepas daripada mengambil jenis makanan kaya lemak ini dalam menu harian seperti makanan bertumis dan bersantan. Namun semua ibu harus lebih bijak menyediakan jenis makanan yang lebih sihat dan bebas daripada kolesterol tinggi untuk keluarga.
Pun begitu ada caranya untuk memastikan kolesterol yang tinggi dapat dikurangkan pada kadar yang lebih baik. Saudari Noor Azlina berkongsi caranya untuk mengurangkan kolesterol dengan hanya mengamalkan dua bahan terpilih sahaja. Menariknya, petua yang dikongsikan olehnya ini merupakan saranan daripada seorang doktor. Jom kita cuba!
Disini Kak Noor nak kongsi ilmu yang Kak Noor sendiri belajar dari seorang doktor, iaitu tip untuk menurunkan kolestrol dengan cepat dan berkesan tanpa mengambil ubat.
Bahan-bahan:
Buah nenas
Sayur sawi
1. Kisar halus dua bahan ini sampai jadi jus.
2. Minum sekali sehari.
3. Amalkan minum jus ini setiap hari.
Insyaallah dengan izinNya, kolesterol akan dapat diturunkan dengan cepat. Insyallah.
Turunkan Kolesterol Tinggi?
Sayuran Hijau
Selain sawi dan nenas yang dikongsikan wanita ini, sayuran berdaun hijau antara yang disarankan untuk menurunkan kadar kolesterol yang tinggi dalam tubuh. Sayuran berdaun hijau memiliki kandungan antioksidan yang tinggi. Bayam, kacang buncis, kacang panjang dan banyak lagi jenis sayuran hijau antara yang disarankan.
Kekacang
Walnut, badam dan segala jenis kekacang dapat mengawal kolesterol daripada terus berkumpul di dalam badan. Serat yang tinggi membantu menyingkirkan kolesterol ini.
Oat
Begitu juga dengan oat. Oat merupakan makanan yang dapat menyerap dan sekaligus menyingkirkan lemak dan kolesterol yang terkumpul di dalam badan. Amalkan oat ini setiap hari.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...