Kematian adalah satu kepastian dan kemestian tidak kira di mana seseorang itu berada atau dalam apa jua keadaan sekalipun.
Bila dan dimana kita sebagai hambanya tidak tahu bila waktu itu. Itulah rahsia Maha Pencipta. Namun sebagai umatnya kita harus membuat persediaan termasuk amalan dan harta yang ditinggalkan nanti.
Sehubungan itu, adanya faraid, hiba serta wasiat. Ilmu sebegini perlu kita tahu untuk mengelak waris sukar membuat tuntutan harta pusaka. Ia bukan dikatakan ‘tamak’ harta tapi untuk memudahkan urusan penerusan hidup ahli keluarga yang ditinggalkan.
Sebagaimananya perkongsian wanita ini. Rupanya sukar untuk menuntut harta pusaka yang tidak ada nama waris. Moga ia menjadi pengajaran.
Saya terpanggil utk berkongsi pengalaman dalam menguruskan harta pusaka abang saya yg <RM2 juta, tidak berwasiat, tidak dihibahkan dan penama telah meninggal dunia terlebih dahulu.
Abg saya meninggal tanpa waris isteri serta anak. Isteri arwah meninggal terlebih dahulu dan perkahwinan abg tidak dikurniakan anak.
Adik beradik pula, hanya tinggal saya yang bongsu. Abah serta mak dan abang2 lain telah meninggal dunia juga.
Setelah melalui proses menguruskan harta pusaka arwah, baru saya faham kenapa ramai yang tidak sanggup menguruskan dan byk harta org Islam telah dikumpulkan ke Baitulmal.
1. Sebelum membuka fail utk perbicaraan tuntutan sebagai pentadbir utk menguruskan harta pusaka, kita perlu dapatkan ‘latest statement’ dari semua agensi2 kerajaan (termasuk Pejabat Tanah) serta bank2. Saya telah berulang alik ke 2 bank, ASB, Tabung Haji, KWSP serta socso. Socso adalah kerana arwah abang penerima pencen ilat dari isteri. Saya hanya memberitahu supaya pencen diberhentikan.
2. Utk dapatkan semua ‘statement’ tersebut, saya perlu menyediakan dokumen2 seperti dibawah: a. Sijil asal dan salinan sijil kematian dan surat beranak abang. Sijil kematian perlu kita mohon dari JPN (oleh waris terdekat) dengan membawa surat pengesahan kematian serta pengkebumian. b. Salinan sijil arwah kakak ipar, salinan sijil nikah c. Sijil asal dan salinan surat beranak serta kad pengenalan diri saya sebagai bukti saya adik kandung seibu sebapa. d. Carian terbaru, cukai tanah terbaru serta geran asal tanah.
3. Perlu diingat, Tabung Haji tidak akan membenarkan atau melayan sebarang permohonan utk mendapatkan ‘statement of balance’. Mereka hanya proses permohonan sebagai pentadbir setelah saya dapatkan surat perintah dari mahkamah.
Ads
4. Setelah semua dokumen diperolehi, saya memohon melalui PTG secara online. Sini saya ingin berterima kasih and memuji PTG Daerah Jelebu, Seremban dan pihak Mahkamah kerana mereka telah memproses permohonan saya dalam jangka masa yg pendek walaupon semasa musim pandemik.
5. Sebagai persiapan ke mahkamah, selain dari dokumen2 yg telah saya sebutkan diatas tadi, saya telah menyiapkan borang DDA, salinan ic, surat beranak dari semua waris, serta sijil kematian abah, mak, abang2.
6. Semasa perbicaraan, Hakim telah meminta utk melihat segala dokumen2 asal serta ‘cross reference’ dengan segala dokumen2 yg telah di ‘upload’ semasa permohonan online. Hakim juga menjalankan siasatan utk memastikan semuanya tulin dan benar. Disebabkan semua waris2 lain telah mewakilkan saya sebagai pentadbir, maka hanya saya perlu hadir di mahkamah bersama ‘DDA form’.
7. Alhamdulillah segala urusan berjalan lancar semasa perbicaraan. Saya telah menerima surat sebagai pentadbir lebih kurang sebulan dari tarikh perbicaraan.
8. Saya telah kembali semula ke bank2 dan agensi2 kerajaan utk menyerahkan surat perintah tersebut. Setiap agensi dan bank mempunyai proses yg berlainan dan ada memerlukan saya mengisi lagi borang. Bukan itu sahaja, lagi sekali saya telah diminta utk menyerahkan berbagai salinan dokumen.
9. Sesetgh agensi seperti ASB dan Tabung Haji hanya akan memindahkan wang ke dalam akaun ASB dan Tabung Haji penerima. Mereka tidak akan memindahkan wang ke dalam akaun bank.
Ads
10. KWSP dan bank pula akan menyediakan check atau transfer terus ke dalam akaun bank kita. Bank BSN memerlukan ‘statement’ dari bank penerima sebagai bukti itu adalah akaun penerima.
11. Dari kalangan agensi kerajaan dan bank diatas, Maybank dan KWSP adalah yg paling efisien dan kurang birokrasi. Terima kasih saya ucapkan kerana memudahkan.
12. ASB memerlukan saya mengisi borang pertambahan serta stamp dari pesuruhjaya sumpah.
13. BSN pula meminta saya mengisi borang tambahan serta bukti statement bank penerima.
14. JPJ pula memerlukan pengesahan dari Puspakom serta borang juga. Yg ni mungkin kerana kereta dah lebih 15 tahun..
15. PTG seperti lazimnya, memerlukan salinan geran asal, salinan cukai terbaru serta salinan ic dan sijil kematian.
Ads
16. Yg paling leceh adalah Tabung Haji. Hakim telah mempersoalkan kenapa mereka tidak boleh mengeluarkan statement of balance.
17. Rata2 hampir kesemua nya akan hanya selesai sebulan ke 2 bulan selepas saya menyerahkan surat mahkamah. Segalanya dimulakan dari akhir bulan Feb. Sekarang sudah pon November.
Kenapa saya berkongsi disini?
Saya mau rakyat kita terutama sekali yg beragama islam peka tentang birokrasi yg tidak seragam di negara kita. Setiap agensi dan bank ada prosedur tersendiri.
Saya tak boleh bayangkan sekiranya tuntutan melebihi RM2 juta atau kehilangan dokumen, xtau susur galur keluarga atau tidak sepakat dalam pengurusan dan agihan harta.
Tidakkah surat mahkamah cukup utk pengesahan tapi perlu pula disediakan bermacam2 lagi dokumen? Tak lakukah perintah mahkamah? Saya faham sekiranya salinan IC serta sijil kematian diperlukan, tapi perlu pula mengisi ‘indemnity’ form. Pertanyaan saya hanya dijawap sebagai ‘inilah prosedur kami Puan kalau ada audit atau sebarang komplen berlaku..’
Bayangkan masa yg diambil utk menguruskan harta pusaka. Saya sihat dan telah bersara, jadi senang utk saya kesana kemari. Bagi waris yg tua, uzur atau sedang bekerja..berapa hari kah perlu mereka mengambil cuti?
Kenapakah proses2 tuntutan ni tidak boleh diseragamkan supaya ianya lebih memudahkan? Memudahkan tidak bermakna segala ‘check and balance’ di abaikan. Sebab itula ramai yg giveup dan harta org Islam byk tidak dituntut.
LAGI SATU..WAHAI SAHABAT2 KU, LEBIH AFDAL SEKIRANYA ANDA SEDIAKAN WASIAT ATAU HIBAHKAN HARTA SEMASA HIDUP. UPDATE: ======= Saya nasihatkan, sebelum berurusan dgn mana2 pejabat, pastikan anda talipon utk sahkan beberapa perkara: waktu pejabat, samaada temujanji diperlukan dan dokumen2 yg perlu dibawa. Saya dah terkena. Sampai2, queue panjang, dan setelah menunggu lama, tiba2 masa pejabat dah tutup . Dokumen pula masa kol customer servis bagitau lain, bila sampai branch, mereka minta lain.
Banyak mitos tentang penyakit gout yang kita dengar dan baca menyebabkan sebilangan daripada masyarakat salah faham tentang penyakit tersebut.
Ada yang beranggapan, penyakit gout melibatkan otot atau saraf, sedangkan fakta sebenar ia merupakan penyakit keradangan yang berlaku pada bahagian sendi disebabkan pengumpulan kristal asid urik di kawasan tersebut.
Gout berpunca daripada tahap asid urik yang tinggi di dalam darah individu. Pembentukan kristal berlaku apabila tahap asid urik di dalam badan terlampau tinggi iaitu lebih daripada 360 milimoles per litre (mmol/L).
Golongan lelaki berisiko mendapat gout dengan kadar nisbah 9:1 wanita bagaimanapun golongan wanita tetap boleh mendapat penyakit ini terutama selepas menopaus.
Asid urik merupakan bahan kumuhan berasal daripada sejenis protein yang dipanggil purin. Lazimnya, asid urik larut di dalam darah dan keluar melalui air kencing. Bagi penghidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
Ada yang berpendapat, dengan mengelak makanan yang mengandungi asid urik tinggi seperti makan makanan laut, daging dan alkohol, asid urik boleh kurang. Sebenarnya tanggapan ini salah.
Dr Zubaidi Hj Ahmad berkongsi penjelasan dari Dr Norman Norawi berkenaan hal ini.
MAKANAN LAUT BUKAN PUNCA GOUT
– Perkongsian Dr Norman Norawi
Kalau tayar kereta kita makan sebelah…di sebabkan ‘alignment’ tayar kita tak betul…
Adakah akan selesai masalah tu dengan hanya tukar tayar baru…itu lah analogi nya…
Maksud saya…
GOUT berpunca daripada sistem metabolisme PURINE yang terganggu akibat enzim ‘Xanthine oxidase’ yang tidak berfungsi dengan baik akibat pengambilan FRUKTOSA secara berlebihan…
akibatnya apabila kita makan makanan yang tinggi PURINE
(daging, udang, sotong dsbgnya ) maka paras asid urik kita akan meningkat yang menyebabkan keradangan sendi GOUT…
Yang kita buat cuma berpantang makanan laut dan daging…tanpa kita mengurangkan pengambilan FRUKTOSA tadi…
Lepas tu menyalah makanan laut sebagai ‘punca’ GOUT. ..
Sedangkan cara yang betul ialah membetulkan semula sistem metabolisme PURINE dalam tubuh kita dengan berhenti mengambil GULA & Fruktosa. ..
Maka selepas itu jika kita makan makanan laut & daging. ..tubuh kita dapat proses PURINE dengan baik dan tidak berlaku lagi pengumpulan asid urik dan masalah GOUT akan selesai. ..insyaallah
Tanda-tanda seseorang ada masalah metabolisme PURINE yang terganggu adalah masalah Hati Berlemak (Fatty Liver ) dan Metabolik Sindrom. ..
Betulkan dulu pengambilan makanan yang memudaratkan sistem metabolisme tubuh kita iaitu *makanan proses, tinggi GULA, tinggi asid lemak trans dan tinggi karbohidrat halus*…
Maka barulah selesai masalah GOUT secara keseluruhan nya…
Tetapi semasa tubuh kira masih lg bermasalah. ..mmg ler kena pantang makanan laut tadi…
Yang saya nak tekankan…jangan salahkan makanan laut sebagai “PUNCA” GOUT …sebab punca yang sebenarnya adalah berlebihan pengambilan FRUKTOSA !!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Teka teki pelakon kecil molek ini berbadan dua akhirnya terlerai bila mana empunya diri mengesahkan perkara tersebut. Menurut Elfira, dia dan suami, Muhammad Faris Khairol Anuar antara orang yang paling gembira dan bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh Yang Maha Esa.
“Alhamdulillah. Memang kalau orang orang tanya dengan saya memang saya akan jawab. Tapi sebelum ini masih baru, cuma ini saya lebih yakin sebab sebab dah ‘check up’ dan baby pun sihat. Pengumuman saya pada hari ini dengan keizinan daripada suami. Dia pun terkejut dan bersyukur kerana katanya bayi kami sihat.
“Saya sangat gembira kerana sekarang ini banyak kes wanita yang susah untuk mendapatkan cahaya mata. Saya tak sangka rezeki saya datang awal walaupun baru empat bulan berkahwin.
“Saya harap semua orang terus mendoakan saya seperti mana sebelum ini. Rezeki ini datang lebih awal dan ini satu anugerah dan rahmat dariNya. Salah satu doa saya termakbul dengan cepat” ujar Elfira yang enggan menghebahkan usia kandungannya.
Dia dalam pada itu mengakui
Elfira ditemui usai majlis pelancaran koleksi raya, ‘Elfira X McVogue’ di Flora Terrace, Kuala Lumpur hari ini.
Tambah Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, dia tidak mengalami sebarang alahan semasa hamil.
“Sebelum ini saya memang ada buat pemeriksaan sendiri tapi tak percaya, tetapi selepas itu berjumpa doktor dan sahkan saya hamil. Setakat ini, saya tidak mengalami sebarang alahan kerana pada awalnya saya tidak tahu saya hamil.
“Cabaran paling kuat waktu itu saya tengah shooting dua drama selain dua telemovie. Waktu itu trimester pertama, memang penat tapi saya cuba kuatkan kerana tengah kerja. Alahan semua tiada sangat, apabila balik rumah terus keluar semua.
“Kalau ikutkan tahun ini nak bergiat aktif dalam lakonan semula. Tapi nampaknya tak boleh berbuat demikian. Saya cuba shooting waktu hamil tapi susah. Jadi tak boleh nak ambil tawaran berlakon. Badan penat dan walau sekuat mana pun badan kita tapi ada nyawa lain dalam diri kita. jadi susah nak kawal.
“Ada production yang tahu saya hamil lagi mereka nak ambil, tapi saya rasa tak boleh terlalu memaksa kerana ini kandungan pertama. Kita tak tahu macam mana, kita rasa ok dan aktif tapi akan datang tak tahu, jadi lebih baik saya berhenti sekejap,” ujar El lagi.
“Saya tak kisah jantina janji dia keluar dengan selamat. Tapi saya dan suami saja ‘betting’ dengan suami sama ada perempuan atau lelaki. Tapi tak tahu yang mana lagi. Tapi bestlah kalau dapat anak perempuan,”ulas El lagi.
Mengulas lanjut mengenai kolaborasi bersama MC Vogue, akui El terdapat empat rekaan terhasil melalui kerjasama ini. Hadir dengan empat rekaan unik koleksi Hari Raya Aidilfitri, cetusan ilham idea Elfira dan sentuhan kreativiti pereka bentuk pakaian MC Vogue sendiri, pastinya koleksi ini juga menyerlahkan sisi gaya dan karakter Elfira yang bergelar isteri 1 Januari yang lalu. Lalu terhasillah nama Elfira Loy X MC Vogue.
Berkongsi keterujaan itu, Elfira Loy sendiri juga amat realistik dengan kerjasama terjalin.
Gaya minimalis yang diserlahkan pelakon berkenaan juga memberi inspirasi kepada pihak MC Vogue untuk menampilkan kolaborasi unik dengan konsep ‘Fairy Forest’.
“Ini adalah kolaborasi pertama saya bersama jenama fesyen. Saya bersetuju untuk jalinkan kolaborasi ini kerana MC Vogue sendiri sentiasa mengeluarkan pakaian dengan harga yang berpatutan kepada ramai orang. Ia tepat dengan konsep saya yang bergaya dengan gaya berpatutan atau ukur di badan sendiri .
“Butik MC Vogue memang antara destinasi pilihan saya setiap kali membeli belah. Memang berbaloi. Tak sangka pula ditawarkan kerjasama ini beberapa bulan lalu. Memang terkejut pada awalnya. Tapi saya bersyukur kerana menjadi pilihan mereka.
Tahniah kepada Elfira Loy dan suami. Semoga El dan kandungan sentiasa sihat. Tak sabarnya nak tengok Elfira Junior ni!#keluargamag
Patutlah kadang-kala, tengok anak tak dengar cakap. Rupanya ada kesilapan yang kita tak sedar. Bukan mudah rupanya bergelar ibu bapa. Walaupun sudah mempunyai tiga orang anak atau lebih, kita merasakan cara didikan betul, rupanya ada juga yang tersilap. Kita juga sebagai ibu bapa kadang alpa tentang peranan kita sebagai role model.
Jom kita selidik diri kita di mana silap tu. Ikuti perkongsian oleh Dr Taufiq Razif moga menjadi manfaat bersama.
5 Sebab Kenapa Anak Boleh Jadi Biadap. Mak Ayah Wajib Tahu!
1. Tengah Fasa Egocentric
Dalam umur 2-4 tahun ni anak kita dalam fasa egocentric lagi. Yang ni takpe, jangan risau. Anak kita nampak macam biadap, tapi sebenarnya dia tengah membina karakter diri. Kita kena bersabar dan tenang tapi jangan sampai tak tegur ye. Kalau anak biadap, kena tegur tapi bagi la SEBAB kenapa perbuatan dia tu salah. Jangan tegur tanpa bagitahu KENAPA perbuatan tu salah.
2. Anak Rasa Tak Selamat
Kadang-kadang kita teremosi terlebih sangat sampai anak kecil kita rasa tak selamat. Tu la puncanya TRUST anak kita pada kita jadi hancur. Masa anak kecil ni la dia nak kena ada someone yang dia TRUST. Bila anak rasa tak selamat je memanjang, otak dia akan bertindakbalas dengan 3F :
I. Fight ▶ melawan. Ni la antara punca biadap
II. Flight ▶ dia akan jadi penakut dan pasif
III. Freeze ▶ anak jadi konfius dan pendiam
3. Pengaruh Eksternal
Sepatutnya mak ayah la yang kena pengaruhi anak tapi bila masa kita kurang bersama anak, selalu sibuk memanjang dan hadap handphone 24 jam je maka anak akan cari sumber luar untuk dia ikuti. Tu yang anak jadi mudah terpengaruh dengan anasir jahat di luar sana.
4. Mak Ayah Pendengar Yang Teruk
Anak biadap ni kadang-kadang sebab dia rasa tak didengari. Ye, tu salah satu cara anak kita nak berkomunikasi dan nak bagitahu kita sesuatu walaupun sebenarnya cara tu salah. Salah kita juga, sebab tak tahu nak baca emosi anak kita. Ada masanya dia perlukan penghargaan kita, ada masanya dia nak kita puji pencapaian dia. Tapi kita tak dengar, sebab kita sibuk dengan hidup kita je!
5. Mirroring
Yes, anak kita adalah peniru yang sangat hebat. Bila dia nampak kita kurang ajar dengan atuk dan nenek dia, dia akan tiru! Bila dia nampak kira kurang hormat pada suami kita, dia akan tiru! Bila dia nampak kita tak hormat, kasar, biadap dan suka menyuruh tanpa kasih sayang pada isteri kita, anak kita pun akan ikut tiru!
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.