Susu Halia Minuman Favourite. Bukan Saja Sedap Tapi Boleh Buang Angin!

Share

Jika ada masalah angin dalam badan, kita sering dengar nasihat orang tua-tua supaya amalkan minum air halia. Pun begitu,  kalau minum air halia semata-mata mungkin ada di antara kita yang tidak boleh meneguknya.

Maklumlah rasa halia sedikit pedas dan baunya agak kuat ‘menyengat’ hidung. Sudahnya ditahan sahaja rasa berangin dalam badan dan akhirnya menyebabkan rasa tidak selesa berpanjangan.

Kasihan rasanya jika terus menangung sakit, jadi apa kata anda cuba minum air susu yang dicampur dengan halia. Rasanya jauh lebih sedap dan menyelerakan. Kalau tidak percaya cubalah, pasti kena dengan tekak anda!

Ingin tahu resipinya? Ini dikongsi oleh Puan Aisyah Badar Bajrai. Semoga perkongsian ini memberi manfaat.

“Susu halia ni salah satu resepi febret Aisyah sebab Aisyah memang suka minum susu. Memula jumpa resepi ni, Aisyah ingatkan rasa dia pelik. Tapi bila dah buat, ehhh sedap la resepi ni. Menyesal try lambat.

“Lepas minum susu ni, angin memang zap zap keluar dari badan. Pastu badan pun rasa ringan sikit. Yang paling best, ibu mengandung yang banyak angin pun boleh minum susu ni tau.”-Aisyah Badar Bajrai

Ok jom kita tengok resipiinya….

Susu Halia

Bahan-bahan:
1 gelas susu ( apa apa brand pun boleh)
2 hiris halia (diketuk)

Caranya:


1. Rebus susu dengan halia sampai mendidih.

2. Kemudian tutup api.

3. Sedia diminum ketika suam

Ekstra Info
Nak tau tak, susu halia ni ada memacam khasiat jugak tau, bukan setakat  buang angin je. Susu halia ni boleh membantu

– legakan sakit otot
– kurangkan kulit berminyak
– legakan sakit tekak
– mencegah sakit jantung
– kuatkan antibodi badan
– mencegah morning sickness
– legakan senggugut
– mencegah osteoporosis
– melegakan sembelit
– merawat selesema

Siapa kat rumah dah ada susu dengan halia, jap lagi jangan lupe try. Serious sedap!

 

sumber : Aisyah Badar Bajrai Via Sihat Cara Bajet (Tips & Petua Sihat Cantik)