“Sweetnya, Setiap Kali Baca Mesti Ingat Suami.” Tiga Tahun Siapkan, Lelaki Ini Hadiahkan Al-Quran Tulisan Tangan Sendiri Buat Isteri.

Share

Bagi pasangan raja sehari, mereka ada cara tersendiri untuk meraikan hari bahagia supaya dapat dikenang sehingga ke akhir hayat. Daripada pemilihan pakaian, lokasi, tarikh dan juga hantaran, segalanya mahu nampak istimewa.

Hantaran Al-Quran Tulisan Tangan

Sebut tentang hantaran, seorang jurugambar semalam memuat naik satu perkongsian di Twitter, tentang kawannya yang memberi hantaran berbentuk senaskah al-Quran yang ditulis tangan sendiri olehnya kepada isteri.

Ambil masa 3  tahun tulis tangan

Thread yang dibuat oleh Raja Nazrin ini telah nyata menjentik perhatian netizen. rata-rata memuji kegigihan pengantin lelaki tersebut dalam memberikan sesuatu yang cukup istimewa buat pasangannya.

Menurut Raja Nazrin,  al-Quran tulisan tangan itu mulai ditulis sejak tiga tahun sebelum ini, iaitu semasa pengantin lelaki masih menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama dengannya.

a

Cantiknya tulisan jawi dia..

Rata-rata netizen berasa kagum dengan pemberian tersebut. Mereka turut berasa terpegun dengan tulisan tangan pengantin lelaki yang sangat cantik dan tersusun itu.

Hadiah paling bermakna buat isteri

Sweet tahap kronik ni

 

Sumber : Raja Nazrin & Ohmymedia