Syafiq Yusof Selamat Timang Anak Lelaki Pertama, Ibu Luah Rasa Syukur! “Cucu Ke-8 Dalam Keluarga Haslam”

Share

Suri hati kepada pengarah terkenal, Syafiq Yusof iaitu Aisyeah Zainal selamat melahirkan cahaya mata ketiga mereka di sebuah pusat perubatan kira-kira jam 8.18 pagi tadi.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Syafiq sendiri di laman Instagram miliknya dengan memuat naik beberapa keping gambar wajah anak lelaki pertamanya.

Syafiq yang juga anak kepada Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail meluahkan rasa syukurnya atas kurniaan zuriat itu selain memperkenal nama bayinya sebagai Muhamad Nu’Aiman.

“Alhamdulillah, syukur ya Allah. Anak ketiga, lelaki pertama. Muhamad Nu’Aiman bin Muhamad Syafiq,” tulis pengarah drama bersiri Special Force: Anarchy itu yang juga adik kepada Syamsul Yusof.

Meninjau di ruangan komen, ibunya juga turut meluahkan rasa syukur atas kelahiran cucu kelapannya itu.

Selain itu, rakan artis dan mengikutnya turut tumpang gembira serta meninggalkan ucapan tahniah.

Untuk rekod, Syafiq yang juga anak kepada penerbit Datuk Yusof Haslam serta isterinya mendirikan rumah tangga pada 5 April 2014 dan dikurniakan dua anak perempuan iaitu Nuur Jannah, 7, dan Nuur Nusaybah, 5.

Sumber: Instagram Syafiq Yusof