Bila dah memasuki gerbang perkahwinan, semestinya pasangan suami isteri mengimpikan untuk memperoleh cahaya mata.
Rezeki orang lain-lain, ada yang baru kahwin, terus bunting pelamin dapat rezeki zuriat awal. Ada juga yang sudah lama berumah tangga tapi belum mempunyai rezeki untuk peroleh zuriat sendiri. Malah ada juga yang berusaha lebih dengan mengambil beberapa inisiatif seperti rawatan untuk ke arah itu.
Selepas beberapa kali menangguh hasrat, pelakon Siti Elizad akhirnya meneruskan rawatan kesuburan invitro (IVF).
Siti Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin telah berkongsi di Instagram miliknya foto dan video sepanjang proses rawatan.
” Hari pertama suntikan untuk IVF. Hari ini periksa darah. Sambil itu doktor dan jururawat ajar suami cara nak memberi suntikan dekat bahagian perut.
” Jadi hari ini, hari pertama kami. Dah mula proses cucuk-cucuk sendiri dekat rumah sendiri. Doakan kami ya. InsyaAllah jumpa doktor lagi dua minggu,” tulisnya.
Ads
Dalam perkongsian itu juga, Elizad sempat membuat pesanan supaya anaknya nanti menyedari betapa sukarnya untuk melalui proses itu.
” Susahnya nak dapat awak ni anak. Harap-harap awak tengoklah video & gambar2 macam mana struggle nya nak dapatkan awak. Ya Allah perkenankan lah doa ku yg satu ni , juga buat mereka yg ttc seperti saya,” kongsinya.
Ads
Tambah Elizad, dia tidak dapat menjawab persoalan mengenai harga untuk melakukan rawatan tersebut berikutan permasalahan yang dihadapi setiap pasangan berbeza-beza.
Elizad mendirikan rumahtangga dengan Shamsul Baharin pada 11 Januari 2015.
Direzekikan menjadi tetamu Allah di bulan haji ini tentunya satu rahmat yang tidak ternilai harganya. Sungguh saban tahun kita ternanti-nanti agar dapat menjejakkan kaki di bumi berakah bagi menunaikan Rujun Islam yang ke lima dengan sempurna.
Peluang ini turut sama dirasai oleh Datin Seri Heliza Helmi, apabila berpeluang ke sana untuk menunaikan ibadah haji.
Pun begitu keberangkatan Heliza dan keluarga ke tanah suci tidak ditemani oleh suami tercinta, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.
Namun menerusi hantaran komen di akaun Instagram isterinya, Datuk Seri Mahadi ada menitipkan doa agar perjalanan isteri dan keluarga tersayang dirahmati dan dipelihara Allah swt.
Mohon Kemaafan
Menerusi perkongsian di Instagram, Heliza menitipkan kemaafan kepada semua jika ada silap dan salah dan mohon didoakan agar mendapat haji yang mabrur.
Labbaikallahumma Labbaik
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaik
Innalhamda Wan Ni’mata
Laka Wal Mulk
Laa Syarikalakalah
Aku memenuhi panggilanMu ya Allah aku memenuhi panggilanMu
Aku memenuhi panggilanMu tiada sekutu bagiMu aku memenuhi panggilanMu
Sesungguhnya pujian dan ni’mat adalah milikMu begitu juga kerajaan tiada sekutu bagiMu
Kami sekeluarga memohon ampun dan maaf sekiranya ada kesalahan, kesilapan, kekurangan, kekhilafan, kecuaian dan apa apa sahaja, mohon ampun dan maaf. Doakan kami semua. Doakan agar semua jemaah mendapat Haji Mabrur
Kami juga mendoakan kalian dijemput menjadi tetamu Allah tidak lama lagi. Aamiin
Meninjau di ruangan komen, pengikut setia dan sahabat Heliza di instagram mendoakan yang terbaik buat Heliza dan keluarga sepanjang berada di Tanah Suci.
Ke mana sahaja kaki melangkah ada sahaja yang mengenali dan menegur untuk mengambil gambar.
Populariti mendadak itu membuatkan dia cuba untuk seimbangkan antara kerjaya, keluarga dan juga rakan-rakan. Jujur mengakui ‘perhatian’ yang diperoleh itu sedikit sebanyak membuatkan kehidupannya sedikit ‘berubah rentak’. Namun pemilik nama Farah Nabilah, 25 menerima rezeki dengan penuh kesyukuran.
“Saya anak sulung dari enam beradik. Sejak dahulu ke mana sahaja famili pergi, pasti saya ketinggalan untuk turut serta. Kami selalu bersama baik bercuti atau keluar jalan-jalan. Namun, apabila saya terbabit dalam bidang ini, kehidupan keluarga yang sebelum ini ‘low profil’ turut menerima tempias.
“Tetapi saya selalu cakap itu adalah asam garam yang perlu kami lalui memandangkan saya sudah berada dalam bidang ini. Famili memahami dan tidak mempunyai sebarang bantahan. Sebaliknya mereka memberi sokongan sepenuhnya. Setakat ini, saya masih boleh handle situasi dan selalu cakap pada famili hati-hati dalam apa jua yang kami lakukan pasti ada mata yang memandang.
“Kalau diikutkan minat saya bukanlah dalam bidang lakonan kerana saya lihat sendiri betapa susahnya pelakon terpaksa berjaga shooting habis lewat pagi. Rumah saya pernah dijadikan lokasi shooting jadi daripada situ saya tahu betapa susahnya nak jadi pelakon. Saya lebih suka buat commercial, namun krew waktu itu selalu juga offer, dan saya pun cubalah watak sampingan untuk drama di bawah arahan Rashid Sibir iaitu tanah kubur.
“Namun, saya kemudiannya mengambil keputusan untuk berhenti dan fokus pada pengajian Ijazah dalam bidang Psikologi. Selepas tamat pengajian, saya mendapat tawaran berlakon dan membawa watak utama tetapi tidak mendapat tempat di hati peminat. Sehinggalah drama Titian Cinta mengubah segalanya. Selepas itu, alhamdulillah tawaran tidak putus-putus,” Ujar Farah yang memulakan langkah dalam bidang pengiklanan sejak berumur 16 tahun lagi dan antara iklan yang dilakukannya termasuklah Safi, Proton, Pizza Hut dan banyak lagi.
Kursus jangka pendek
Demi memastikan lakonannya mendapat tempat dihati peminat, Farah sanggup mengambil kursus jangka pendek. Sementelah dia pernah ‘direject’ dengan alasan perlu lebih banyak belajar lagi dalam bidang tersebut.
“Waktu itu, saya hanya membawa watak sampingan namun tidak berputus asa jauh sekali terasa dengan kritikan tersebut. sebaliknya, setiap kritikan buat saya bertambah semangat untuk perbaiki segala kekurangan. Kerana itu, saya mengambil keputusan untuk mengambil kursus singkat selama tiga hari di bawah selian Fauziah Nawi demi Titian Cinta. Waktu itu saya mahu siapkan diri memandangkan cerita ini ‘heavy’ ditambah pula berlakon dengan pelakon terkenal Zul Ariffin dan pelakon lain.
“Selain aktif dalam bidang seni, saya juga ingin membuka bisnes sendiri dalam bidang skincare. Walaupun saya tahu persaingan sengit, namun saya tahu semuanya bergantung pada rezeki seseorang. Sejak dahulu lagi sudah terdedah pada bisnes memandangkan keluarga saya berada dalam bidang yang sama. jadi, daripada situ timbul idea untuk buat bisnes bersama,”ujar Farah yang menolak anggapan kononnya dia memilih membuka bisnes semata-mata kerana populariti dan kesempatan ketika nama di atas.
Suka memasak
Status anak sulung yang disandang membuatkan dia selalu ‘dipaksa’ ibunya untuk masuk dapur. Daripada situlah timbul hobi memasak. yang suka memasak dan selalu mencuba resipi baru dan keluarga dan rakan-rakan menjadi ‘mangsa’ untuk mencuba.
“Saya suka memasak dan kalau boleh mahu ada program sendiri dalam bidang ini. Tetapi setakat ini hanya masih dalam angan-angan belum tahu bila akan direalisasikan. Sebelum berlakon, saya bercita-cita menjadi psikitris. Kerana itu saya memilih bidang Psikologi berkenaan ketika di universiti. Bahkan, bidang ini banyak bantu saya dalam lakonan.
“Bidang ini seronok sebenarnya dan saya mahu didik orang tentang klinikal psikologi ini. Kalau di luar negara, kerjaya dalam bidang ini dibayar gaji lumayan tetapi di negara kita benda ini masih baru dan tidak ramai yang mahu terbabit dalam bidang ini,”jelas Farah yang tidak menolak andai suatu hari nanti bidang Psikologi menjadi pilihan kerjayanya.
Sumber: majalah Keluarga Jan-Mac 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Masih ada lagi ke yang belum berjaya menanam pokok daun sup di dalam pasu walau berkali-kali mencubanya?
Usah putus asa, apa kata anda cuba serentak 3 teknik yang dikongsikan oleh Nina Diana ini. Menurutnya, ada cara dan teknik yang boleh digunakan ketika menanam pokok daun sup sama ada menggunakan keratan batang, anak pokok mahu pun biji benih.
Ini perkongsiannya.
“Selain ketumbar saya juga cuba tanam daun sup dengan 3 cara”
1. Keratan batang & akar 2. Anak pokok 3. Benih.
Alhamdulillah berjaya.
Yang ini tanam dari keratan batang. Dari bulan April sampai ke hari ni pokok hidup
subur.
Tanam datam botol susu yang dipotong 2. Letak span di muncung botol untuk serap air. Pakai sedikit sahaja tanah/peatmoss utk cover akar. Air pula saya pakai baja AB.
Yang ini beli anak pokok di nursery. RM13
sepasu kecik.
Balik saya tukar ke pasu nutripot. (Pasu ni beli di shopee RM5 je sbb kategori reject colour)
Menggemuk bagai johan.Baja AB di bawah. Topup bila dh berkurang.
Subur dan tak perlu siram dari atas. Hanya sesekali spray cuka kayu.
Yg ini dari benih. Ambil masa sebulan untuk
sebesar ini.
Saya cadang akan pindahkan ke nutripot
juga. Senang jaga.
Tersalah beli rumah, ini nasihat apa kena buat oleh perunding hartanah. Membeli rumah adalah salah satu keputusan kewangan paling besar dalam kehidupan.