Dalam sesebuah rumahtangga pasangan suami isteri mestilah saling lengkap-melengkapi antaranya dengan memberi ketenangan dan kemesraan serta menggalakan melakukan ke arah positif. Begitulah yang dilakukan oleh puan Farihah Zulkifle yang nekad untuk membantu suaminya menurunkan berat badan. Hasil usahanya yang membantu dari segi moral dan menyediakan menu diet, berat badan suaminya telah turun sebanyak 28kg dalam tempoh 3 bulan.
Lebih mengkagumkan, tanpa mengambil sebarang ubat pil kurus, tetapi mengamalkan pemakanan sihat dengan menu diet ‘suku-suku separuh, senaman, minum air dan tidur secukupnya. Sweetnya cara isteri ini menunjukkan kasih sayangnya kepada suami. Ikuti perkongsian isteri ini.
Bagaimana suami saya hilang 28kg dalam masa 3 bulan tanpa sebarang ubat kurus dan tanpa stress dengan hanya 4 langkah mudah.
(1) Makan suku-suku separuh. Ini penting. Suku karbohidrat. Suku protein. Separuh gabungan buah dan sayuran. Makan 3 kali sehari ikut portion ni. Bila lapar, makan buah. Tapi diet ni jarang buat kita lapar sebab nutrisi cukup. Tapi awas ye, sukatan kena tepat. Jangan mengelat. Contoh2 menu suku-suku separuh ada di gambar.
(2) Buat senaman yang kita suka. Suami hanya bersenam 1 jam setiap hari. Samada berenang atau jalan-jalan di mall. Senam tak semestinya yang membebankan. Bila kita buat benda yang kita terpaksa, benda tu takkan bertahan lama. Buat benda yang kita enjoy.
(3) Air kena cukup. 3 liter sehari. Ikut keperluan badan dan aktiviti hari tu. Kita boleh tahu body kita tak cukup air bila bibir merekah dan air kencing bewarna pekat. Dan yang penting untuk tips minum air, apa yang penting adalah penyerapan air, bukan berapa banyak liter yang kita minum. Jadi, tips penting, minum sikit-sikit tapi dengan kerap.
(4) Tidur yang cukup. Makan awal. Lepas maghrib dah kena stop makan. Suami selalu akan tidur tidak lewat dari jam 10 malam dan bangun jam 5 pagi. Tidur yang cukup dapat elak body stress. Stress akan menggangu penurunan berat badan.
Semoga bermanfaat & dapat beri inspirasi kepada yang masih berhempas pulas untuk dapatkan berat ideal.