Bila nak cari pasangan ni mesti lah kita cari yang boleh melayan perangai dan bebelan kita. Rupa saja tak cukup. Perkahwinan ni bukan bukan sekadar cintan cintun.
Perkahwinan ni bermaksud kita habiskan sisa kehidupan bersama pasangan.
Sebab itu lah penting cari pasangan yang sekufu supaya tak stress dan murung untuk melalui kehidupan hari-hari.
Bayangkan balik kerja dan nak bergossip tiba-tiba pasangan tak nak layan, tak ke stress?
Rasa macam kita bertepuk sebelah tangan kan? Dapat pasangan yang melayan kerenah kita ni satu rezeki tau.
Geli hati melihat reaksi Syamel, suami Ernie Zakri dalam video yang dikongsinya di akaun Instagramnya.
Kelihatan Syamel yang fokus mendengar cerita yang dikongsi oleh isterinya itu. Apa lah yang serious sangat tu kan? Entah rahsia negara apa yang diceritakan.
Nampak tak keserasian di situ? Mungkin macam ni lah rupanya bila berkahwin dengan kawan sendiri.
Ads
Lagi bagus, makin erat lah hubungan persahabatan tu. Dalam masa yang sama dapat eratkan hubungan suami isteri. Multitask gitu.
Melalui perkongsiannya itu, rakan artis Linda Onn turut meninggalkan komen.
Netizen turut terhibur dengan gelagat si suami Ernie.
“Ini lah yang kita para isteri mahukan…..”
Ads
“Tak semua husband boleh fokus macam tu sebab menghadap telefon je….”
Suami-suami di luar sana boleh la jadikan Syamel sebagai contoh. Baru lah isteri ceria bila luahan mereka didengar. Tak ada lah murung je setiap kali balik kerja.
Pandangan orang yang skeptikal yang mengutuk anaknya, mohamed Neqayl Nedim atau lebih mesra dengan panggilan Ney Ney tidak comel dan sebagainya. Namun sebagai seorang anak seni Nora Danish akui sudah biasa dengan situaasi tersebut. Cuma sebagai ibu, sedikit sebanyak ia mendatangkan kesan pada dirinya.
“Sebagai anak seni saya dah biasa dengan kutukan dan kritikan. Tetapi apabila bergelar ibu, perasaan itu lain. Dulu waktu saya dan suami berkongsi berita dan gambar anak di instagram adalah dengan niat untuk pengikut sama-sama happy tanpa memikirkan keburukan di sebaliknya. Saya memang sedih tetapi suami banyak beri semangat. Dia kata tak semua orang suka dengan kita, tetapi pedulikan asalkan kita selesa dan suka dengan apa yang kita lakukan.
“Tetapi kini anak saya dipuji comel dan sebagainya, tetapi saya anggap biasa dan itu lumrah dengan apa yang orang cakap. Memang suami sangat cool dibandingkan saya. Mungkin kerana naluri seorang ibu.
Nora ditemui dalam satu majlis pelancaran kolaborasi Jovian X Oh Most Wanted semalam. Dalam majlis tersebut, Nora Danish mengumumkan bekerjasama dengan pereka feseyn terkenal, Jovian Mandagie dalam mengeluarkan koleksi istimewa Jovian Hijab dan Lip Cream edisi terhad.
Dua tahun bergelar suami isteri, akui Nora perselisihan faham adalah perkara biasa. Namun dia sangat bersyukur dan bertuah kerana dikurniakan suami yang cukup romantik dan penyayang orangnya.
“Dalam rumah tangga, tidak dinafikan ada turun naik, pergaduhan dan perselisihan faham. Itu perkara normal. Sementelah kami sama-sama pernah gagal dalam rumah tangga sebelum ini. Tetapi alhamdulillah, suami banyak bersabar dengan emosi saya.
“Dia juga rajin melayan tetapi kami sama-sama memberi semangat. Dia rajin memberikan hadiah seperti bunga. Waktu bercinta dulu tak pernah dia buat kejutan sedemikian tetapi lepas kahwin dia memang suka buat benda-benda yang sweet dibandingkan saya.
‘Bab menambah anak lagi memang kami ada pelan lebih-lebih lagi kami teringin untuk dapat anak perempuan pula. Tetapi saya ada sejarah fibroid sewaktu melahirkan Neyney, jadi doktor minta saya buang fibroid itu terlebih dahulu sebelum pelan untuk mengandung lagi.
“Waktu lahirkan Neyney, ada 3 fibroid dan hanya disedari waktu mengandung Neyney usia 8 bulan. Memang besar fibroid 10 cm waktu itu. Kerana itu saya terpaksa dibedah dan Neyney lahir awal, tetapi sampai sekarang saya takut untuk mengeluarkan fibroid. Mungkin trauma kerana waktu Ney Ney dibedah sedangkan Rayqal dulu normal,” ujarnya.
Fibroid membesar bersama kandungan
Lebih menakutkan apabila doktor membayangkan waktu itu dia bakal dibuang rahim dan sebagainya jika situasi kronik.
“Saya masih ingat waktu ditolak ke labour room, doktor jelaskan kalau ada pendarahan teruk, kemungkinan rahim bakal dibuang, dimasukkan ke ICU dan saya waktu itu memang menangis-nangis.
“Sampaikan suami yang takut darah pun terpaksa masuk sekali dalam OT kerana takut itu kali terakhir. Tetapi alhamdulillah, semua ok dan anak pun tak perlu dimasukkan ke inkabutor ketika itu,” jelas Nora yang mengakui sehingga kini takut untuk menjalankan pembedahan membuang fibroid.
Anak rapat dengan suami
Ditanya mengenai anaknya, yang dilihat lebih rapat dengan suaminya, jelas Nora orang tengok memang nampak anak lebih rapat dengan suami tetapi sebenarnya dia memang rapat dengan semua orang.
‘Suami memang rajin post gambaar dan video anak di instagram. Kami sama-sama suka kongsi dengan pengikut tentang kehidupan kami. Cuma memang saya akui Ney Ney kalau dengan ayahnya dia lebih gembira, senyum dan ‘adore’ dengan ayahnya. Apapun saya bersyukur kerana suami seorang ayah dan suami yang penyayang selain ringan tulang di rumah.”jelas Nora Danish lagi.
Tak beri anak instagram.
Melihat situasi kini dengan sikap netizen yang suka mengutuk dan sebagainya, jelas Nora dek kerana itu dia tidak membenarkan anaknya memiliki instagram.
“Kita kena adab di media sosial kerana apa yang kita cakap mewakili diri sendiri, ibu dan keluarga yang mengajar kita. Malu kalau dapat anak yang komen teruk. Jadi sebagai ibu dalam melindungi anak-anak, saya tak benarkan Rayqal memiliki instagram selagi tidak berumur 18 tahun ke atas. Biar mereka dan besar dan pandai fikir apa yang baik dan buruk.
Diam tak diam, anak kepada hero Malaya, Remy Ishak, si comel Tuah Alam kini sudah pun berusia satu tahun tiga bulan.
Melalui satu entrinya di akaun Tik Tok, pelakon handalan ini meluahkan rasa syukurnya atas kurniaan tidak terhingga itu buat dirinya dan isteri.
Bahkan Remy atau nama sebenarnya Mohamaad Zalimei Ishak, 42, turut berjanji akan mendidik dan membesarkan anaknya sehabis baik hingga nafasnya yang terakhir.
“Tuah baru 1 tahun 3 bulan, Ayah janji akan jaga Tuah sampai akhir hujung waktu ayah.
“Ayah janji! ❤️,” tulisnya ringkas di kapsyen.
Apa yang menarik pastinya bonding kedua beranak itu di pantai. Remy dilihat cukup sporting bila menemani Tuah untuk menghasilkan istana pasir sambil ditemani isteri tercinta, Ezza Yusof.
Begitu juga ketika menemani Tuah di persisiran pantai dan bermain di gigi-gigi air.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen yang singgah ke ruangan komen turut mendoakan buat keluarga kecil Remy sentiasa hidup diberkati Ilahi dan bahagia selalu.
Untuk rekod, Remy mendirikan rumah tangga dengan Ezza pada 21 Ogos 2021 selepas lapan tahun mereka berkenalan.
Ezza selamat melahirkan cahaya mata sulung yang diberi nama Tuah Alam pada 27 Julai tahun lalu.
Tak sangka ada yang sanggup berhabis RM20,000 demi seekor ayam!
Tapi jangan salah faham, ayam tu bukan biasa-biasa. Bagi peminat tegar terhadap ayam baka bernilai tinggi sahaja sanggup berbuat demikian.
Memang tak masuk akal tapi yang memiliki ayam baka eksotik menjanjikan kepuasan tersendiri.
Tahukah anda terdapat beberapa spesies baka ayam bernilai tinggi antaranya Avaucana, Black Rosecomb, Brahma, Blue Laced, Silver Sebright, Pekin, Onagadori, Ratu, Pama dan Wyandotte yang pada asalnya diimport dari pelbagai negara.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Menurut Presiden Persatuan Unggas Hiasan Malaysia (MOPA), Ahmad Nizam Yaacob , Onagadori antara baka ayam eksotik yang termahal di Malaysia.
Kata beliau, terdapat baka lain juga yang mahal, tetapi harganya subjektif mengikut jenis baka, kualiti dan umur.
“Keistimewaan ayam Onagadori adalah ekornya yang boleh mencecah 13.5 meter.
“Seperti baka eksotik lain, harganya ditentukan oleh kualiti ketika ia dijual. Aspek kualiti sentiasa menjadi keutamaan dalam penentuan harga.”
Katanya lagi, selain ayam Onagadori yang berasal dari Jepun, baka ayam eksotik lain yang bernilai tinggi adalah Parrot Beak Long Tailed Aseel, Cemani, O Shamo, Malay Game dan Indio Gigante.
Tambahnya lagi, harga ayam baka Pama dari Thailand juga boleh mencecah belasan ribu ringgit seekor.
Ayam yang sesuai untuk bertarung itu turut mendapat jolokan ‘Sut Dragon’ dan mempunyai ramai peminat di negara ini.
Untuk info, ramai penternak baka ayam eksotik bernilai tinggi di Malaysia dan berdasarkan sambutan keahlian Mopa di laman Facebook, ia kini sudah mencecah 7,000 orang.
Ini ayam Onagadori adalah ekornya yang boleh mencecah 13.5 meter. Paling mahal di Malaysia.