Sambutan hari raya memang tak lengkap jika tiada sesi bergambar dengan ahli keluarga. Gambar seisi keluarga akan menjadi kenangan manis bila Syawal tiba.
Namun, gelagat anak-anak kecil juga mencuit hati apabila turut meniru aksi orang dewasa mengambil gambar keluarga.
Situasi manis ini dialami oleh pelakon Izara Aishah apabila anak saudaranya, Arif Jiwa asyik rakam gambarnya. Lagak seakan ‘ jurugambar’ Arif menekan butang kamera mengambil gambar Izara.
“Nephew bertuah ni sorang. Dia lah photographer Izara.”
Arif yang baru berusia dua tahun ni merupakan anak kepada pasangan Tya Arifin dan Ashraf Jiwa. Ada gaya Arif rakam gambar Izara.