Kasih sayang tiada galang ganti. Begitu bukti sayangnya seorang kakak, apabila sanggup menetapkan syarat kepada bakal suaminya supaya bersedia untuk menjaga adiknya merupakan golongan orang kurang upaya (OKU).
Sebagaimana kisah yang dipaparkan ini sungguh inspirasi bahawa susah senang sama sama diharungi bersama.
Malah perkongsian wanita ini, di facebook miliknya, Siti ‘Aisyah Rozall telah mendapat perhatian para netizen.
Ada yang meluahkan rasa sebak dengan kasih sayanga yang ditunjukkan oleh wanita berkenaan.
Tetapkan syarat kepada bakal suami.
Ads
Masa saya ajak dia kahwin dulu, saya dah bagitahu siap-siap dah….
“Awak kena get ready tolong jaga adik saya tau”.
Alhamdulillah dia setuju. Sekarang, siap jadi bestfriend adik saya lagi .
Bila kita ada adik-beradik special needs, sebenarnya secara automatik dunia kita tak sama macam orang lain.
Saya ingat lagi, masa kecil.
Kalau nak ajak babah mama pergi jalan-jalan, kami kena consider. Tempat yang nak pergi tu, wheelchair friendly atau tak.
Selalu je, kalau pergi tempat tak wheelchair friendly, kami akan rasa kurang seronok.
Biasanya, mama lah yang berkorban.
Tunggu dalam kereta atau kat bilik sebab babah nak bawa kami adik-beradik jalan kat tempat yang tak boleh bawa kakngah (kakngah ni si manis dalam wheelchair tu).
Dan kami yang pergi berjalan dengan babah ni, akan rasa nak cepat-cepat balik. Kesian kat mama dengan kakngah yang kena tinggal.
Sampailah kami dah besar-besar ni, memang kalau plan nak ke mana-mana, kami akan pastikan tempat tu selesa untuk kakngah, dan dekat dengan hospital.
Just in case apa-apa berlaku.
Sebab kakngah ni ada epilepsy.
Kalau sawan dia nak datang, dia datang je tak kira mana.
Berhati-hati pilih calon suami.
Tapi, sebenarnya…
Kakngah lah yang banyak bawa rezeki untuk kami adik-beradik.
Sebab kakngah, saya berhati-hati pilih calon suami. Sebab saya nak lelaki yang sanggup angkat pikul kakngah masa kakngah wangi atau masam.
Sebab kakngah, saya berulang-kali remind calon suami. Dia perlu izinkan saya jika saya perlu bermalam di hospital untuk teman kakngah bila-bila perlu.
Sebab kakngah, saya kenal occupational therapy. Maka, saya adalah siapa saya sekarang dari segi profession. Membina career dan syarikat bersama team GymCademy yang power.
Sebab kakngah, adik-beradik saya sangat rapat. Serius. Dan sebab kami sangat rapat, bila abang ipar masuk pun, boleh sama rapatnya. Siap orang ingat diorang adik incik Bos, dan bukan adik saya.
Hmm..
Setiap yang kelihatan seperti ujian Allah turunkan.
Kadang, kita tak perasan.
Sebenarnya adalah rahmat.
Sebenarnya adalah anugerah.
Sebenarnya adalah kasih-sayang.
Sebenarnya adalah cinta.
Sebenarnya adalah penguat keluarga.
Yang Allah mahu beri pada kita kan?
Macam mana kita melihatnya sebenarnya yang akan menentukan bahagia kita.
Bila terjadi kes ibu terbangun lambat, memang satu keluarga terkesan. Sebagai seorang ibu tentunya akan jadi tergesa-gesa membuat persiapan untuk memastikan anak tidak lewat sampai ke sekolah, malah en suami pun terpaksa bergegas untuk ketempat kerja. Boleh dikatakan semua jadi tidak tentu arah, kelang kelibut.
Berkongsi cerita tentang terlewat bangun, perkongsian daripada Ayusofea D Butiq ini cukup mencuit hati dan membuatkan ramai warganet tertawa membaca perkongsian tersebut. Tidak kurang juga ada yang kasihan bila anaknya bersarapan roti bakar berintikan asam jawa. Nak tahu lanjut kisah ini, jom baca penrkongsian penuhnya di sini.
Ini kisahnya.
Al- kisah sebab dah lambat pegi sekolah.. tak sempat si ibu nak buat serapan… walau bukan selalu tetap bangun sebab keletihan buat itu ini di malam hari..terjaga pukul 6 (itu pun bunyi alam hp) kelang kabut kejut anak suh mandi … kejap lagi azan.. mana nak siapkan budak-budak .. nak solat nak buat serapan lagi .. akhirnya mak pun buat je roti bakar sapu kaya senang (janji perut terisi).
Tengah pakai telekong nak solat… anak menjerit mama kenapa roti nie rasa lain macam masam … mak yang dah kelang kabut terus membebel … makan jelah dah lambat..kejap lagi nak pegi sekolah .. si anak yang baik…yang selalu didoakan agar soleh dan solehah pun makan ..tapi tak habis..
Lepas antar anak sekolah .. si emak pun duduklah di meja makan sambil melepaskan lelah .. kehulu kehilir mengantar anak ..tengok serapan terhidang tadi tak habis.. dia ambik terus masuk mulut …. zupp terus terasa di anak tekak ..asal masam nie .. baru dia sedar yg di sapu kat roti tu asam jawa .. terbayang wajah anak-anak….ya allah kesiannya mereka..
.
Mengalir air mata si mak … moralnya untuk anak-anak pun belajarlah berdikari kalau boleh (jangan semua mak buat kesian mak) .. si suami pun tolong-tolong lah isteri jangan nak siap diri sendiri je sampai office ngeteh dengan kawan-kawan …
Selepas beraya sakan pasti ada ahli keluarga kita yang mula batuk-batuk tanpa henti.
Cuaca yang panas ditambah dengan pengambilan ais setiap masa buat batuk makin teruk.
Batuk berpanjangan pastinya buat kita rasa tidak selesa. Walaupun habis sebotol ubat namun batuk masih lagi ada dan mengganggu pernafasan.
Bila diserang dengan masalah batuk berpanjangan, terasa cukup meletihkan. Sedikit sebanyak ia pasti menganggu proses pernafasan serta rutin dalam melakukan aktiviti seharian.
Melalui perkongsian Jes Tham dalam Facebook miliknya, beliau menunjukkan cara mudah dan berkesan yang dipercayai boleh menyembuhkan batuk yang berlarutan hanya menggunakan buah oren!
Menurut beliau, petua ini diperolehi daripada pakar perubatan dari negara China dan Taiwan dan sesuai untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa. Apa-apapun keberkesanannya bergantung pada kesesuaian individu. Namun tidak salah mencuba kan!
Caranya:
1. Potong buah oren bahagian atas dan bawah.(seperti dalam gambar)
2. Cucukkan bahagian atas buah oren tersebut dengan garpu atau chopsticks, agar garam dapat meresap dengan cepat ke dalam buah oren nanti.
3. Letakkan secubit garam pada bahagian atas buah oren tersebut dan sapu rata.
4. Kukus selama 2 jam dan minum jus tersebut.
Rasanya sedikit masin dan pahit. Buat dan minum sampai batuk berhenti.
Sumber Facebook: Jes Tham
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Momen manis buat sepasang anak-beranak ini membanggakan ramai apabila si ayah berjaya menamatkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD), dan si anak pula meraih Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama. Momen bersejarah ini diraikan dengan penuh kebanggaan semasa Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke-26 baru-baru ini.
Kehebatan Dr. Azmi Abd Majid, 52, dan anaknya, Aleeya Batrisyia, 22, membuktikan bahawa usaha dan ilmu adalah kunci kejayaan. Dr. Azmi berjaya menamatkan PhD dalam bidang Perbankan dan Kewangan di bawah Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP),
Manakala Aleeya cemerlang meraih Ijazah Sarjana Muda dalam Fakulti Psikologi dan Pendidikan dengan PNGK 3.83. Kejayaan mereka menjadi inspirasi bahawa kejayaan keluarga bermula dengan azam dan usaha yang tidak pernah padam.
Ketika menceritakan perjalanan menuju kejayaan PhD, Azmi berkata impian tersebut tercetus selepas beliau menceburi dunia akademik sebagai pensyarah pada tahun 2016, setelah menamatkan kerjaya selama 19 tahun dalam industri kewangan dan perbankan.
Azmi percaya bahawa dengan memiliki PhD, ia dapat meningkatkan keyakinan diri serta membuka peluang untuk menerapkan pengalaman dalam konteks keilmuan yang lebih luas.
“Saya percaya dengan memiliki PhD dapat meningkatkan keyakinan yang lebih sebenarnya dan juga memberi ruang untuk menerapkan pengalaman dalam konteks keilmuan yang lebih luas” ujarnya.
Usia Bukan Penghalang
Dalam pada itu, Azmi berpendapat bahawa usia bukan penghalang untuk terus belajar, kerana baginya, semuanya bergantung pada motivasi dan keinginan untuk menyelesaikan apa yang telah dimulakan.
“Apabila anak-anak sudah dewasa, saya dapat menfokuskan kepada penyelesaian tesis sepenuhnya walaupun umur meningkat naik.”
“Ramai orang kata bila tua, kita perlu berehat, tetapi bagi saya, ia bergantung kepada motivasi, yang penting, mahu atau tidak mahu habiskan,” katanya.
AYAH JADI IDOLA
Dalam pada itu, anaknya, Aleeya Batrisyia, meluahkan rasa gembira kerana dapat menamatkan pengajian bersama ayahnya dan berasa bangga dapat menghadiahkan ijazah kelas pertama kepada ibu bapanya.
“Saya gembira dapat habiskan pengajian bersama ayah dan bangga dapat hadiahkan ijazah kelas pertama pada mereka.
“Nasihat ayah saya “belajar sebanyak mungkin” menjadi motivasi cemerlang dalam akademik sekali gus dapat memberikan keseriusan dalam akademik,” katanya.
Aleeya merancang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang yang sama, tetapi lebih fokus kepada terapi berbual.
“Minat saya lebih kepada bidang terapi dan saya ingin mendalaminya dengan lebih mendalam,” ujarnya lagi.
Sementara itu, di laman Facebooknya, Azmi meluahkan rasa syukur atas kejayaan yang diraih oleh anaknya serta dirinya sendiri. Beliau juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada keluarga, khususnya isteri tercinta, yang sentiasa memberikan sokongan padu dalam setiap usaha yang dilakukan.
“Tahniah Aleeya Batrisyia atas pencapaian. Aleeya sememangnya layak mendapatkannya!!! Ayah akan sentiasa menyokong dalam setiap langkah besar yang akan datang.”
“Menjadi impian untuk berkongsi pentas yang sama dengan Aleeya pada konvokesyen tahun ini menjadi dorongan besar untuk menamatkan PhD.”- Ujar Azmi menerusi facebooknya
Kisah inspirasi Dr. Azmi dan Aleeya Batrisyia adalah contoh nyata bagaimana sokongan keluarga dapat merealisasikan impian. Dengan dedikasi dan semangat yang tidak pernah pudar, mereka membuktikan bahawa usaha keras dapat membawa kejayaan, sekaligus membentuk generasi keluarga yang cemerlang.
Dalam sebuah temubual eksklusif bersama Majalah Keluarga, Ezwan Mohamad Zain atau dikenali juga sebagai MR E, pengasas Kueh Cafe, membuka lembaran baru tentang persahabatannya...