Susah Senang Suami Isteri Sama-Sama Tempuh. Luah Kepada Pasangan Usah Simpan Di Lubuk Hati, Nanti Makan Diri.

Share

Rumahtangga yang bahagia itu apabila susah senang suami isteri sama-sama tempuh. Jika kesedihan luahkan kepada pasangan. Usah simpan di lubuk hati, nanti makan diri.

Ketika ini, peranan pasangan adalah penting untuk memujuk hati dan memberi kata-kata semangat agar tidak bersedih.

Itulah yang dikatakan saling melengkapi antara satu sama lain. Barulah bahagia tercipta tanpa batas.

Sebagaimana perkongsian ini, oleh saudara Abu Hurairah Roslan  yang menyedari bahawa isterinya sedang berduka dengan pelbagai dugaan yang mendatang. Namun sebagai suami, dia membantu menenangkan keadaan yang dialami oleh isterinya.

 

Dah pukul 2.30 pagi. Saya menggosok-gosok mata melihat jam. Takut silap.
Ya,
Dah 2.30 pagi tapi isteri masih tidak ada disebelah ni. Dia kata ada hal di pejabat, selesaikan kerja dan urusan taska.


“Saya balik jap lagi ya”

Saya pun masuk bilik, tidurkan anak-anak dan saya terlena sekali. Kepenatan seharian di kedai membaiki komputer dan berjual beli.
Saya telefon isteri, tak jawab. Allah! Risaunya.

Saya terus capai kunci kereta dan cari nak cari dia. Turun ke bawah saya nampak kereta isteri depan rumah. Dia ada dalam tu. Terus saya berlari ke dia.
“Eh? Awak kenapa ni? Kenapa ni?”
Matanya bengkak. Bersandar sahaja dalam kereta. Rupanya, dia dah sampai rumah awal, tapi tak mampu keluar.

Ada sesuatu yang difikirkan. Menahan perasaan yang dalam. Terasa diri ni tak berguna, kerana mungkin ada sesuatu yang saya abaikan.
Saya bawa dia naik ke bilik dan tenangkan.

“Kerja. Masa depan anak-anak. Rumahtangga kita. Mak yang telah pergi. Semuanya buatkan saya tak boleh tidur. Saya beban sangat abang. Maafkan saya”
Tiada kata yang mampu saya kata.

Saya hanya tenangkan dia di pelukan. Saya biarkan dia nak lepaskan semua.
Sampai berjam-jam isteri meluahkan.
Apa yang dia rasa. Apa yang dia tak suka. Apa yang dia mahu. Apa yang dia serabut. Apa dan apa semuanya saya dengar. Walaupun kepenatan dan mengantuk sangat.


Ya,

Sebagai suami, kita benar-benar menjadi suami apabila kita adalah “span” yang menyerap semua masalah dan kependaman dari isteri.
Kita ada kekuatan itu. Percayalah.
Allah membekalkan jiwa dan doa yang cukup buat isteri. Walaupun kita tahu, kita pun tidak kuat mana.

Namun, apabila kita membuka telinga untuk mendengar, menghamparkan jiwa untuk isteri melempar semua kesakitannya, membina tiap ujian menjadi susunan cinta, isteri akan pulang menjadi wanita yang cukup sempurna buat kita.

Lalu,Tiap kelemahan dan kesilapan kita juga, akan difahami dan di doakan kepada Allah, moga kita sentiasa menjadi lelaki yang paling baik buat dirinya.
Saya menulis ini, dari lelaki kepada lelaki. Dari suami kepada suami.
Isteri kita, sangat terdedah kepada kejahatan diluar sana. Ramai lelaki nak rosakkan isteri kita. Nak ganggu isteri kita. Dan disaat isteri kita kosong, mereka mudah mengisi semuanya.

Dan ramai isteri diluar sana yang cukup tertekan dan stress dengan suami mereka. Tiada ubat untuk mereka, melainkan kita sendiri yang datang, sambut tangan dan hati yang lemah itu, kembali menguatkan.


Jadi suami, baru kita tahu kenapa Tuhan cipta kita jadi lelaki.
Pulanglah lelaki.
Ada wanita yang perlu dirimu di syurga mereka.

Sumber: Abu Hurairah Roslan

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Bintang Kecil: Tengok gigi macam bersih je kan, tapi sebenarnya bila kita tak bersihkan dengan betul semakin lama buat gigi kita jadi berkarat. So teknik berus gigi kenalah betul.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara