Naluri seorang ibu tidak pernah silap. Lebih-lebih lagi perkara yang membabitkan anaknya.
Ibu seakan dapat merasa apa yang diinginkan oleh anak dari kecil hinggalah dewasa, hanya ibu akan memahami anaknya.
Baru-baru ini, seorang ibu bernama Nurul Labis telah berkongsi pengalaman melahirkan anak kedua di Hospital Melaka pada September 2022.
Menurutnya, anaknya itu telah disahkan mengalami Hipoglisemia sehari selepas dilahirkan dan ianya kekal hingga ke hari ini.
“Anak saya songsang jadi doktor bagi tarikh awal dan terpaksa lahirkan dia secara pembedahan sebab berat waktu tu dah 3.9 kilogram pada usia 37 minggu.
“Selepas lahirkan Ahnaf dan kesan bius hilang, saya diminta untuk memberikan susu badan tetapi diuji pula dengan payudara bengkak dan tidak keluar susu badan.
“Anak dah nangis waktu itu sebab lapar. Sebagai ibu saya tak putus asa, cuba juga tapi memang tak keluar susu,” katanya.
Nurul yang merupakan ibu kepada dua cahaya mata itu meluahkan rasa sedih dan kesal apabila mendakwa dia dilayan secara kasar oleh jururawat ketika dia meminta anaknya diberikan susu formula.
Menurut Nurul, dia bertambah sedih kerana Ahnaf ketika itu tidak berhenti menangis dan akhirnya tidur dalam kelaparan apabila seharian tidak diberikan susu.
Lebih membuatkan Nurul terkejut apabila keesokan harinya doktor memaklumkan keadaan Ahnaf yang menggigil disebabkan dia mengalami Hipoglisemia.
Nurse marah saya dan minta saya tengok pampers atau periksa takut anak kembung perut. Tetapi saya sebagai ibu, saya tahu anak sedang lapar. Rasa macam mengemis pula.
“Sepanjang malam anak berada dengan saya tapi tak boleh minum susu. Dia akan diam kalau penat menangis dan akhirnya tidur dalam keadaan berlapar.
“Esoknya, bila doktor datang periksa, dia cakap anak saya menggigil. Saya ingatkan itu normal dan beritahu doktor yang saya dah minta susu formula daripada jururawat tapi kena marah dan dia berulang kali minta maaf kepada saya,” katanya.
Ads
Kesan Hipoglisemia, anaknya terpaksa ditahan di wad penjagaan bayi untuk dipantau paras gula dan dalam masa sama denyutan jantungnya juga bermasalah kerana lahir pramatang.
Malah, katanya, sehingga kini Ahnaf masih mengalami masalah tersebut walaupun sudah berusia empat bulan.
“Seminggu anak saya kena tahan di wad sebab masalah ini. Saya dah pulang ke rumah dan terpaksa ulang alik setiap hari ke hospital untuk datang melawatnya.
“Masih ada kesan tu sampai sekarang cuma tidak teruk. Bila lambat bagi susu dia jadi gelisah dan gelengkan kepala kiri dan kanan. Badan dia pun akan menggigil,” katanya.
Nurul turut berpesan kepada ibu yang kurang berpengalaman untuk mengambil kisahnya sebagai pengajaran supaya ia tidak berlaku kepada anak mereka.
Ads
Tambahnya, Hipoglisme tidak boleh dipandang ringan terutamanya kepada bayi yang baru lahir kerana ia mengundang risiko kesihatan dan mengancam nyawa.
“Memang susu ibu terbaik. Tetapi kalau macam kes saya ni nasi pun dah jadi bubur. Jadi sediakan susu formula kalau payudara bengkak dan tak boleh keluarkan susu sebab nyawa anak lagi penting.
“Ibu di luar sana boleh tuam pada bahagian payudara supaya bengkak mudah surut sebab susu ibu memang bagus untuk rangsangan bayi. InsyaAllah susu akan keluar,” katanya.
Rata-rata netizen meninggalkan komen meluahkan rasa simpati dan berpandangan susu formula perlu diberikan jika keadaan mendesak dan membahayakan bayi.
Memang kebanyakan hospital sekarang ini menggalakkan ibu memberikan susu badan namun doktor atau jururawat haruslah sedar jika ada situasi seperti ini, penggunaan susu formula sangat penting.
Antara simptom yang disebabkan oleh Hipoglisemia adalah jantung rasa berdebar, kepenatan, rasa menggigil, kulit menjadi pucat dan boleh mengakibatkan sawan.
Lain orang, lain caranya. Itulah yang dilakukan oleh ibu bapa bagi 3 kanak-kanak ini bagi menghentikan anak-anaknya dari terus menghisap puting.
Tular sebuah video apabila pada bulanya 3 kanak-kanak ni girang bermain dengan belon yang diikat pada puting mereka. Turut kelihatan kanak-kanak lelaki di sebelah mereka yang turut sama bermain belon.
Namun kegirangan itu menjadi tangisan apabila belon-belon helium itu menerbangkan puting-puting mereka yang terlepas dari mulut kanak-kanak tersebut.
Serentak dari itu, mereka mula menangis apabila melihat belon itu terbang semakin tinggi di langit.
Menerjah di ruangan komen, rata-rata netizen ada yang melahirkan rasa simpati apabila melihat kanak-kanak tersebut menangis namun memahami apa yang dilakukan oleh ibu bapa mereka adalah untuk kebaikan mereka juga.
Ada juga netizen berkongsi cara mereka menghentikan anak-anak menghisap puting. Ada yang memberikan ekpada haiwan, ada yang meletak garam dan pelbagai cara lain. Komen-komen yang diberikan sangat menghiburkan terutamanya apapila terkenangkan reaksi anak-anak pada masa tersebut.
Tidak dinafikan, bila berlaku kejadian kenderaan yang kita pandu rosak ditengah jalan dan ketika itu kita bersendirian memang panik dibuatnya. Walaupun pada awalnya kita sudah pastikan sebelum bergerak, kenderaan berada di dalam keadaan baik. Tapi itulah, situasi sebegini memang tidak dapat diduga, di luar jangkaan kita.
Jadi nak tak nak, perlulah kita meminta bantuan daripada orang yang boleh diharap. Masa ini jugalah, baru kita kenal dan sedar siapa sebenarnya yang akan ada di sisi sudi membantu. Pendek kata, walaupun kita mempunya ramai kawan di sekeliling kita, itu belum tentu lagi mereka akan ada semasa kita dalam kesusahan berbanding pasangan yang sehati sejiwa.
Hubungi member, tapi hampa
Baru-baru ini tular di media sosial TikTok, berkenaan sebuah perkongsian video daripada @angah11222 memaparkan keadaannya yang terpaksa menunggu diperhentian bas gara-gara motornya rosak secara tiba-tiba.
Dalam perkongsian video yang mendapat meraih tontonan 1.9M ketika ini, seorang suami ini sebenarnya telah cuba menghubungi beberapa orang rakannya untuk meminta bantuan namun tiada seorang pun yang memberi respon kepadanya untuk membantu.
Pun begitu, apa yang telah mencuri perhatian ramai penonton video tersebut adalah apabila akhirnya isterinya sendiri yang datang untuk memberikan bantuan kepada suaminya.
Isterinya dilihat menunggang sebuah lagi motorsikal ke tempat suaminya menunggu dan terus memberikan senyuman manis kepada suami setelah tiba di situ.
Kehadiran isteri di sisi membuatkan suaminya berasa terharu. Benarlah, dalam mencari teman mungkin senang, namun teman sejati yang sanggup susah dan senang bersama tidak lain dan tidak bukan, dia adalah pasangan hidup kita sendiri.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira dan mendoakan yang baik-baik untuk pasangan ini.
@amir6324: “suka tgok laki bini bhagia , sy doakan semoga abg mndpat rezeki yg mlimpah ruah satu hari nati dan berbhgia dsmping kluarga tsayang”
@Tasya Sukri: “sebab tu dalam hidup jangan terlalu mengharapkan kawan ade untuk kita selamanya better kita cari pasangan hidup yg ingin susah senang bersama kita”
@aZuRa: “Isteri adalah magnet rezeki. Ssh ape pon suami istwri sentiase d sebelah.”
@SUZI : “itu la isteri.kalu dlm mrh pun..tiba2 dpt call.suami mintk tolong..laju je prg..x fikir..takut ke apa..”
@AmiRizQie: “Nak harapkan org mmg payah bro.. Sekek2pun isteri jugak yg dtg mmbantu.. Itulah kwn kekasih kita sejati dunia akhirat”
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Takziah diucapkan buat penyanyi Noh Salleh dan isteri, Fatin Athirah Mustapa yang kehilangan bayi pertama mereka tujuh bulan yang lalu.
Menerusi Instagramnya, Noh mengakui sedih kehilangan malah perit melalui detik itu bersama isteri.
Kongsi Noh lagi, tanggal 22 September merupakan tarikh genap dia dan isteri kehilangan bayi sulung ketika di dalam kandungan.
Menerusi hantaran itu, Noh dilihat sedang menguruskan pengebumian anak syurganya dan keadaan isterinya terlantar di atas katil sebuah pusat perubatan serta di tanah perkuburan.
“Hari ini 22 September 2024 adalah genap 7 bulan kami kehilangan anak di dalam kandungan,” tulisnya di Instagram.
Biarpun sedih dengan kehilangan namun Noh dan isteri akur dengan ketentuan Ilahi buatnya dan isteri.
“Pasti segala ujian ini adalah untuk mempersiapkan kami agar menjadi lebih kuat atau erti kata lain UPGRADE diri sebagai suami isteri.
📍Untuk mommies yang ada anak dalam fasa merangkak, bolehlah join Baby Merangkak Race! Yuran penyertaan hanya RM20 dan anda akan menerima goodies istimewa. Ada pelbagai hadiah menarik yang menanti para pemenang, jangan tunggu lagi. Jom daftar sekarang di sini 👇🏼 https://kliik.je/product-details/111?title=baby-merangkak-race
“Walaupun perit bak lalui segala yang aneh-aneh, tapi kami bersyukur. Tuhan jernihkan semua untuk kami nampak dan ternyata hidup lebih steady dan tenang,” luahnya berkongsi.
Anak syurga itu juga rupanya sudah diberian nama ‘Julian’ dan berharap agar diberi keizinan untuk bertemu di kemudian hari.
Tambahnya lagi, dia bersyukur kerana dikelilingi insan yang tidak henti memberi kekuatan dan doa ketika melalui detik hiba itu.
Terdahulu Noh dan isteri mendirikan rumah tangga pada 23 September tahun lalu.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.