Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.
Dalam kejadian itu, murid perempuan berkenaan dilihat sedang mengikuti solat subuh secara berjemaah di saf kedua seorang diri tiba-tiba disentuh lelaki yang tidak dikenali dari arah belakang.
Lebih buruk lagi apabila lelaki berkopiah putih dan berjersi warna kuning itu cuba melondehkan seluar kanak-kanak berkenaan sebelum mengangkatkan keluar ke ruang lain di dalam masjid itu.
Perbuatan terkutuknya itu bagaimana pun terhenti selepas kanak-kanak kecil itu melawan.
Perkara itu disahkan sendiri oleh pihak masjid berkenaan malah turut memaklumkan suspek telah pun ditahan untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, ketika dihubungi memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kes itu tempoh terdekat.
Pihak kerajaan Selangor pula berharap tindakan keras dilakukan terhadap pelaku yang cuba mencemarkan kesucian masjid sebagai tempat yang selamat.
Kredit: Berita Harian Online