Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi status Facebooknya, berkongsi berita gembira beliau sudah dibenarkan untuk keluar dari wad dah disahkan sembuh.
Memuat naik dua keping gambar ketika mengucapkan selamat tinggal buat warga Hospital Tuanku Ja’far, beliau berterima kasih atas layanan sepanjang beliau berada di hospital berkenaan.

Dalam masa yang sama, Datuk Dr Zulkifli turut berbesar hati menghulurkan sedikit sumbangan beserta buku yang dihasilkannya sendiri sebagai kenangan.

“Susun Sejak PKP & Amalkan Sepanjang Rawatan.” Sembuh Dari Covid-19, Dr Zulkifli Hadiahkan Buku “Inilah Doaku”

Saya tak ada apa-apa nak berikan sebagai buah tangan buat warga Hospital Tuanku Ja’far yang menguruskan saya sepanjang menerima rawatan di sini sehinggalah pulih sepenuhnya hari ini.
Saya doakan semua warga HTJ dimurahkan rezeki, dinaikkan pangkat, dikurniakan keluarga yang memahami, hati yang sabar dan jiwa yang kuat dalam perjuangan ini.
Yakinlah Allah SWT menilai setiap titisan peluh dan air mata anda yang tertumpah demi perjuangan ini.

“Susun Sejak PKP & Amalkan Sepanjang Rawatan.” Sembuh Dari Covid-19, Dr Zulkifli Hadiahkan Buku “Inilah Doaku”
Harap dengan sedikit sumbangan dari saya, beserta buku “Inilah Doaku” susunan saya, dapatlah ia menjadi kenangan berharga buat anda semua.
Buku “Inilah Doaku” adalah antara buku yang teristimewa di hati saya. Saya mula menyusunnya seawal PKP untuk berkongsi dengan umat Islam, doa-doa yang ma’thur dan sesuai dengan suasana pandemik ini.
Maha Suci Allah yang menggerakkan hati saya untuk menyusun doa ini; akhirnya turut saya amalkan sepanjang berada dalam rawatan COVID-19 di sini.
Boleh muat turun secara percuma mira.gov.my/buku/

Ads

“Susun Sejak PKP & Amalkan Sepanjang Rawatan.” Sembuh Dari Covid-19, Dr Zulkifli Hadiahkan Buku “Inilah Doaku”

Sebelum itu, Datuk Dr Zulkifli memuat naik berkongsi keadaan dirinya yang sembuh dari Covid-19.

Ads

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kebangkitan.
Saya telah dibenarkan untuk keluar dari wad pada petang ini kerana telah disahkan pulih sepenuhnya daripada COVID-19.
الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات
“Segala puji bagi Allah yang mana dengan nikmatnya sempurna segala kebaikan.”
Pun begitu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan saya untuk mengutamakan rehat di rumah sehingga selesai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Susun Sejak PKP & Amalkan Sepanjang Rawatan.” Sembuh Dari Covid-19, Dr Zulkifli Hadiahkan Buku “Inilah Doaku”
Terima kasih kepada YAB Perdana Menteri, Ahli-Ahli Jemaah Menteri, para ulama’ di seluruh dunia yang menghantar pesanan mesej kepada saya dan semua rakyat Malaysia yang mendoakan saya. Tidak lupa kepada Menteri Kesihatan, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan warga KKM khususnya di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.
Buat masa ini, saya disarankan untuk tidak bertemu sesiapa. Justeru, sebarang pertemuan adalah melalui sidang video sahaja. Saya akan terus memantau semua gerak kerja dan laporan agensi-agensi agama di bawah tanggungjawab saya dari rumah. Apa-apa makluman umum akan disampaikan melalui media sosial saya.

Ads

“Susun Sejak PKP & Amalkan Sepanjang Rawatan.” Sembuh Dari Covid-19, Dr Zulkifli Hadiahkan Buku “Inilah Doaku”
Fokus utama saya buat masa ini adalah penyaluran bantuan kepada kelompok sasar terutamanya di WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Selangor. Ini kerana PKPB telah bermula dan bantuan-bantuan perlu disalurkan dengan sesegera mungkin.
Semoga Allah SWT melimpahkan kebaikan, keberkatan dan keharmonian kepada Malaysiaku yang tercinta.

Moga perpaduan kita rakyat Malaysia terus terpelihara. Sentiasa ingat pepatah lama, “Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.”
Saya doakan semoga rakyat Malaysia yang menghidap COVID-19, segera sembuh dan dapat kembali meneruskan kehidupan bersama-sama keluarga tercinta.

Sumber: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI