Sweetnya ucapan usahawan dan bintang Indonesia, Tya Arifin kepada anak-anak kesayangannya iaitu Arif Jiwa,2 tahun dan Azzahra Jiwa, 3 minggu.
Nyata kasih ibu sehingga ke syurga, ibu sanggup melakukan apa sahaja demi memberi kegembiraan buat cahayamatanya.
Ucapan oleh Tya itu jelas menunjukan betapa kebahagiaan memenuhi kehidupannya bersama suami dan anak-anak tersayang.
Melalui perkongsian itu Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandri Arifin turut berkongsi beberapa gambar di Instagramnya.
“Ibu tak tahu, seberapa beruntungnya Ibu memiliki kamu.
Bercerita, tertawa dan bersenda gurau adalah hal terindah yang kita lakukan sebelum tidur.
“Coba saja, dirimu tetap menjadi makhluk kecil seperti ini..
Belum ada kesibukkan untuk hidupmu nanti.
Tapi tak mungkin.
“Yang mungkin, hanya doa agar dimanapun kamu nanti berada, kamu masih ingat hal indah yang pernah kita habiskan bersama.”
Untuk makluman, Tya merupakan menantu kepada Datuk Sri Siti Nurhaliza telah mendirikan rumah tangga dengan Asyraf Khalid pada 1 November 2015.