Sudah lama kita tidak melihat kelibat pelakon putih gebu ini muncul di kaca televisyen. Pemilik nama sebenar Zizie Izette Abdul Samad ini mengakui memilih untuk memberi sepenuh tumpuan kepada anak dan rumah tangga dan mengetepikan dulu perihal minat berlakon.

Kali terakhir, Zizie berlakon menerusi drama Hero Seorang Cinderella yang diterajui Nur Fazura dan Fattah Amin pada tahun 2017.

“Susah, saya Kejap-Kejap Periksa CCTV…” Sukar kembali berlakon, Zizie Izette Akui Sayang Nak Tinggalkan Anak!

“Di saat anak kecil dan kian membesar, saya memilih untuk terus mencipta memori dengan mereka sekali gus mewujudkan kenangan indah bersama. Kita pun tak tahu sampai bila usia ini akan terhenti,” katanya yang sudah 11 tahun berkahwin dengan Bung Moktar.

Menurut Zizie pengalaman meninggalkan anak untuk keluar bekerja adalah perkara yang paling berat buatnya.

Ads

Malah hasratnya untuk kembali berlakon seperti perlu dilupakan buat sementara waktu.
“Susah, saya Kejap-Kejap Periksa CCTV…” Sukar kembali berlakon, Zizie Izette Akui Sayang Nak Tinggalkan Anak!“Sejak bekerja ni selalu balik lambat. Ingat nak surprise kan anak-anak tapi akhirnya mereka yang surprise kan kita!

“Macam mana ya mommy yang kena bekerja tinggalkan anak-anak di rumah?
“Susah, saya Kejap-Kejap Periksa CCTV…” Sukar kembali berlakon, Zizie Izette Akui Sayang Nak Tinggalkan Anak!“Pengalaman baru untuk saya. Susah. Macam saya, kejap-kejap check cctv. Minta nanny hantar video setiap masa.

“Macam mana nak berlakon balik mcmni. Jawabnya, lambat lagi,” katanya.

Ads

Zizie berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

“Susah, saya Kejap-Kejap Periksa CCTV…” Sukar kembali berlakon, Zizie Izette Akui Sayang Nak Tinggalkan Anak!Menerusi perkongsian tersebut, beliau memuat naik rakaman video yang menunjukkan anaknya setia menunggunya pulang dari kerja.

Ads

Rakaman video berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mempunyai pengalaman yang sama ketika mula-mula bekerja dan meninggalkan anak.
“Susah, saya Kejap-Kejap Periksa CCTV…” Sukar kembali berlakon, Zizie Izette Akui Sayang Nak Tinggalkan Anak!Zizie mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Disember 2009.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan kembar lelaki berusia dua tahun iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, serta anak perempuan, Aalisa Belle Izette yang kini berusia lapan bulan.

Pasangan itu turut mempunyai dua anak angkat iaitu Nayla Nurjenna, 4 dan Aaric Zayn Izette, 2.

Sumber: zizieizette

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI