Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.
Dalam kejadian itu, murid perempuan berkenaan dilihat sedang mengikuti solat subuh secara berjemaah di saf kedua seorang diri tiba-tiba disentuh lelaki yang tidak dikenali dari arah belakang.
Lebih buruk lagi apabila lelaki berkopiah putih dan berjersi warna kuning itu cuba melondehkan seluar kanak-kanak berkenaan sebelum mengangkatkan keluar ke ruang lain di dalam masjid itu.
Ads
Perbuatan terkutuknya itu bagaimana pun terhenti selepas kanak-kanak kecil itu melawan.
Ads
Perkara itu disahkan sendiri oleh pihak masjid berkenaan malah turut memaklumkan suspek telah pun ditahan untuk siasatan lanjut.
Ads
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, ketika dihubungi memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kes itu tempoh terdekat.
Pihak kerajaan Selangor pula berharap tindakan keras dilakukan terhadap pelaku yang cuba mencemarkan kesucian masjid sebagai tempat yang selamat.
Kredit: Berita Harian Online
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kes tragis melibatkan adik Zayn Rayyan Abdul Matin, kanak-kanak autisme berusia enam tahun, terus membuka mata rakyat Malaysia. Terbaru, hasil bedah siasat mendedahkan punca sebenar kematiannya bukan akibat lemas, tetapi disebabkan jerutan di leher.
Maklumat tersebut disahkan oleh Dr Rohayu Shahar Adnan, Pakar Perubatan Forensik Hospital Pasir Gudang yang menjalankan bedah siasat ke atas jasad Zayn Rayyan pada 7 Disember 2023 di Hospital Sungai Buloh.
Menurut Dr Rohayu, kesan jerutan yang dijumpai pada tubuh mangsa berkemungkinan besar berpunca daripada penggunaan objek seperti tali, kain atau lanyard yang dipintal dengan kuat sehingga menyekat oksigen ke otak dan paru-paru.
“Terdapat kesan lebam pada otot leher dan kelenjar tiroid, jelas menunjukkan jerutan yang kuat hingga membawa maut,” katanya dalam perbicaraan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.
Selain itu, kesan lebam sepanjang enam sentimeter ditemui di bawah kedua-dua telinga mangsa. Pemeriksaan turut mendapati pelbagai kesan kecederaan lain termasuk lebam pada wajah, kepala, bahu, dada, abdomen serta lengan kanan dan kiri.
Paling menyedihkan, terdapat juga luka koyakan dan kesan lelasan pada bahagian dubur, dipercayai akibat kemasukan objek tumpul walaupun kecederaan ini tidak menyebabkan kematian.
Lebih mengejutkan, antara kecederaan lain yang ditemui termasuk potongan, tikaman dan hirisan di bahagian telinga, kepala dan lengan, sekaligus menunjukkan unsur penderaan fizikal yang jelas terhadap Zayn Rayyan.
Bedah siasat juga menemui objek asing di salur pernafasan dan perut, dengan lebam pada lelangit mulut yang memperkukuh kemungkinan objek dimasukkan secara paksa.
Walaupun terdapat kedutan pada tapak tangan dan kaki, Dr Rohayu menegaskan tiada bukti menunjukkan Zayn mati akibat lemas tiada air dalam paru-paru, tiada tanda-tanda tenggelam.
Dalam prosiding yang berlangsung di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh, ibu bapa Zayn, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masing-masing berusia 30 tahun telah didakwa atas tuduhan mengabaikan anak mereka hingga menyebabkan kecederaan fizikal.
Sumber: Harian Metro & Mstar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tragedi pusingan U, bayi perempuan 2 bulan meninggal dunia. Seorang bayi perempuan berusia dua bulan dilaporkan meninggal dunia selepas kenderaan yang dinaikinya bersama kedua ibu bapanya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Lebuh Alor Gajah–Melaka Tengah–Jasin (AMJ), berhampiran Batu Gajah, pada petang Selasa.
Insiden tragis yang berlaku sekitar jam 2.15 petang itu menyebabkan mangsa, Nur Hafirzah Qintina Shahrul Asraf Naim, menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor. Ibu bapanya turut mengalami kecederaan dan sedang dirawat di hospital yang sama.
Menurut Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Mohamad Rusli Mat, kejadian berlaku apabila kereta jenis Toyota Vios yang membawa keluarga tersebut dari arah Merlimau menuju ke Batu Gajah bertembung dengan sebuah lori yang sedang membuat pusingan U.
Siasatan awal menunjukkan bahawa kenderaan yang dipandu gagal mengelak lori yang dipandu seorang lelaki berumur 33 tahun, yang memasuki laluan U-turn dari lorong kanan.
Impak perlanggaran menyebabkan ibu bayi berkenaan, Nurulnadiah Balqis Abdullah, 22 tahun, mengalami kecederaan di bahagian kepala, manakala si bapa, Shahrul Asraf Naim Khasiran, 35 tahun, cedera di dahi.
Bayi tersebut mengalami kecederaan serius di kepala dan disahkan meninggal dunia pada jam 5 petang ketika dirawat di hospital.
Polis mengesyaki kemalangan berpunca daripada kereta yang hilang kawalan sebelum memasuki laluan lori tersebut. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang awam yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkenaan diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Pengantin baharu maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi, hasrat ziarah keluarga Nurly Sahirah tak kesampaian. Hajat seorang pengantin baharu untuk menyantuni keluarga Allahyarham Nurly Sahirah Azman, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam nahas bas di Gerik bulan lalu tidak kesampaian apabila dia sendiri maut dalam kemalangan di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu, Setiu, pagi Rabu.
Menurut adiknya, Wan Zainul Abidin Wan Abdul Halim, 33, abangnya, Wan Hasbullah Wan Abdul Halim, 42, dalam perjalanan ke Besut bagi bertemu sekumpulan penunggang motosikal dari Kedah untuk merancang lawatan ke rumah keluarga Allahyarham Nurly Sahirah.
“Mereka dah janji nak berjumpa di Besut. Niat nak berbincang tentang ziarah keluarga arwah Nurly. Tak sangka abang pula yang pergi dulu,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim, Jalan Pusara, malam tadi.
Tambahnya, arwah yang tinggal di Jalan Tekukur, Kuala Terengganu, baru sahaja melangsungkan pernikahan pada Jumaat lepas, bersamaan 1 Muharam, dan merancang mengadakan majlis kesyukuran pada September akan datang.
“Dia pernah cakap nak buat kenduri kesyukuran perkahwinan, nak raikan sekali bersama ahli keluarga, tapi semuanya hanya tinggal kenangan,” ujarnya.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Wan Nazirah Wan Pauzi, 37, serta tiga anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu berusia antara 9 hingga 13 tahun yang masih bersekolah di SMK Sultan Sulaiman dan Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 (SKSS1).
Arwah juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Jalan Tekukur, selain dikenali sebagai seorang hafiz yang menghafaz 30 juzuk al-Quran serta aktif dalam misi kebajikan termasuk membaik pulih pondok di Thailand dan program khatan serta ibadah korban.
Solat jenazah Allahyarham Wan Hasbullah diadakan di Masjid Khalifah, Kuala Terengganu malam tadi dan dihadiri lebih 2,000 jemaah sebelum jenazah dikebumikan sekitar jam 10 malam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.40 pagi semalam, arwah maut selepas motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki Z1000 yang ditunggangnya melanggar sebuah kereta yang sedang membelok ke simpang kanan.