Susah Senang Setia Disisi, Suami Hargailah Isteri Penguat Semangat Dan Bahagia Rumahtangga.

Share

Peranan isteri bukan sahaja menguruskan rumahtangga tetapi turut membantu suami menambah pendapatan. Jika suami susah, isteri sanggup melakukan kerja tambahan untuk memastikan rumahtangga kekal bahagia.

Membantu suami kala susah, tidak salah jika bukan paksaan. Ia dilakukan atas kerelaannya. Tidak ramai wanita sanggup berbuatan demikian untuk suami. Sebagaimana perkongsian ini, menarik untuk kita renungan bersama bahawa tolak ansur dan saling membantu kunci bahagia rumahtangga.

SENTIASA DI SISI SUAMI KALA SUSAH DAN SENANG

Perempuan yang cantik itu banyak. Tapi perempuan yang boleh ada di saat kau terjatuh dan masih setia menyokong, itu sukar dicari ganti.

Hargailah mereka selagi Tuhan masih beri peluang untuk punya dia.
Lagi-lagi isteri! Isteri untuk disayangi, dilindungi, dicintai dan diberikan hak mereka sebagai seorang isteri.

Hentikanlah perbandingan seperti ini. Hentikanlah perbandingan yang menunjukkan isteri sekarang malas dan tak suka tolong suami. Hakikat sekarang, isteri kerja sama kuat dengan suami.

Jika mereka suri rumah, mereka lebih bekerja kuat. Jika mereka suri rumah dan berniaga sambilan, mereka bekerja lebih kuat. Jika mereka bekerja, menjadi suri rumah dan berniaga sambilan, mereka bekerja sangat sangat kuat.

PERANAN ISTERI DULU DAN SEKARANG LAIN 

Isteri dulu dan zaman sekarang fungsinya sangat berbeza. Mereka berfungsi mengikut zaman, bukan berfunsi kengikut ketetapan suami. Bukan begitu.
Hargai isteri.
Jika mereka tak sempat masak sedap, kita belikanlah makanan sedap untuk mereka. Jika mereka tak sempat kemas rumah, kita bantulah kemaskan rumah untuk mereka. Jika mereka letih, kita jadilah tukang urut mereka. Jika mereka sedih, kita jadilah penenang mereka.

Membandingkan isteri dulu dan sekarang hanya dilakuakn oleh orang bodoh dan suami yang merasakan ini adalah perbandingan wajar adalah lebih bodoh lagi.

Sumber: Mohd Firdaus Jailan