Susah untuk menabung? Anda berpotensi miskin di hari tua. Menyimpan untuk hari tua sering kali dilihat sebagai satu cabaran, terutamanya bagi mereka yang menghadapi pelbagai tuntutan kewangan dalam kehidupan harian.
Susah Untuk Menabung? Anda Berpotensi Miskin Di Hari Tua
Amalan menyimpan untuk masa depan sebenarnya amat penting dalam memastikan kestabilan kewangan dan kesejahteraan pada usia tua. Jika kita gagal atau sukar untuk menyimpan pada masa muda, terdapat beberapa kesan negatif yang mungkin akan kita hadapi di kemudian hari.
Tanpa tabungan yang mencukupi, kita mungkin berdepan dengan kekurangan sumber kewangan semasa tempoh persaraan. Apabila sudah bersara, pendapatan bulanan yang biasa diperoleh daripada gaji akan terhenti, dan kita hanya akan bergantung kepada simpanan serta pencen (jika ada).
Ketiadaan simpanan bermakna kita mungkin tidak mampu menampung kos kehidupan asas, apatah lagi untuk keperluan lain seperti perubatan, tempat tinggal, dan lain-lain.
Berikut perkongsian daripada pakar kewangan dan hartanah, Azizul Azli Ahmad
BERAT UNTUK MENABUNG?
Jika kita berat atau susah untuk menyimpan di hari tua, kita mungkin akan menghadapi beberapa kesan negatif, antaranya:
1. Ketidaktentuan Kewangan: Tanpa simpanan yang cukup, mungkin sukar untuk menampung keperluan asas seperti perubatan, tempat tinggal, dan makanan di hari tua. Ini boleh mengakibatkan tekanan kewangan yang besar.
Ads
2. Ketergantungan Pada Orang Lain: Ketiadaan simpanan boleh membuatkan kita terpaksa bergantung pada anak-anak, keluarga, atau bantuan luar, yang mungkin membebankan mereka.
3. Kurang Kemerdekaan: Simpanan yang sedikit atau tiada langsung boleh menjejaskan kebebasan kita, menjadikan kita lebih bergantung pada bantuan pihak lain untuk membuat keputusan atau urusan peribadi.
4. Kurang Persediaan untuk Kecemasan: Tanpa simpanan, kita mungkin tidak bersedia menghadapi keadaan kecemasan seperti penyakit atau perbelanjaan tidak terjangka yang boleh membebankan.
Untuk masa muda, perkara terbaik yang boleh dilakukan ialah:
1. Simpan Secara Berterusan: Mulakan simpanan walaupun sedikit. Bina disiplin untuk menyimpan secara konsisten setiap bulan, sama ada melalui tabungan biasa, simpanan emas, atau pelaburan yang selamat.
2. Pelaburan Bijak: Kenalpasti pelaburan yang sesuai dengan risiko yang boleh ditanggung. Pelaburan seperti saham, hartanah, dan emas boleh membantu menambah nilai simpanan jangka panjang.
3. Didik Diri Tentang Kewangan: Fahami asas kewangan, seperti pengurusan hutang, faedah kompaun, dan kepentingan pelan simpanan persaraan.
Ads
4. Jaga Kesihatan: Kesihatan yang baik akan menjimatkan perbelanjaan di kemudian hari, kerana kita mungkin akan kurang bergantung pada perbelanjaan perubatan.
Menyimpan untuk hari tua bukanlah satu pilihan, tetapi satu keperluan. Walaupun mungkin sukar untuk memulakan amalan ini disebabkan tuntutan kewangan harian, tetapi dengan perancangan yang bijak dan disiplin dalam kewangan, kita boleh mencapai kestabilan kewangan pada usia tua.
Usahakan untuk menyimpan sedikit demi sedikit dan jadikan tabiat ini sebagai satu amalan. Masa depan yang tenang dan bebas daripada tekanan kewangan adalah satu hadiah yang boleh kita berikan kepada diri sendiri jika kita bermula sekarang.
Dengan persiapan kewangan yang kukuh dan gaya hidup sihat, kita boleh lebih tenang dan bebas dari tekanan kewangan di hari tua nanti.
Kubis boleh ditanam di dalam pasu bagi mereka yang terfikir hendak tanam kubis. Sama seperti sayur yang lain, kubis juga senang untuk dibiakkan. Kalau dulu kubis kita selalu beli tak terfikir nak tanam sendiri macam tanam sayur lain.
Tapi sekarang semakin ramai yang dah cuba tanam sendiri sayur ini. Berbaloi sebab sayur ini memang kita selalu makan. Lagi satu cara penanamannya pun mudah. Kalau tanam banyak di halaman nampak cantik.
Bagi yang nak cuba tanam kubis boleh ikut langkah demi langkah yang dikongsi oleh Noramira Kassim Nurul ini.
1. Sediakan tanah (boleh beli di nurseri, gunakan tanah bakar campur tanah biasa).
2. Semai biji benih dalam tray semaian, 1 biji 1 lubang (beli benih di pasararaya sahaja sebab murah).
3. Waktu semai, siram pagi sahaja untuk lembapkan tanah, letak tray di tempat tempat separuh panas.
4. Bila sudah berdaun 4 helai boleh ubah ke pasu besar cuma letak tanah separuh dan bila pokok makin besar dan meninggi baru tambah tanah untuk tutup batang pokok, cepat kobis terbentuk.
5. Waktu ubah anak pokok ke pasu letak di tempat redup selama 3-4 hari supaya pokok tak layu. Selepas itu boleh letak di tempat panas.
6. Siram pagi dan petang (bergantung pada kelembapan tanah) siram di bahagian batang, kalau siram dari atas kobis yang dah terbentuk, kobis jadi busuk.
7. Baja 2 minggu sekali, sukatan ikut jenis baja yang digunakan (boleh guna baja tahi ayam, baja kopi dan baja npk 15.15.15 (baja-baja ini bubuh 2 minggu sekali ikut giliran ya bukan letak semua sekali gus).
8. Kawalan serangga seminggu sekali(saya guna cuka kayu,5ml untuk 1 liter air).
9. Dalam masa 3 bulan kobis dah terbentuk dan boleh dituai tapi bergantung juga pada cara penjagaan kita.
Ini kobis yang baru dituai.
Sumber: Noramira Kassim Nurul
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
‘Mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi’, itulah pepatah yang sesuai buat anak gadis Nora Ariffin, Putri Dahlia yang trending di Spotify dan Youtube selepas melancarkan single, Old Love yang turut menampilkan penyanyi muda, Yuji kini mendapat lebih dari 3 juta tontonan.
Menurut Nora yang berkongsikan maklumat ini di laman Instagramnya, dia berpendapat anak gadisnya itu mewarisi bakat seni arwah bapanya, Johan Nawawi. Malah dia sebagai ibu, turut tumpang gembira dan mendoakan agar Putri Dahlia diberi peluang untuk melangkah dengan lebih jauh.
“You are gifted Putri..Bakat itu kurniaan & anugerah Allah ..Harus sentiasa bersyukur.. Putri Dahlia mewarisi bakat dari ayahnya, arwah Johan Nawawi, kalau pun ada dari saya mungkin sedikit sahaja.
“Sebagai ibu, saya tumpang gembira & sentiasa berdoa agar Putri Dahlia diberi peluang untuk melangkah lebih jauh & kekal dengan keunikan tersendiri.” tulisnya.
Akui kehidupan ibarat sebuah roda. Nora mengatakan bahawa generasi baru harus diberi laluan untuk mewarnai industri seni.
“Lumrah kehidupan..Its a process. Hidup sebagai artis ibarat roda. Bila kita sudah meningkat usia, kita wajar beri laluan pada legasi & generasi baru untuk mewarnai industri.” tambahnya lagi.
Di akhir hantarannya, Nora memberitahu dia yang sudah menjadi anak seni selama 30 tahun itu, merasa sudah cukup bersyukur dengan segala anugerah dan pengalaman yang ada, serta bersedia untuk berkongsi ilmu.
Bila ada anak kecil, pasti ibu-ibu kena alert terutama ruang dalam rumah tak boleh sarat dengan barang-barang. Lebih-lebih lagi yang boleh mengundang bahaya kepada si kecil.
Pun begitu ia bukan alasan untuk mengabai dan membiarkan keadaan rumah jadi berselerak. Bila punya anak kecil, ibu-ibu sepatutnya lebih peka pada setiap susun atur rumah demi keselamatan anak-anak.
Perkongsian ibu muda bernama Hani Mynis ini membuktikan anak bukan penghalang untuk merias rumah bahkan lebih peka dengan susur atur yang baik demi keselamatan anaknya. Jom ikuti perkongsiannya.
Walaupun rumah sewa kitorang kecil comel je ?, hani sediakan satu ruang khas : cleaning section untuk Hani letak semua barang membersih dan agen pembersihan kat sini supaya senang nak cari dan lebih organised.
❤️Tips mengadakan cleaning section kat rumah:
1. Sediakan sebuah almari @ rak untuk menyimpan barang membersih.
2. Gunakan bakul @ bekas, kumpulkan barang yang dalam satu kumpulan disatu tempat. Contohnya agen pembersihan pakaian satu bakul, sabun2 membersihkan pinggan mangkuk satu bakul. Bila guna bakul nampak lebih kemas dari biar je berlonggok di satu tempat/para.
3. Sediakan satu cleaning caddy (mudah alih) supaya senang nak dibawa ke mana- mana bila nak buat deep cleaning kat mana2 bahagian rumah.
4. LABEL LABEL ? key to organising is label ?. Jangan takut2 nak melabel. Bila label kita tahu mana satu-satu tempat untuk setiap barang. So tangan kita akan ringan je rasa nak mengemas dan meletakkan satu barang pada temptnya so less clutter ?
5. Kalau ada anak kecil2 lagi (baby and toddler) pastikan agen2 pembersihan letak di rak atas2 yang tak mudah dicapai. Sabun basuh baju hani letak kat bawah sebab aqil dah faham benda tu bukan mainan.
❤️tutorial menyediakan cleaning caddy kat rumah.
1. Sediakan satu bekas/bakul/baldi khas untuk simpan barang2 membersih ni. Pastikan bekas cukup besar dan senang nak diangkut ke mana2. Kalau ada handle lagi bagus.
2. Sediakan dua caddy berbeza. Satu untuk bilik air dan satu untuk pembersihan bahagian lain kat rumah.
Penerangan lanjut setiap barang2 dalam cleaning caddy hani ada kat gambar.
Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.