
Berdepan dengan masalah anak yang susah tidur, hingga lewat malam berjaga ini akan menyebabkan di waktu siang anak-anak akan menjadi lesu.
Bahkan tidak kurang juga akan meragam dan ini bimbang juga bolrh menjejaskan perkembangan anak-anak.
Mencari cara untuk atasinya, apa kata cuba cara seperti yang dikongsikan oleh dr. Mazliana Mazlan ini.
Menurutnya perkenalkan kiwi untuk anak yang susah nak tidur malam.
Kiwi sangat bagus untuk tidur tau.
Bagi anak makan kiwi 1 jam sebelum tidur, buat selama 2 minggu. Korang akan nampak hasilnya, insyaAllah.
Tidur anak lebih cepat.
Letak je kepala atas bantal, terus dah nak tidur.
Tidur anak lebih lama.
Bagus kan untuk otak kalau anak dapat tidur lebih lama.
Tidur anak lebih berkualiti.
Susah anak nak terjaga tengah malam.
Dalam buah kiwi, ada kandungan serotonin. Serotonin ni lah yang bantu kitaran tidur jadi lebih baik.
Kiwi tinggi antioksida. Pun antara yang menyumbang pada kualiti tidur anak yang lebih baik.
Ajak anak makan kiwi sekali dengan bijinya terus tau. Banyak sangat khasiat yang ada pada kiwi. Antaranya;
Vitamin C
Vitamin E
Vitamin K
Folate
Copper
Pottasium
Magnesium
Dalam biji kiwi pulak;
Omega 3
Fiber
Antioksida
Best kan bila kita ajar anak makan dengan sedikit ilmu tentang nutrisi. Lagi semangat kita nak ajak walau anak belum suka. Ada modal kita nak cerita sambil makan dengan anak kan.
Kita cuba sama-sama ya, banyakkan buahan sebagai snacks dan makanan utama bila anak lapar.
Sumber : Mazliana Mazlan
Sunnah Yang Dilupakan, Wanita Ni Kongsikan Kelebihan Sunat Anak Ketika Masih Bayi Yang Ramai Tak Tahu!

Orang arab panggil khitan, orang melayu pula sebut khatan atau sunat, orang-orang tua sebut ‘masuk jawi’.
Ramai yang tak tahu, sunat meng’khatan’kan bayi pada hari ke-7.
Ye, selain daripada aqiqah, mencukur rambut, dan memberi nama, berkhatan juga antara sunnah baginda SAW pada hari ke-7 kelahiran.

Bayi sesuai dikhatan sejurus selepas lahir sampailah pada usia 4 bulan. Selepas dari tu, agak susah untuk dikhatankan, sebab baby dah mula pandai meniarap.
Sayangnya, ramai yang tak tahu atau terlepas pandang pada sunnah berkhatan ini. Menjadi adat juga orang melayu mengkhatankan anak lelaki mereka apabila sudah lewat usia kanak-kanak.
Dari Jabir bin ‘Abdillah ra; bahawa Rasulullah saw melaksanakan aqiqah Hasan dan Husain serta mengkhitan keduanya pada hari ketujuh.(HR; Thabrani dan Baihaqi)
Dari Ibnu ‘Abbas ra berkata,
“Terdapat tujuh perkara yang termasuk sunnah dilakukan bayi pada hari ketujuh: Diberi nama, dikhitan,….” (HR; Thabrani)
Dari Abu Ja’far ra berkata,
“Fathimah melaksanakan aqiqah anaknya pada hari ketujuh. Beliau juga mengkhitan dan mencukur rambutnya serta mensedakahkan perak seberat timbangan rambutnya.” (HR; Ibnu Abi Syaibah)
Alhamdulillah, Taqi & Zaki kami sunatkan waktu mereka 3 bulan.
Bagi kami dah agak lewat. Tapi bagi sesetengah orang mereka tanya, kenapa terlampau awal?

Antara sebab ramai yang memilih untuk melewatkan khatan anak:
1. Tak tahu khatan antara sunnah hari ke-7 dan sebaiknya disegerakan.
2. Kesian dan risau, takut baby sakit.
3. Tak sampai hati nak lihat proses khatan dan tengok baby nangis.
4. Nak anak-anak rasa pengalaman kena sunat.
Khatan itu sunnah. Maka ia adalah tuntuan agama. Islam tidak zalim, malah Islam itu agama rahmah.
Jadi, tak usah fikir tentang ‘kasihan baby’, takut baby sakit dan sebagainya. Sebab Islam tidak akan menzalimi umatnya. Sedangkan pada haiwan juga Islam ajarkan sifat rahmah, inikan pula pada bayi. Jadi sudah tentu ada rahmah apabila kita mengkhatankan anak ketika bayi.

Antara kelebihan khatan sewaktu bayi:
1. Bayi kurang rasa sakit, sebab kulit bayi masih lembut. bayi banyak tidur. Macam kita juga, kalau kita tidur, semua sakit terasa hilang.
2. Luka bayi cepat sembuh, seawal 5-7 hari.
3. Bayi tidak perlu berpantang. Mak ayah pun tak perlu penat jaga makanan pantang anak. Sebab makanannya hanya susu semata.
4. Bayi tidak disekat pergerakkannya. Sebab kerja bayi memang terbaring dan tidur je.
5. Bayi takkan rasa takut. Sebab bayi masih belum ada perasaan takut. Berbeza dengan kanak-kanak, mereka sudah kenal erti takut.
6. Mak ayah tak perlu penat pujuk anak supaya mereka setuju untuk berkhatan. Sebab baby memang sedia ada serah diri untuk dikhatankan.
7. Bayi yang dah khatan dapat elak dari penyakit kencing buta. Sebahagian kanak-kanak yang belum sunat akan terkena penyakit kencing buta. Maka, akhirnya doktor sarankan supaya segera dikhatankan.
8. Mak ayah juga tak penat untuk jaga bayi lepas khatan. Sebab penjagaannya sangat mudah.
Bukankah ini semua bukti sunnah itu rahmah? Memudahkan urusan bayi dan memudahkan urusan ibubapa.
Kalau mak atau ayah yang takut, mungkin boleh usaha untuk tak tengok waktu proses khatan. Biarkan nenda bayi atau pakcik dia yang temankan. Jangan sebab kekurangan kita, sunnah itu terpaksa dilewatkan.
Kalau pengalaman sunat yang dicari,
Hmmm, banyak lagi pengalaman lain yang anak tu boleh cari. Paling tidak, boleh rekod proses khatan tu pakai handphone. Nanti dah besar, tunjuk semula pada anak tu.
Sudah tiba, adat itu ditukar kepada sunnah.
Jangan sebab mengikut adat kita meninggalkan sunnah.
Sunnah itu lebih utama.
Tak rugi sunat anak awal.
Malah sebenarnya, besar nanti mereka akan sangat bersyukur sebab mak ayah dorang pilih untuk sunatkan mereka awal.
Berapa ramai juga ibuayah menyesal tak sudah sebab tak sunatkan anak dorang siap-siap waktu kecil dulu.
Kalau ada yang dah terlepas, tak mengapa. Teruskan cari waktu yang sesuai untuk sunat anak kalian. insyaAllah dipermudahkan 🙂
Khitan itu memiliki dua waktu, waktu wajib dan waktu sunnah. Waktu wajib adalah ketika usia baligh, dan waktu sunnah adalah sebelumnya. Ibnu Hajar mentarjihkan waktu yang paling baik melakukan khitan adalah pada hari ketujuh setelah kelahiran dan tidak melambat-lambatkan khitan sehingga waktu wajib kecuali terdapata keuzuran atau sebab-sebab tertentu. (Fathul Bari 10/342).
Jom, ikut sunnah 🙂
Alhamdulillah, proses khatan Taqi & Zaki dulu semuanya dipermudahkan. Saya juga tak berjaga lebih, hidup seperti hari-hari biasa. Hari ke-3 khatan kami dah pergi holiday kat Terengganu.. hehe..
Kami khatankan dengan Dr. Khairuddin di Klinik Taqwa, Ipoh. Dr Khairuddin sangat berpengalaman. Kerjanya sangat teliti dan kemas.
Kos cuma Rm140 termasuk ubat. Rasanya agak murah berbanding kebanyakkan tempat biasa. Kalau kat area KL Selangor, kami survey-survey harga lebih kurang Rm250-400. Tu yang kami buat dekat Ipoh je, jimat! Hehe..
Waktu tengah khatankan baby, Dr. Khairuddin tunjukkan ‘tahi palat’ yang ada di bahagian dalam penis Taqi & Zaki, Doktor pun cakap,
“Tengoklah, tahi palat baby pun dah banyak macam ni, bayangkan kalau budak umur 12 tahun tak sunat lagi. Banyak mana dah terkumpul dalam tu”.
Ini secebis pengalaman kami. Kami pun tak mampu ikut sunnah untuk khatan Taqi & Zaki pada hari ke-7 disebabkan urusan kesihatan dan pelbagai. Maka kami hanya mampu mengikut sunnah untuk bersegera mengkhatankan mereka.
Islam itu sangat indah. Pasti punya banyak hikmah disebalik sunnah berkhatan ketika bayi.
Anak kita juga nampak semakin macho & handsome bila dah sunat
Wallahua’lam..
Nur Shazareen
Mama kepada 2 hero macho & seorang heroin ayu
“Tukang Urut Kesan Ketulan Sebesar Guli Tapi Tak Sakit.” Jihan Muse Jalani Pembedahan Buang Cyst.

Pelawak dan aktres Jihan Muse baru-baru ini meninggalkan tanda tanya di kalangan netizen apabila memuat naik satu gambar dia menjalani pembedahan di sebuah hospital.
View this post on InstagramA post shared by JIHAN MUSE (@jihanmuse) on
Rupa-rupanya ibu kepada Ungku Arsalan Haq ini menjalani pembedahan membuang ketumbuhan cyst selepas bersalin.
Menurut Jihan, dia tidak tahu dirinya mempunyai cyst sehinggalah dimaklumkan oleh tukang urut yang merasai ada ketulan sebesar guli di bahagian bawah dadanya.
Lantas, dia bertemu dengan doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut.
“Pembedahan tempoh hari adalah disebabkan Cyst. Saya sendiri tak tahu mengenai ketumbuhan itu.
“Tak ada rasa sakit dan saya memang tak tahu. Punca yang membuatkan saya tahu adalah masa lepas bersalin di mana saya mengambil tukang massage untuk mengurut.
“Jadi bila diurut, dia yang memberitahu ada benda sebesar guli di bawah bahagian dada, sebab itu saya terus buat keputusan untuk pergi melakukan pemeriksaan perubatan,” jelasnya.
Begitu pun, Jihan mengakui ketumbuhan itu tidak merbahaya namun dia mengambil keputusan untuk membuangnya bagi mengelakkan timbul masalah kesihatan di masa akan datang.
“Doktor kata tidak bahaya namun dia menasihatkan supaya saya buang sahaja. Saya buat ini pun tidak tergesa-gesa, lepas anak saya umur 11 bulan. Ada masa baru saya buat
“Bukan apa, khuatir nanti jika saya hamil anak kedua takut ada jangkitan. Sebab bila hamil hormon kita akan berubah-ubah jadi lebih baik saya buang.
“Jadi kepada wanita, saya sarankan buatlah pemeriksaan perubatan. Luangkan sikit masa dan berbelanjalah untuk kesihatan.
“Bagi saya kesihatan tiada nilai, kalau kita kaya macam mana pun tetap tak boleh beli kesihatan,” ujarnya.
Sumber: IG jihanmuse & Astro Gempak
Rawat Kanser & Masalah Nyanyuk Dengan jus Kunyit. Dr. Ni Kongsikan Caranya!

Kunyit boleh digunakan bagi merawat penyakit kanser dan nyanyuk. Ia juga adalah antara bahan penting dalam masakan. Nutrien paling bermanfaat dalam kunyit ialah curcumin yang dapat merawat penyakit kanser dan nyanyuk.
Selain curcumin, kunyit mengandungi paras tinggi zat besi dan tahap sederhana vitamin B6 serta kalium. Semua vitamin dan mineral berkenaan adalah sebahagian daripada diet yang sihat dan seimbang.
Curcumin, bahan aktif dalam kunyit memiliki kandungan antioksidan dan dikatakan amat kuat seperti vitamin C dan E. Kunyit adalah agen antiseptik dan antibakteria semula jadi dan berguna dalam pembasmian luka serta kesan terbakar.
Antara penyakit kanser yang boleh dirawat menggunakan kunyit ialah barah prostat dan payu dara. Bahan itu juga dapat mengurangkan risiko penyakit leukemia terhadap kanak-kanak.
Khasiat lain adalah boleh digunakan sebagai bahan antiradang, merawat masalah pencernaan dan hati, penyakit kulit serta luka. Kunyit juga boleh digunakan untuk menghalang proses penuaan dan membantu mengurangkan berat badan.
Dalam perubatan Cina, kunyit telah lama digunakan dalam rawatan kemurungan, melancarkan peredaran darah, menghilangkan kesan lebam dan darah beku. Bagi masyarakat Melayu, kunyit diminum sebagai jamu terutamanya oleh ibu selepas bersalin untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah.
Di dalam perubatan Thai, bahan berkenaan digunakan untuk merawat bisa patukan ular tedung.
Untuk menghasilkan jus, kunyit hidup hendaklah dibersihkan kulitnya dan direndam selama satu jam dengan dicampur sedikit garam untuk membuang getah. Kisar kunyit dengan lima gelas air. Tapis dan masukkan dalam botol kaca.
Jika terlalu pekat, tambah sedikit air lagi bersama asam keping serta sedikit madu. Simpan dalam peti sejuk. Minum suku cawan setiap pagi dan malam. Amalkan jus ini seminggu dua kali sahaja sudah mencukupi.
BAGI YANG TERLEPAS CARA MEMBUAT JUS KUNYIT

Untuk menghasilkan jus, kunyit hidup dua inci hendaklah dibersihkan kulitnya dan direndam selama satu jam dengan dicampur sedikit garam untuk membuang getah.
Kisar kunyit dan tapis dan masukkan dalam botol kaca. Jika terlalu pekat, tambah sedikit air lagi bersama asam keping atau asam jawa serta sedikit madu. Simpan dalam peti sejuk.
Minum suku cawan setiap pagi dan malam. Amalkan jus ini seminggu dua kali sahaja sudah mencukupi.
Sumber: -Dr Norzaidi Zakaria. PERDIM & Dr Zubaidi