Bertemakan ‘garden wedding’ atau taman bunga, Mira Filzah dan suaminya Wan Emir Astar hari ini tampil manis sedondon dalam persalinan biru lembut rekaan pereka fesyen terkenal tempatan, Rico Rinaldi.
Pasangan sama cantik sama padan itu kelihatan ceria menyambut kehadiran tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan terdekat kedua-dua belah pihak dalam majlis resepsi kedua mereka yang berlangsung di A-Park Puchong pagi tadi.
Mira Filzah sah bergelar isteri kepada Wan Emir yang juga anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid.
Majlis akad nikah berlangsung pada khamis malam minggu lepas manakala majlis resepsi pertama pada Jumaat lalu.
Siapa sangka, melalui mesej langsung (DM) berunsur kerohanian yang dilayang tetapi tidak dilayan Mira pada mulanya, membawa pasangan merpati dua sejoli ini ke gerbang perkahwinan.
Bertemu buat kali pertama, Oktober lalu, akhirnya, selepas dua bulan mengenali hati budi, Mira dan Emir memilih malam ini untuk disatukan sebagai suami isteri.
Disember lalu, Emir menghantar rombongan keluarga untuk merisik pelakon Pujaan Hati Kanda itu sebagai suri hidupnya.
Jom kita cuci mata melihat majlis resepsi pasangan ini . Dari pemilihan busana, lokasi dan tema, sememangnya majlis Mira dan Emir ini layak dianggap wedding of the year. Tahniah sekali lagi pada pasangan sama cantik sama padan ini. Moga kekal hingga ke jannah.
Sumber: tv3malaysia