Susu Badan Tak Keluar, Merayu Minta Susu Formula Dengan Jururawat Tapi Tak Dilayan Akhirnya Bayi Alami Hipoglisemia

Share

Naluri seorang ibu tidak pernah silap. Lebih-lebih lagi perkara yang membabitkan anaknya.

Ibu seakan dapat merasa apa yang diinginkan oleh anak dari kecil hinggalah dewasa, hanya ibu akan memahami anaknya.

Baru-baru ini, seorang ibu bernama Nurul Labis telah berkongsi pengalaman melahirkan anak kedua di Hospital Melaka pada September 2022.

Menurutnya, anaknya itu telah disahkan mengalami Hipoglisemia sehari selepas dilahirkan dan ianya kekal hingga ke hari ini.

“Anak saya songsang jadi doktor bagi tarikh awal dan terpaksa lahirkan dia secara pembedahan sebab berat waktu tu dah 3.9 kilogram pada usia 37 minggu.

“Selepas lahirkan Ahnaf dan kesan bius hilang, saya diminta untuk memberikan susu badan tetapi diuji pula dengan payudara bengkak dan tidak keluar susu badan.

“Anak dah nangis waktu itu sebab lapar. Sebagai ibu saya tak putus asa, cuba juga tapi memang tak keluar susu,” katanya.

[TRENDING] “Dua-dua Princess Umi.” Ramai Puji Cara Isteri Fizo Omar Layan Maryam

[TIP MASAK] Hanya 15 Minit, Daging Liat Dapat Dilembutkan

Nurul yang merupakan ibu kepada dua cahaya mata itu meluahkan rasa sedih dan kesal apabila mendakwa dia dilayan secara kasar oleh jururawat ketika dia meminta anaknya diberikan susu formula.

Menurut Nurul, dia bertambah sedih kerana Ahnaf ketika itu tidak berhenti menangis dan akhirnya tidur dalam kelaparan apabila seharian tidak diberikan susu.

Lebih membuatkan Nurul terkejut apabila keesokan harinya doktor memaklumkan keadaan Ahnaf yang menggigil disebabkan dia mengalami Hipoglisemia.

Nurse marah saya dan minta saya tengok pampers atau periksa takut anak kembung perut. Tetapi saya sebagai ibu, saya tahu anak sedang lapar. Rasa macam mengemis pula.

“Sepanjang malam anak berada dengan saya tapi tak boleh minum susu. Dia akan diam kalau penat menangis dan akhirnya tidur dalam keadaan berlapar.

“Esoknya, bila doktor datang periksa, dia cakap anak saya menggigil. Saya ingatkan itu normal dan beritahu doktor yang saya dah minta susu formula daripada jururawat tapi kena marah dan dia berulang kali minta maaf kepada saya,” katanya.

Kesan Hipoglisemia, anaknya terpaksa ditahan di wad penjagaan bayi untuk dipantau paras gula dan dalam masa sama denyutan jantungnya juga bermasalah kerana lahir pramatang.

Malah, katanya, sehingga kini Ahnaf masih mengalami masalah tersebut walaupun sudah berusia empat bulan.

“Seminggu anak saya kena tahan di wad sebab masalah ini. Saya dah pulang ke rumah dan terpaksa ulang alik setiap hari ke hospital untuk datang melawatnya.

“Masih ada kesan tu sampai sekarang cuma tidak teruk. Bila lambat bagi susu dia jadi gelisah dan gelengkan kepala kiri dan kanan. Badan dia pun akan menggigil,” katanya.

Nurul turut berpesan kepada ibu yang kurang berpengalaman untuk mengambil kisahnya sebagai pengajaran supaya ia tidak berlaku kepada anak mereka.

Tambahnya, Hipoglisme tidak boleh dipandang ringan terutamanya kepada bayi yang baru lahir kerana ia mengundang risiko kesihatan dan mengancam nyawa.

“Memang susu ibu terbaik. Tetapi kalau macam kes saya ni nasi pun dah jadi bubur. Jadi sediakan susu formula kalau payudara bengkak dan tak boleh keluarkan susu sebab nyawa anak lagi penting.

“Ibu di luar sana boleh tuam pada bahagian payudara supaya bengkak mudah surut sebab susu ibu memang bagus untuk rangsangan bayi. InsyaAllah susu akan keluar,” katanya.

Rata-rata netizen meninggalkan komen meluahkan rasa simpati dan berpandangan susu formula perlu diberikan jika keadaan mendesak dan membahayakan bayi.

Memang kebanyakan hospital sekarang ini menggalakkan ibu memberikan susu badan namun doktor atau jururawat haruslah sedar jika ada situasi seperti ini, penggunaan susu formula sangat penting.

Antara simptom yang disebabkan oleh Hipoglisemia adalah jantung rasa berdebar, kepenatan, rasa menggigil, kulit menjadi pucat dan boleh mengakibatkan sawan.

[MESTI BACA]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club