
Isi Kandungan
ToggleMesti rasa tidak selesa bila perut terasa sebu. Selalunya keadaan ini berlaku bila kita makan macam-macam jenis makanan. Mulalah perut meragam. Rasa ada ‘angin’ dalam badan. Macam-macam petua tradisional juga yang boleh dicuba untuk menghilangkan angin dalam badan.
Mengikut perkongsian petua oleh Khairul Hakimin Muhammad, beliau berkongsi cara untuk membuat susu dengan campuran madu dan halia tua yang telah diajar oleh isterinya untuk mengatasi masalah ini, supaya angin dapat keluar dan lawas dengan baik.
Menurut beliau lagi, syarat utama petua minuman ini ialah perlu menggunakan susu tepung.
Susu Buang Angin, Petua Atasi Perut Sebu, Meragam
SUSU BUANG ANGIN
Bahan-Bahannya:
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar madu
1/2 inci halia tua
1 cawan air panas
Bagus Untuk Pelawasan
Cara membuat:
- Kikis kulit halia dan ketuk sedikit. Bukan tumbuk lumat.
2. Kemudian letakkan air mendidih separuh cawan dahulu dan campakkan halia tadi. Biarkan dalam seminit.
3. Masukkan pula madu.
4. Setelah itu masukkan pula susu tepung.
5. Akhir sekali, kacau dan tambah air panas lagi. Minum sejam sebelum tidur. Amalkan setiap hari.
Kredit: Khairul Hakimin Muhammad
Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!

Kalau sebut tentang penjagaan tulang, antara perkara pertama yang terlintas difikiran kita adalah dengan cara minum susu. Memandangkan umum mengetahui susu diakui sebagai salah satu sumber kalsium penting untuk pembinaan, perkembangan dan menguatkan tulang.
Pun begitu untuk memastikan tulang kita kekal kuat, ada baiknya kita ketahui detail mengenai punca kemerosotan tulang dan otot, serta ketahui juga tips pemakanan yang baik sebagaimana yang dikongsikan secara live di facebook Keluarga di dalam segmen Medic Keluarga yang dibawakan khas oleh Anlene baru-baru ini.
Menyentuh tentang bagaimana kemerosotan tulang dan otot boleh berlaku serta mengetahui tips pemakanan yang baik, Dr (Mr) Farid Fikri Bin Shukri, Doktor Pakar Orthopedik, General Traumatologi Dan Kecederaan Sukan dari Hospital SALAM Shah Alam bersama Puan Megawati Suzari, merupakan Pengarah Pembangunan Produk Baharu, Saintifik & Hal Ehwal Pematuhan Fonterra Brands Malaysia berkongsi info untuk manfaat semua.
Menurut Dr Farid, “Sistem muskuloskeletal tubuh kita terdiri dari tulang kerangka, otot, tulang rawan, tendon, ligamen, sendi dan tisu penghubung lain. Sistem ini memberikan bentuk dan sokongan untuk badan dan kestabilan serta kekuatan untuk bergerak bagi membolehkan kita menjalankan aktiviti harian dengan bebas
“Tulang mungkin menjadi lemah seawal usia 30-an¹. Semakin berusia, kita mungkin kehilangan kepadatan tulang sehingga 20%², rawan sendi, yang bertindak sebagai ‘kusyen’ antara sendi, mungkin merosot dengan ketara pada usia 40-an³. Kekuatan otot mungkin merosot sehingga 29%⁴ apabila usia kita meningkat.
“Kemerosotan tulang, sendi dan otot apabila usia meningkat boleh menyebabkan wujudnya beberapa keadaan seperti osteoporosis dan osteoarthritis yang boleh menjejaskan pergerakan jika kita tidak menjaga tubuh kita. Sesetengah keadaan ini mendatangkan rasa sakit (seperti sakit lutut akibat osteoarthritis), rasa tidak selesa seperti bangun dari kerusi, mengekalkan keseimbangan tubuh dan postur semasa berjalan atau pergerakan menjadi semakin perlahan. Perlahan-lahan, mereka akan sukar bergerak secara bebas serta kualiti hidup mungkin terjejas.”
Antara Cara-cara Untuk Melambatkan Proses Kemerosotan Tulang, Sendi & Otot
Menyedari kepentingan untuk kita mengekalkan kesihatan musculoskeletal ini, Puan Megawati menyarankan untuk kita kerap bersenam dan penting juga mengambil diet yang seimbang.
Pengambilan diet seimbang, merangkumi semua kumpulan makanan termasuk susu adalah penting untuk mendapatkan nutrien penting yang diperlukan harian untuk membantu menyokong keperluan tubuh badan termasuk tulang, sendi & otot.
Contoh nutrien yang penting dalam penjagaan tulang dan otot termasuklah :
- Kalsium : Membantu membina & mengekalkan tulang kuat
- Protein : Membantu membina & memperbaiki tisu-tisu badan termasuk otot
- Vitamin D : Membantu penyerapan kalsium dalam badan
- Vitamin B2 : Membantu membebaskan tenaga. Kita memerlukan tenaga yang mencukupi untuk kekal aktif setiap hari.
Ekstra info :
Kajian baru-baru ini mendapati bahawa orang yang mengambil 2 gelas susu ditambah dengan MFGM dan nutrien penting, berserta dengan senaman kerap mengalami penambahbaikan dalam fleksibiliti, keseimbangan dan jisim otot. Elemen tersebut adalah penting untuk menyokong pergerakan harian.
Produk Pilihan
Anlene GOLD 5X dirumus secara saintifik untuk orang dewasa yang berusia 45 tahun dan ke atas. Ia ditambah dengan MFGM Active™ & nutrien-nutrien penting. Kita semua perlu menjaga tulang, sendi dan otot yang kuat untuk kekal aktif setiap hari.
Antara nutrien dan ramuan unik yang terkandung dalam rumusan termasuklah:
- MFGM Active™: Sejenis ramuan tenusu yang unik. Ia membekalkan komponen yang hampir serupa dengan cecair sendi badan
- Kalsium: penting untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat
- Protein tinggi: penting untuk membina & membaiki tisu badan termasuk otot.
- Sumber kepada vitamin & mineral: vitamin B2, B6, B12, C, D, E; magnesium, zinc
- Tiada penambahan gula
¹ Buchanan JR et al. (1988) J Bone & Mineral Research. 3(5): 583-587.
² National Osteoporosis Foundation, 2009.
³ Chung (1966) Journal of the National Medical Association. 58 (2): 87 – 95.
⁴ Daly R et al. (2013) BMC Geriatrics 13:71.
⁵ Daly RM et al. (2020) The American journal of clinical nutrition, 112(2), 427–446.
Minum Jus Ini Jika Ibu-Ibu Nak Kuatkan Otot Lepas Bersalin. Yang Nak Turunkan Berat Badan Patut Cuba!

Bentuk dan warna seakan-akan sama dengan daun sup dan ketumbar sering menyebabkan ramai terkeliru. Tetapi sebenarnya ketiganya berbeza. Pokok Pasli (Petroselinum crispum) merupakan sejenis pokok herba dwi tahunan yang daunnya biasa juga digunakan sebagai rempah. Tidak sekadar digunakan dalam makanan, daun Pasli mempunyai banyak khasiat lain.
Daun pasli kaya dengan vitamin dan zat galian seperti kalsium, magnesium dan klorofil. Daun pasli yang diramas dengan air dapat bertindak sebagai tonik bagi menjaga kesihatan rambut. Air ramasan ini juga bertindak melawaskan kencing dan menurunkan tekanan darah.
Selain itu, Pasli juga dapat meredakan penyakit sengal-sengal tulang, membantu pencernaan makanan dan menguatkan semula otot-otot rahim selepas melahirkan anak.
Terbaru! Seorang wanita di Bosnia telah membuktikan manfaat lain daun pasli ini, iaitu mampu menurunkan berat badan dalam tempoh yang singkat. Wanita tersebut minum ramuan daun Pasli selama dua hari. Tanpa disangka-sangka, minuman daun pasli ini membantu menurunkan berat badannya sebanyak lima kg, dari 75 kg menjadi 70 kg, hanya dalam dua hari saja!
Caranya cukup mudah:
1. Hancurkan daun Pasli lalu
2. Masukan ke dalam 1 liter air.
3.Rebus air yang sudah di campur tersebut sampai mendidih.
4.Setelah itu, biarkan selama 20 minit lalu boleh diminum untuk satu hari saja.
Bagaimana daun Pasli ini dapat menurunkan berat badan dengan cepat? Campuran minuman ini dikatakan dapat membantu membersihkan air berlebihan keluar dari tubuh. Dengan begitu, air yang keluar akan membawa racun, bakteria, kotoran yang ada di dalam tubuh.
Untuk anda yang ingin kurus, gunakan ramuan daun ajaib ini, daripada anda berhabis duit membeli berbagai-bagai jenis produk kurus yang belum tentu berkesan dan baik untuk kesihatan anda.
Selamat mencuba!
Sumber: sempoimedia.blogspot
Ada Tanda Ayam Tak Cukup Masak, Jangan Makan. Dr Ni Jelaskan Bahayanya!

Bab makan memang kena hati-hati, bukan sahaja perlu pilih makanan yang berkhasiat malah jika main makan sahaja silap gaya boleh undang bahaya.
Siapa sangka makan ayam yang tidak dimasak sempurna dan ada kesan berdarah, menjadi penyebab keracunan makanan buat anak kecil ini yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari.
Bersama kita jadikan tauladan agar tidak berlaku dalam keluarga kita di masa akan datang.
“Cuba puan ingat balik betul-betul, ada tak belikan apa-apa makanan dari luar, delivery ke, beri pada dia sehari dua ni?”
“Tak adalah doktor. Sepanjang kena duduk rumah ni semua makanan masak sendiri. Pelik saya tiba-tiba dia jadi begini.”
Sayu suara si ibu menjawab seraya menoleh ke arah anaknya yang sedang terbaring di atas katil.
Remuk hati melihat betapa lemahnya keadaan badan si kecil tu. Langsung tak bermaya. Kedua belah mata pun mencengkung. Dehydrated teruk!
Mana tak nya, sejak pagi tadi dah berbelas kali muntah dan cirit birit. Sampai je kat hospital, jarum branula terpaksa dimasukkan ke saluran darah di kedua-dua belah lengan untuk proses rawatan kecemasan.
“Sebenarnya doktor, malam semalam saya ada suapkan nasi ayam yang saya bawak balik dari tempat kerja.
Silap saya. Mula-mula lagi saya perasan ada kesan darah pada bahagian sendi tulang ayam tu. Daging pun agak kemerahan, macam tak cukup masak.
Tapi dia beria mintak nak rasa, tak sampai hati saya nak tolak. Itu yang berikan jugak sikit.”
Si ayah tiba-tiba bersuara. Jelas ternampak raut kesal di wajahnya.
Selalu sangat kes kanak-kanak keracunan makanan ni berlaku. Sebahagiannya berpunca dari ayam yang tak dimasak sempurna. Memang patut pun sebab darah yang masih ada pada ayam tu jadi medium yang sesuai untuk kuman membiak.
Kalau yang termakan tu kita yang ada imuniti kuat mungkin setakat dapat perut cramp, muntah dan cirit birit. Boleh jadi kesannya tak berapa serius.
Tapi sangat bahaya untuk anak kecil.
Paling kita takut bila kuman tadi masuk ke dalam salur darah anak dan merebak ke seluruh tubuh (bacteremia). Pernah tau berlaku kes keracunan teruk sampai akibatkan kematian!
Sebab tu mak ayah kena tolong periksa betul-betul setiap makanan masa nak beri pada anak. Jangan bagi kalau ada tanda-tanda ayam tak cukup masak seperti :
❌ berbau hanyir
❌ berlendir
❌ tekstur daging berbeza dari biasa
❌ suhu di bahagian daging lebih sejuk
❌ ada kesan darah terutama dekat tulang ayam
❌ daging berwarna kemerahan
Bantu saya #sebarkan info ni pada mak ayah yang lain ya. Risau jugak, lagipun tak lama lagi dah nak mula puasa. Takut-takut nanti bila dah tak larat nak masak sendiri, kita terbeli makanan yang buatkan anak kesayangan keracunan dan jatuh sakit.
sumber : Dr Ahmad Luqman Bukhari.