Hubungan mentua dan menantu yang baik salah satu aspek yang penting dalam memastikan rumahtangga bersama pasangan bahagia hingga akhir hayat.
Kemesraan itu jelas dilihat melalui perkongsian oleh pelakon Raja Ilya terharu apabila ibu mentuanya melakukan kejutan sempena hari lahirnya di Australia.
Telah muat naik video meraikan hari jadinya di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Ilya memuat naik rakaman video ketika sambutan hari jadinya yang dilakukan di rumah ibu mentuanya. Layanan mertua yang baik sungguh menyentuh hatinya.
Katanya, selepas makan biasanya ibu mentuanya menghidangkan dessert tetapi sebaliknya apabila membuat kejutan dengan membawa kek. Sweetnya layanan mak mentua Ilya.
Ikuti perkongsiannya.
Manakala melihat diruangan komen, para peminat memberikan ucapan hari jadi kepadanya dan mendoakan bahagia bersama suami.
Untuk rekod, Ilya berkahwin dengan suaminya Trent yang berasal dari Australia pada 23 Disember tahun lalu di Perth, Australia.
Sumber: Instagram rayailya