Sudah lama kita tidak melihat kelibat pelakon putih gebu ini muncul di kaca televisyen. Pemilik nama sebenar Zizie Izette Abdul Samad ini mengakui memilih untuk memberi sepenuh tumpuan kepada anak dan rumah tangga dan mengetepikan dulu perihal minat berlakon.
Kali terakhir, Zizie berlakon menerusi drama Hero Seorang Cinderella yang diterajui Nur Fazura dan Fattah Amin pada tahun 2017.
“Di saat anak kecil dan kian membesar, saya memilih untuk terus mencipta memori dengan mereka sekali gus mewujudkan kenangan indah bersama. Kita pun tak tahu sampai bila usia ini akan terhenti,” katanya yang sudah 11 tahun berkahwin dengan Bung Moktar.
Menurut Zizie pengalaman meninggalkan anak untuk keluar bekerja adalah perkara yang paling berat buatnya.
Malah hasratnya untuk kembali berlakon seperti perlu dilupakan buat sementara waktu.
“Macam mana ya mommy yang kena bekerja tinggalkan anak-anak di rumah?
“Macam mana nak berlakon balik mcmni. Jawabnya, lambat lagi,” katanya.
Zizie berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Rakaman video berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mempunyai pengalaman yang sama ketika mula-mula bekerja dan meninggalkan anak.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan kembar lelaki berusia dua tahun iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, serta anak perempuan, Aalisa Belle Izette yang kini berusia lapan bulan.
Pasangan itu turut mempunyai dua anak angkat iaitu Nayla Nurjenna, 4 dan Aaric Zayn Izette, 2.
Sumber: zizieizette