Sejak dahulu lagi Agong sudah terkenal dengan sikapnya yang berjiwa rakyat. Sifat itu dikongsikan bersama belahan jiwanya, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang sering menjadi tumpuan rakyat jelata. Rata-rata kagum dengan sifat keperibadian pasangan diraja tersebut. Bukan tu jer, sikap prihatin Tuanku Permaisuri yang sanggup menyinsing lengan ketika turun padang memasak bersama rakyat selain baru-baru ini menyediakan hidangan untuk fronliner cukup membuatkan rakyat terharu dan amat berterima kasih. Terbaru, gambar mempamerkan sisi baginda sebagai contoh dan tauladan terbaik pada pemimpin negara. Biarpun berdarah DiRaja namun Tuanku cukup sporting dan bersikap humble. Apa yang melucukan rakyat apabila tuanku menaiki buai sambil dihayun oleh permaisuri. Comel dan sweet gaya yang cukup bersahaja disajikan oleh pasangan diraja ini.
“Aksi bersahaja Seri Paduka Baginda menaiki buaian ketika berangkat menyantuni dan menyampaikan sumbangan di Kampung Pasir Kemudi, Jalan Sungai Lembing, Kuantan.” Demikian perkongsian menerusi instagram Istana Negara baru-baru ini.
tak pernah tak sweet pasangan sejoli ni.Semoga panjang umur tuanku
Ya Allah..mana nk cari Agong mcm tu…Ampun Tuanku…
Hehe kne nyanyi lagu buai laju2..tp ayat aku nk kawen anak raja, jadi aku lah raja
Amin..raja berjiwa rakyat..smoga Allah panjang kan umur tuanku dan klga
Kena record tu..buaian bersejarah
Sweet pasang sejoli suka tengok tuanku
Itu antara respond dari rakyat selepas melihat aksi comel pasangan DiRaja ini. Rata-rata rakyat memuji akan sikap humble dan sporting dalam satu lawatan baru-baru ini
Ini bukanlah kali pertama pelakon Datin Almy Nadia menerima komen body shaming daripada netizen yang menyentuh mengenai bentuk badannya.
Terbaru, isteri kesayangan Dato Fizz Fairuz ini menerusi laman instagramnya, memuat naik komen seorang individu yang mengutuk fizikalnya.
Pemilik nama sebenar Almy Nadia Aminuddin Shah memberitahu, netizen berkenaan mempersoalkan tindakannya mempromosikan makanan tambahan untuk mengurangkan berat sedangkan badannya berisi.
Malah ibu kepada empat cahaya mata ini itu juga berkongsi paparan skrin gambar akaun Instagram individu tersebut yang merupakan seorang wanita.
“Sis, tolong berhenti senaman otot rahang awak. Tolong berhenti makan sis. Badan kau sendiri gemuk kenapa nak promosi weight loss untuk followers kau?
“Sis, tak malu ke badan macam itu lagi nak upload video tengah makan,” komen individu itu.
Menjawab komen hinaan itu, pelakon berusia 36 tahun ini tetap tenang dan mengajak orang ramai mendoakan agar individu tersebut diberikan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Tidak kecil hati dengan kritikan berkenaan, Almy berkata pemilik akaun Instagram itu kemungkinan tidak mendapat kasih sayang yang cukup selain menjalani kehidupan yang menyedihkan.
“Posting ni mungkin sekejap saja, lepas itu kita padam. Cuma nak minta semua tolong berdoa agar yang menulis ni bahagia dunia dan akhirat.
“Semoga pemilik IG ini dapat reda dengan apa yang dia lalui. Mungkin zaman makin moden, pemilik IG ini kurang kasih sayang dan kehidupan dia sedih sangat.
“Jom kita berdoa agar dia bahagia dunia dan akhirat… minta semua doa yang baik-baik, tolong. Saya tak kisah tahu… saya sangat-sangat okay saja,” ujarnya mengulas mengenai body shaming
Sebelum ini Almy yang kerap membuat ulasan makanan di laman sosial meluahkan rasa sedih apabila beberapa individu di laman sosial.
Sehinggakan ada mengaitkan keguguran yang dialami ketika itu berpunca pengambilan makanan untuk ulasan di media sosial.
Untuk rekod, Almy pernah alami keguguran ketika usia kandungannya 14 minggu pada Februari 2020.
Almy Nadia mendirikan rumah tangga dengan Fizz pada 26 April 2014 dan pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata perempuan.
Buat penggemar sambal belacan tentu teruja untuk mencuba pelbagai jenis sambal yang ada. Ini kerana setiap satunya mempunyai citarasa yang berbeza namun tetap menjanjikan kepedasan rasa yang menyengat.
Jadi apa kata kali ini anda mencuba untuk menyediakan sendiri sambal belacan Siam yang dikongsikan oleh Puan Rosmaliza Omar ini. Menurutnya, resipi ini adalah warisan keluarganya dan wajib ada setiap kali kenduri.
Malah bukan itu sahaja, disebabkan kesedapan rasa sambal tersebut hingga ada kawan-kawannya telah menggunakan resipi yang dikongsikan ini untuk jualan.
Tentunya sambal belacan Siam ini ada rasa yang cukup istimewa dan rugi jika tidak dicuba untuk membuatnya agar anda dapat menikmati keenakan rasanya bersama seisi keluarga.
RESEPI SAMBAL BELACAN SIAM
Bahan-bahan:
1 mangkuk cili padi merah
1/2 mangkuk cili padi hijau
1 labu bawang putih ***
1 labu bawang besar holland ***
1 inci belacan ***
1/2 cawan air asam jawa
5- 6 sudu besar cuka makan
Garam, gula & ajinomoto secukup rasa
Kalau nak lagi sedap tambah 1 labu bawang putih jeruk, airnya sekali dan blend dengan bahan-bahanlain.
Cara-cara membuatnya:
1) Bakar bahan-bahan yang bertanda ***.
2) Kemudian blend kesemua bahan-bahan yang dibakar bersama-sama dengan cuka dan air asam jawa. Tuangkan ke dalam mangkuk besar.
3) Masukkan gula, garam dan ajinomoto. Kacau rata dan nampak berkilat.
4) Dah siap boleh hidang dengan ikan rebus yang digoreng beserta ulam-ulam. Sedap juga cicah dengan terung bakar.
Hidup berumah tangga ini memang banyak bezanya jika ingin dibandingkan dengan kehidupan anak dara. Semua tindak tanduk kita bukan sahaja terkesan pada pasangan malah akan mencuri perhatian mentua, ipar duai dan seluruh ahli keluarga hatta walau bangun lambat sekali pun!
Mungkin jika dulu ibu sendiri hanya sekadar membebel namun tidaklah samapi berkira bila anak gadisnya bangun lewat, tapi lain pula pandangan dalam keluarga mentua. Bangun lewat itu boleh membuatkan ipar duai dan mentua berbisik sesama sendiri.
Hal ini menyebabkan ada yang melontarkan pertanyaan ini di media sosial, adakah salah jika bangun lewat jam 11 pagi di rumah mentua?
Bagi menjawab persoalan itu, Puan Marlia Ramli berkongsi pandangan tentang apa sebaiknya menantu perempuan boleh lakukan agar tidak dipandang sinis di mata mentua dan ipar duai.
BANGUN LEWAT GILA DI RUMAH MENTUA?
Salah. Kat Negara Malaysia ni salah kalau anda menantu perempuan. Mentua dan ipar duai anda akan mula berbisik.
Menantu lelaki bangun tidur tengahari pastu sambung tidur semula pun tak de masalah. Siap maknya isteri hidangkan kopi cawan lapik untuk menantu lelakinya.
Ya… Imbalance ini memang berlaku.
Menantu perempuan ada expectation perlu dibuat. Menantu lelaki? Asalkan tak mencarut depan mentua dah kira soleh dah tu!
Beginilah anak-anak muda,
Akak sentiasa kempen jika rasa tak mampu nak bangun awal, tak mampu masuk dapur sebelum subuh, tak mampu nak meet expectation terhadap “typical menantu perempuan” – ajak suami tinggal di rumah sendiri.
Rumah sewa pun tak pe.
Rumah kecik pun tak pe.
Belajar berdikari.
Mudah nak jaga aurat.
Selesa ada ruang peribadi.
Fahami realiti hidup.
Bangun lewat? Tanggunglah perut lapar.
Rumah anda? Sukati andalah.
Asalkan anda suami isteri bahagia.
Sesekali balik rumah mentua?
Alah… sesekali je kan?
Kau armed je alarm snooze level bingit telinga.
Snooze seratus kali.
Ngam-ngam subuh je kau dah kat dapur bancuh teh.
Kau jenguk sinki ada pinggan dua tiga biji, kasi settle. Pastu kalau kau OCD pengemas namatey pun tak payah memandai ubah susunan dapur umah mentua kau. Mata kau sakit tengok? Pejam mata. Jangan memandai ubah apa-apa. Kau layan je style susunan mentua kau.
Pastu kau ye kan aja segala benda yang mentua kau cakap. Dia nak puji menantu lain ke, nak up anak dia ke, nak mengumpat jiran ke, nak puji diri sendiri ke… kau layan kan aja. Tak payah bantah bagai. Anggap je Mentua kau sedang buat video Tik Tok. Kau enjoy je tenung dia sambil angguk-angguk dan gelak je keja kau. Lantak pi situ.
Masa nak balik kau salam berisi (amik dari poket suami kau). Mohon doakan saya Mak… Kau gunalah dialog syahdu drama petang-petang. Pastu kau puji cakap kuih lepat yang Mak buat tu sedap. Kau minta resepi walaupun dapur rumah kau tak penah berasap. Mak yang mula masam cam siput by auto akan senyum. Silap aribulan, kau lah menantu kesayangan
Mentua kurang bunyi, ipar duai tak de modal nak melebih. Settle!
Wanita hari ni jangan lurus sangat. Pandai-pandai la be creative and be flexible mengikut keadaan. Pembawakan diri tu sesuaikan ikut keadaan. Yang penting? Suami happy, isteri happy – cukuplah.
Mentua dengan ipar duai – Alah… sesekali je kan. Kau bukan balik sebulan 4 kali pun… Ngerti?
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.