Syampu Aloe Vera Buatan Sendiri, Bagus Lebatkan Rambut. Begini Cara Pembuatannya!

Share

Aloe vera seperti diketahui umum mempunyai khasiat dan manfaatnya dalam bidang kesihatan mahu pun kecantikan yang digunakan secara dalaman mahu pun luaran.

Dan salah satu yang biasa kita dengar adalah gel aloe vera tersebut bagus disapukan ke kulit kepala untuk menjadikan rambut lebih lebat dan sihat.

Jadi selain disapu, elok juga kiranya kita sediakan syampu dari aloe vera ini untuk dapat digunakan secara harian.

Nak tahu cara menghasilkan syampu aloe vera ini, ikuti perkongsian ilmu daripada Kebun Local ini. Semoga bermanfaat.

Mudah sahaja jika buat shampoo sendiri di rumah.

Bercucuk tanam bukan hanya untuk kita makan, malah kita boleh pelbagaikan kepada penggunaan tanaman kita.

Aloe Vera atau Lidah Buaya adalah tanaman yang lazimnya di tanam di hampir setiap rumah di Malaysia.

Mudah membesar dan tidak memerlukan penjagaan yang kerap.

Untuk kali ini, Kebun LOKAL menggunakan Aloe Vera + Madu sebagai base untuk shampoo kegunaan harian. Tiada bahan kimia dan tiada bahan pengawet.

Anda juga boleh menambah perahan limau kasturi, lemon atau limau purut sebagai penaik aroma shampoo nanti.

Oh ya, Boleh juga ditambahkan dengan sesudu Yoghurt Natural ke dalam Base Shampoo ini.

Ratio nyer kami tak tetapkan.Tetapi jika follow mungkin ini paling mudah :

4 batang Alor Vera (Saiz Sederhana) + 1 sudu makan Madu.

Jika sukatan madu lebih, warna shampoo akan follow warna madu tersebut.

Seperti mana yang kami buat nie. Sebab nak hilangkan bau Aloe Vera.

Cara-cara penyediaan Base Shampoo Aloe Vera :

1) Dapatkan Aloe Vera yang baik, buang kulit dan durinya.

2) Pisahkan kulit dan isinya, dan asingkan isinya di dalam satu bekas yang lain. Kulitnya, anda boleh masukkan ke dalam tong kompos. Jangan buang ke dalam tong sampah ya, rugi.

3) Masukkan ke dalam pengisar dan campurkan dengan sesudu Madu tambahkan sedikit air (Sukatan bergantung)

4) Setelah bahan di kisar, masukkan dalam satu bekas kaca & sudah sedia boleh digunakan sebagai shampoo.

5) Tambahan, tapis dahulu sebelum memasukkan base shampoo ke dalam bekas kaca ya. Baru smooth sahaja nanti.

Cara simpan

Ia mesti dalam botol kaca. 3-4 minggu dan perlu ditambah dengan madu ya. Jangan lupa yang tue. Simpan dalam suhu bilik atau nak lebih lama dalam peti sejuk.

Selamat mencuba ya.

Sumber : Kebun Local