Berdepan dengan masalah anak yang susah tidur, hingga lewat malam berjaga ini akan menyebabkan di waktu siang anak-anak akan menjadi lesu.
Bahkan tidak kurang juga akan meragam dan ini bimbang juga bolrh menjejaskan perkembangan anak-anak.
Mencari cara untuk atasinya, apa kata cuba cara seperti yang dikongsikan oleh dr. Mazliana Mazlan ini.
Menurutnya perkenalkan kiwi untuk anak yang susah nak tidur malam.
Kiwi sangat bagus untuk tidur tau.
Bagi anak makan kiwi 1 jam sebelum tidur, buat selama 2 minggu. Korang akan nampak hasilnya, insyaAllah.
Tidur anak lebih cepat.
Letak je kepala atas bantal, terus dah nak tidur.
Tidur anak lebih lama.
Bagus kan untuk otak kalau anak dapat tidur lebih lama.
Tidur anak lebih berkualiti.
Susah anak nak terjaga tengah malam.
Dalam buah kiwi, ada kandungan serotonin. Serotonin ni lah yang bantu kitaran tidur jadi lebih baik.
Kiwi tinggi antioksida. Pun antara yang menyumbang pada kualiti tidur anak yang lebih baik.
Ajak anak makan kiwi sekali dengan bijinya terus tau. Banyak sangat khasiat yang ada pada kiwi. Antaranya;
Vitamin C
Vitamin E
Vitamin K
Folate
Copper
Pottasium
Magnesium
Dalam biji kiwi pulak;
Omega 3
Fiber
Antioksida
Best kan bila kita ajar anak makan dengan sedikit ilmu tentang nutrisi. Lagi semangat kita nak ajak walau anak belum suka. Ada modal kita nak cerita sambil makan dengan anak kan.
Kita cuba sama-sama ya, banyakkan buahan sebagai snacks dan makanan utama bila anak lapar.
Sumber : Mazliana Mazlan