
Sudah tentu hujung minggu adalah hari-hari yang ditunggu oleh ramai orang. Mana tidaknya bagi mereka yang bekerja, hujung minggu selalunya dijadikan hari beristerirehat dan bersantai bersama keluarga. Rumah menjadi tempat utama melepaskan lelah setelah seharian berada di pejabat.
Ada juga dalam kalangan kita yang menjadikan hari minggu peluang untuk mengemas rumah. Tapi pening juga kepala memikirkan bahagian rumah mana yang perlu dibersihkan dahulu.eluarga di rumah. Rumah menjadi tempat utama melepaskan lelah setelah seharian berada di pejabat.
Salah satu ruang yang menjadi pilihan adalah ruang persalinan baju. Ruang ini jika tidak diuruskan dengan betul akan kelihatan sepah sana sini dengan baju ‘berbukit’ tanpa kemas. Sehingga menjadikan ruang sempit dan tidak sistematik.
Nak ruang persalinan kemas dan teratur, ikut cara wanita ini. Ringkas tetapi kemas.
Ikuti perkongsian ini.
Husband n wife kne sesama tlg2 lah..kalau sorg je tak jadi jgk..
Bab vacuum lap habuk husband pnye kje…saya Bab Susun atur baju..sebab sejenis cerewet kan.buat sdri puas hati…
Style saya.
Pakaian jalan gantung.saya suka gantung yg Sama size.yg xsama size lipat.
DALAM BOX BAJU SANTAI
Pakaian santai2 KT rumah ltk dlm box.box Beli yg nampak isi dlm senang.pstu label kan siap.seluar, baju,baju tido,
Kne ade group masing2 baju tu baru xcepat sepah.kalau semua campur lg penat.bila kite nak cepat lagi bersepah baju2 Tu
BUAT PRELOVE
Baju xpakai jgn simpan…boleh prelove.bagi org/fmly ,,jimat ruang
LG 1 kalau malas Lepas angkat baju saya gantung je smue KT ampai lain.mmg khas untuk masa malas.xnak campur.sbab masa malas kalau paksa buat kje hasilnnya sedihhhh
Stay safe semua
Kredit: Noannes Hair
“Lama-Lama, Rumah Jadi Kondominium.” Bosan PKP Tak Shooting, Shaheizy Sam Deko Sendiri Laman Rumah. Cantik!

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Shaheizy atau nama lengkapnya Shaheizy Sam Abdul Samad, 38, berkongsi kegiatannya membina landskap berupa taman mini untuk mengisi masa lapang.
“Saya bila tidak ada kerja, mulalah buat itu, buat ini. Sebab dah terlalu b0san duduk rumah. Kerja-kerja seperti ini (berkebun dan bertukang) sebenarnya merupakan satu kepuasan lebih-lebih lagi bila kita buat sampai jadi (siap),” katanya.
Sam menggunakan waktu terluang dengan membina sendiri taman mini di kawasan kediamannya.
Pelakon Polis Evo itu berkata aktivititi tersebut setidak-tidaknya boleh menghilangkan keb0sanan daripada sekadar duduk di rumah.
Akui suami kepada pelakon Syatilla Melvin itu lagi, dia merupakan seorang yang mementingkan kesempurnaan dan berasa sangat puas hati jika membina sendiri taman mini di pekarangan rumahnya.
Dalam pada itu, bapa kepada dua cahaya mata itu turut menggesa pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membenarkan sektor industri kreatif kembali dibuka sepenuhnya.
“Jadi tolonglah pihak MKN supaya membenarkan kami untuk kembali menjalani penggambaran. Kalau tidak, lama-lama rumah saya jadi macam kondominium. Sikit-sikit tambah (ubah suai rumah),” katanya.
Sumber: shaheizy_sam
ARTIKEL MENARIK: Senangnya Nak Buat Dadih Susu Full Cream Sedap & Berkhasiat. Tekstur Lembut Cair Di Mulut. Buat Sendiri Puas Hati!
ARTIKEL POPULAR: “Memori. Inilah Orangnya.” Fedtri Yahya Kongsi Wajah Pemilik Tulisan Khat Pada Duit Kertas Malaysia
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Carseat Pun Ada Tarikh Luput, Elakkan Membeli Seconds Hand Jika Tak Tahu Tahap Keselamatannya

Kebanyakan daripada kita hanya memberikan perhatian kepada tarikh luput pada barang-barang tertentu sahaja seperti makanan kerana ia mudah rosak.
Kita tak pernah terlepas pandang untuk menyemak tarikh luput susu atau roti. Bahkan, setiap kali membeli barangan tersebut, kita akan menyemak tarikh terlebih dahulu.
Sedangkan untuk barangan lain, kita sering terlupa, atau mungkin kita tak tahu, bahawa peralatan rumah lain juga mempunyai tarikh luput.
Berikut beberapa barangan dan peralatan lain di dalam rumah yang mempunyai tarikh luput.
1. Bantal (2-3 tahun)
Mungkin ramai yang tak tahu, atau tidak kisah, selagi bantal tersebut boleh dipakai, kita akan pakai. Apatah lagi bagi mereka yang mempunyai ‘bantal busuk’ sejak kecil. Sebenarnya bantal mempunyai jangka hayat selama 2 hingga 3 tahun. Bantal akan menjadi rumah kepada hama, yang akan memberikan banyak masalah kepada kesihatan kita. Bantal lama juga akan menyebabkan kesakitan pada leher kerana kehilangan bentuk asalnya disebabkan penggunaan melebihi jangka masanya.
2. Tuala (1-3 tahun)
Pernah tengok orang memakai tuala sehingga nipis dan gelap warnanya? Ia bukanlah disebabkan kualiti tuala itu tidak bagus, tetapi kerana penggunaan sesebuah tuala untuk jangka masa yang terlalu lama.
Jika anak-anak anda tinggal di asrama, cuba periksa tuala anak anda. Sama ada ianya masih elok atau tidak. Disebabkan tuala sentiasa basah, ia adalah tempat yang paling baik untuk pertumbuhan bakteria, dan akan menjadi punca kepada pelbagai penyakit kulit.
Walaupun kerap dibasuh, tuala akan tetap tidak dapat menyelesaikan masalah itu. Sentiasa tukar kepada tuala yang baru, setiap 1-2 tahun.
3. Berus gigi (3 bulan)
Ya, kebanyakan di antara kita hanya akan menukar kepada berus gigi yang baru hanya apabila bulu-bulunya sudah tercabut atau rosak.
Doktor gigi mengesyorkan agar kita menukar berus gigi setiap 2 atau 3 bulan. Berus gigi yang rosak dan keras akan menyebabkan hakisan pada gigi.
4. Span mandian / Loofah (2-3 minggu)
Span mandian atau loofah akan mula membiakkan bakterian dan kuman hanya dalam beberapa minggu. Disebabkan ia sentiasa dalam keadaan basah, ini akan mempercepatkan lagi proses pembiakan tersebut.
Loofah yang diperbuat daripada plastik dan berjaring seperti gambar di atas adalah lebih selamat dan tahan lebih lama, kira-kira 8 minggu kerana ia mempunyai ruang antaranya yang lebih besar berbanding span mandian biasa.
Untuk memastikan span anda tahan lebih lama, sentiasa bilas dan keringkan span dan loofah anda selepas setiap kali digunakan. Gantikannya selepas beberapa minggu.
5. Produk pencuci / pembersih
Pernah tak anda mengalami situasi ini, anda baru berpindah ke rumah baru, dan terdapat produk pembersih atau pencuci seperti pencuci lantai atau sabun basuh baju. Berasa rugi untuk buang barang-barang ini anda pun gunakannya untuk mencuci lantai dan baju anda. Pernah?
Ini adalah kerana kita mengganggap produk-produk ini tidak mempunyai tarikh luput, dan berasa rugi jika membuangnya.
Menurut Good Housekeeping, keberkesanan produk-produk ini akan berkurangan selepas tempoh tertentu dan bekas plastik produk itu juga akan memberi kesan kepada formula produk itu. Kami sertakan tarikh luput bagi produk-produk pembersih yang mungkin ada di rumah anda.
Sabun basuh baju : 6 hingga 12 bulan
Pelembut pakaian : 1 tahun
Pembersih lantai / sinki : 2 tahun
Pembasmi kuman (Dettol) : 3 bulan
Sabun basuh pinggan : 12 hingga 18 bulan
6. Minyak wangi (1-3 tahun)
Minyak wangi dan eau de parfum boleh tahan selama 3 tahun jika tidak dibuka dan digunakan, dan tahan untuk 2 tahun jika digunakan. Manakala eau de toilette pula boleh bertahan selama 4 tahun jika tidak dibuka, dan 2 tahun jika dibuka. Jadi sebelum anda membeli minyak, jangan hanya pilih bau yang anda suka sahaja, anda juga perlu periksa tarikh luput.
7. Puting bayi (2-5 minggu)
Bagi yang mempunyai anak kecil, pastikan anda sentiasa memantau puting yang diberikan kepada si kecil. Puting yang diperbuat daripada getah perlu digantikan, tak kiralah berapa lama ia telah digunakan dan keadaan puting itu. Ia amat mudah rosak dan boleh menyebabkan pembiakan kuman dan bakteria.
8. Kerusi kereta kanak-kanak (6-10 tahun)
Oleh kerana kerusi ini diperbuat daripada bahan yang mengembang dan mengecut berdasarkan jangka umur dan suhu, dan suhu dalam kereta yang berubah terlalu kerap, kebanyakan kerusi kereta kanak-kanak mempunyai jangka hayat selama 6 hingga 10 tahun SELEPAS dari tarikh pembuatan. Tarikh luput biasanya dipaparkan pada bahagian bawah atau tepi produk tersebut.
Juga, kerosakan terdahulu, atau jika anda terbabit dalam kemalangan juga boleh memberikan kesan kepada keselamatan kerusi ini. Jadi, jangan sesekali anda cuba untuk membeli kerusi kereta bayi terpakai, kerana tidak tahu tahap keselamatannya. Lebih baik membelanjakan lebih wang daripada mengambil risiko yang sangat bahaya.
9. Baju dalam wanita (1-2 tahun
Ya, baju dalam wanita juga mempunyai tarikh luput. Sebaik sahaja baju dalam anda hilang bentuk, keanjalan, menjadi besar atau kecil, dan juga menjadi tidak selesa, tiba masanya untuk anda membuangnya dan membeli yang baru tanpa rasa kesal. Ia tidak baik untuk kesihatan payu dara anda, dan juga keselesaan yang kurang dalam seharian anda.
10. Kasut sukan (1 tahun)
Jika anda seorang atlit, atau suka bersenam, anda mungkin tahu bahawa kasut sukan mempunyai tarikh luput. Setelah kasut sukan anda digunakan untuk larian sebanyak 400 hingga 500 kilometer, ia kusyen pada kasut tersebut akan mula hilang dan ini akan memberi kesan kepada sendi-sendi anda. Namun, jika anda jarang menggunakannya, tukar kepada kasut baru jika anda berasa tidak selesa dan rasa sakit-sakit.
11. Wayar sambung (1-2 tahun)
Setiap wayar sambung mempunyai kapasiti yang tertentu. Jika anda melebihi kapasitinya, ia akan merosakkan wayar sambung tersebut dan boleh menyebabkan masalah besar seperti litar pintas yang akan menyebabkan kebakaran. Tidak berbaloi untuk mengambil risiko yang besar hanya kerana anda tidak mahu menukarnya.
12. Krim pelindung matahari (3 tahun)
Biasanya, krim pelindung matahari mempunyai jangka hayat selama 3 tahun, walaupun tidak dipaparkan pada produk tersebut, menurut pakar-pakar. Setelah melepasi jangka hayat ini, keberkesannya akan menjadi kurang. Jadi, sebelum membeli, anda perlulah menyemak tarikh luputnya terlebih dahulu, dan jika ia tidak mempunyai tarikh luput, semak tarikh produk itu dihasilkan, dan buang selepas 3 tahun tidak digunakan.
Jadi selepas ini, diharapkan kita semua lebih peka dan teliti ketika membeli barangan-barangan ini dan juga barangan lain, supaya mendapat faedah dan manfaat yang lebih. Juga bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Sumber rujukan :
1. Buzzfeed
2. Dadgab
3. Linkis
Di Sebalik Senyuman Fazura, Pengurus Dedahkan Emosi Tersirat

Semua pasangan suami isteri ingin bahagia hingga till Jannah. Namun siapa kita untuk menidakkan takdir yang berlaku dalam rumah tangga.
Kala ini nama Fazura dan Fattah Amin menjadi sebutan ramai setelah pelbagai spekulasi yang melanda pasangan ini. Paling mengejutkan dengan fail perceraian dan beberapa hari lalu pasangan ini telah menghadiri prosiding pertama kes cerai di mahkamah.
Pastinya semua yang mengenali pasangan ini ingin kan mereka bersatu kembali hidup bahagia. Namun tiada siapa yang tahu disebalik apa yang terjadi kepada pasangan ini. Biarlah ia menjadi rahsia mereka.
Malah melihat wajah tenang Fazura dan ceria, hakikatnya emosinya sedang berkecamuk. Sebagaimana yang didedahkan oleh pengurus aktres ini, Iman Tang.
Katanya, Fazura terkesan dengan kemelut yang berlaku dalam rumah tangganya bersama pelakon Fattah Amin sehingga sering menangis ketika meluahkan isi hati kepadanya.
“Ada yang kata Fazura depan media boleh senyum, takkanlah dia nak menangis. Sebenarnya dia memang sedih, setiap malam bersedih. Kadang-kala, kami berborak hingga lewat malam dan saya juga menjadi saksi dia tidak dapat menahan air matanya itu.
“Mana-mana wanita yang mengimpikan alam perkahwinan yang bahagia juga tidak ingin perkara sebegitu berlaku. Jadi janganlah kita salah mentafsir.”
“Saya tahu dia (Fazura) kuat. Tapi apabila dia telefon saya dan menangis, saya katakan kepadanya, menangislah sepuas-puasnya agar dia lega, jangan tertekan dan memendam perasaan.”
Disoal sama ada Fattah pernah berkongsi hal rumah tangganya, Iman berkata, aktor terbabit tidak pernah bercerita kepadanya perihal perkahwinan mereka sebaliknya hanya meminta nasihat berkaitan kerja.
“Fattah tidak pernah kongsi atau minta nasihat dari saya berkaitan rumah tangganya. Dia ada hubungi saya tapi tidak bercakap mengenai Fazura sebaliknya minta nasihat mengenai kerjaya.
“Selepas permohonan cerai dilakukan Fazura pun, Fattah tidak cuba hubungi saya dan kalau dia tanya mungkin saya boleh bantu.”
Iman atau nama sebenarnya Nur Iman Tang, berkata turut berasa sedih dengan situasi yang dilalui pasangan selebriti terbabit.
Terdahulu, Fattah dilaporkan belum bersedia untuk melepaskan Fazura ketika sebutan kes permohonan perceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, kelmarin.
Mahkamah kemudian menangguhkan kes perceraian pasangan berkenaan ke tarikh baharu, iaitu pada 7 Oktober ini.
Sumber: Kosmo