Jodoh itu rahsia Allah, tak siapa menduga bagaimana ia hadir dalam hidup kita kerana segala-galanya ditentukan oleh Dia Yang Maha Esa.
Seperti mana perkongsian oleh seorang gadis yang tular di Twitter dan mendapat perhatian ribuan warganet.
Siapa sangka hanya dengan sekadar gurauan ajakan untuk berkahwin oleh suami di ruangan Direct Message (DM) di Instagram, mereka akhirnya mengikat tali pernikahan pada 10/10/2020, baru-baru ini.
Menurut wanita yang membahasakan dirinya Dinie, dia dan suami mengenali satu sama lain sejak belajar di Universiti Sains Malaysia (USM) tetapi tidak pernah bertegur sapa. Sehabisnya pengajian, suaminya mula memberanikan diri untuk menghantar DM di Instagram sebelum mengajaknya untuk berkahwin.
how it started how it’s going🙈 pic.twitter.com/cnIbn6FoG1
— Dinieeeeeeeee (@diysuxx) October 19, 2020
Rata-rata warganet yang membaca kisah pasangan ini tidak menyangkan perjalanan jodoh pasangan ini semudah ABC.
Begitu pun, Dinie mengakui permulaannya memang mudah tetapi mereka juga seperti pasangan lain yang menghadapi onak dan duri sepanjang perhubungan.
Series mula gini ja? Mudah benor haha.
— Amir Mohamad Syafiq (@amirmsyafiq) October 19, 2020
Haha onak duri tu adat bercinta haha. Btw tahniah n selamat pengantin baru naa 👍
— Amir Mohamad Syafiq (@amirmsyafiq) October 20, 2020
adat la kan, baru lebih manis lepas dapat harungi😉 terima kasih amir!
— Dinieeeeeeeee (@diysuxx) October 20, 2020
mula mcm ni, tapi banyak onak dan durindi tengah tengah😂
— Dinieeeeeeeee (@diysuxx) October 20, 2020