Susah Sangat Nak Simpan Duit? Wanita Ni Kongsi Cara Menarik Menabung 52 Minggu!

Share

Tabungan mempunyai peranan penting dalam memastikan kestabilan kewangan kita untuk masa hadapan. Pun begitu, untuk menyimpan duit ada sahaja yang terasa sukar dan susah untuk jadikan rutin dan sekali gus mendisiplinkan diri untuk kekal menabung.

Untuk itu, apa kata anda ikut langkah yang dilakukan oleh wanita ini yang telah pun sekian lama mengamalkan teknik menabung dengan caranya yang tersendiri. Bahkan menurutnya, dengan menabung di ‘tabung 52 minggu’ akan menjadikan anda lebih seronok dan bersemangat untuk menyimpan duit.

Nak tahu bagaimana, ini perkongsiannya.

Kak ena ada satu tabung. Tabung 52 minggu nama dia. Tabung ni kita boleh mulakan ikut kemampuan kita. Boleh buat RM5, atau RM10 atau RM50 sebagai permulaan.

Amaun tu bertambah setiap minggu.
Contoh mula RM10
Minggu depan RM20
Minggu ketiga RM30
dan seterusnya RM40, RM50, RM60

Tapi,
Nak buat tabung ni ada masalah juga. Kak Ena buat dah masuk tahun ke 5. Ada tahun terkandas tengah jalan. Ada tahun sukses! Ada tahun hangat taik ayam.

Sebenarnya, tabung ni, ada 2 penyakit.

1. PENYAKIT OVERYAQIN
Hahaha saja aku bagi nama pelik sikit. Sebenarnya, OVER CONFIDENT ~ terlebih yakin haha…Oleh kerana amaun dia kecil, kita rasa senang je nak buat tu. Akibatnya, kita tak disiplin. Biasala, yang simple kan kita suka ambil enteng.

2. HANGAT TAIK AYAM
Ni memang penyakit semua lapisan masyarakat baik muda atau tua. Baik yang pernah jatuh atau tak pernah jatuh. Orang kaya ke miskin ke semua ada penyakit ni. Beza dia berlarutan atau tidak je.

Perangai mula-mula je bersemangat ni, memang ada.
Cuma, kena tawan la penyakit taik ayam ni.

MACAM MANA NAK TAWAN KAK ENA OIII?
Ok nah kak ena share apa kak ena amalkan.

Tips yang mendorong kak ena terus konsisten menyimpan tanpa mengelat setiap minggu.
1. Mesti ada JADUAL simpanan.
Rujuk gambar.

Korang isi.
Cuba isi kotak 1 tu amaun yang korang nak mula. Try la kalau RM10, hujung tahun ada berapa. Kalau letak RM30 permulaan, pastu print je.

2. Set REMINDER
Seminggu sekali, pilih mana-mana hari. Set ALARM. Kak Ena masukkan duit kat tabung tu setiap Isnin pukul 9 pagi. Ada sebab kak ena set ISNIN.

 

Ok dah set hari, So kita set alarm biar ada peringatan supaya bayar oi bayar.
Dulu aku rimas. Sebab macam orang mintak hutang. Tapi kalau tak buat, tak ingat kan?
So? Biar handphone kita mainkan peranan sebagai Mak Kutu.

3. Mesti ada matlamat
Kita ni perlukan SEMANGAT dan INSPIRASI untuk buat sesuatu. Biasalah. Baru semangat sikit. Jadi, kita shopping dulu kat google ke Lazada ke Shopee ke Ikea ke, pastu cari gambar tu, print.

Contoh:
Kalau korang tengok jadual kak ena tu, Kak Ena dah tulis kat atas tu, nak beli gelang emas bernilai RM12,000. So aku print gambar gelang tu. Siap laminate.

Pastu kak ena letak kat tepi meja mekap. Setiap pagi aku tengok. Insipirasi katanya.
Sebenarnya tengok setiap hari tu, bikin panas kan. Bakar diri sendiri bila tengok tu.
Semangat nak gi kerja setiap pagi. Semangat nak tunggu Isnin sampai sebab tak sabar nak masukkan FUND minggu ini

Tak sabar nak fund ni cukup. Tak sabar nak kumpul RM12,000 ni tahun ni.
Haaaa automatik kak ena tak mengelat la nak isi tabung tu! Semangat lagi ada la.
Tak sabar-sabar nak isi sebab nak gelang.

Ok
Itu inspirasi kak ena. Inspirasi korang apa? Nak beli rumah ke?
Nak buat beli tanah ke? Nak pergi Maldives ke, atau nak handphone baru ke. Lekas google sekarang pastu print ok?

Sumber : Ena Roslinawati

 

ARTIKEL MENARIK: “Kena Ada Duit. Tak Perlu Banyak Tapi Cukup…”Lelaki Ni Kongsi Cara Nak ‘Survive’ Membesarkan Anak Sendirian!

LAGI ARTIKEL MENARIK :“Rumah Persaraan Sebaiknya Kecil & Setingkat Sahaja”-Dr Azizul Azli Jelaskan Cara Nak Persiapkan Rumah Persaraan!

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club