Mengimbau kembali tercetusnya idea untuk melibatkan diri di dalam dunia perniagaan, setiap orang pasti ada kisahnya yang tersendiri.

Sama seperti puan Noor Hadya Awalludin, 40,  yang merupakan peneraju Ole Ole Manis. Wanita gigih ini memulakan perniagaan daripada masalah yang dihadapinya dalam membuat persiapan majlis perkahwinannya.

Susah Cari Cenderahati Yang Best, Bakar Semangat Wanita Ni Berniaga Ole-ole Manis!

Menurutnya sekitar tahun 2009, agak sukar baginya untuk mendapkan cenderahati yang unik dan menarik. Lantaran itu tercetuslah idea untuk dirinya membuatnya sendiri dan sekali gus mengambil peluang untuk menceburi bidang perniagaan cenderhati ini.

“Jadi saya mula buat sesuatu yang berbeza sikit dan cuba jual. Alhamdulillah tiba-tiba dapat sambutan. Masa tu saya ada blog saja.

Susah Cari Cenderahati Yang Best, Bakar Semangat Wanita Ni Berniaga Ole-ole Manis!

“Kemudian  aktif berkongsi gambar dan info berkenaan cenderahati yang saya hasilkan untuk bakal pengantin di FB & IG.

Susah Cari Cenderahati Yang Best, Bakar Semangat Wanita Ni Berniaga Ole-ole Manis!

Ads

“Syukur gambar-gambar yang saya upload mendapat penerimaan amat baik dari bakal pengantin. Ini mungkin kerana mereka inginkan sesuatu yang berbeza dan istimewa untuk majlis perkahwinan mereka.

Masih Dalam Survival Mode

Bercerita lanjut dalam perjalanan membina empayar perniagaan, nyata penuh dengan ranjau duri dan pahit manisnya. Namun semua itu yang mendewasakan dirinya sebagai usahawan.

Susah Cari Cenderahati Yang Best, Bakar Semangat Wanita Ni Berniaga Ole-ole Manis!

“Masalah yang kerap saya hadapi adalah ketika itu dengan vendor yang susah nak commit dengan kerja. Tak hantar barang atau barang sampai lambat dan pelbagai-bagai lagi. Namun semua itu dapat diatasi dari masa ke semasa.

Ads

“Namun apa yang cukup terkesan adalah  ketika berdepan dengan masalah COVID-19 dua tahun lalu. Sebarang majlis tidak dibenarkan, jadi memang tak ada langsung pendapatan yang menjadi punca utama rezeki kami sekeluarga.

“Kini, Alhamdulillah saya masih dalam ‘Survival Mode’ untuk dapatkan job dan teruskan kerja yang lama tertangguh,”ujarnya dengan jujur.

Bijak Bahagi Masa

Bercerita lanjut mengenai istimewanya Ole Ole Manis, ujarnya, “Kami menyediakan doorgift fully customisable. Dimana client boleh minta apa yg mereka inginkan untuk doorgift yang menepati tema majlis mereka . Kita akan sentiasa mencari idea baru untuk doorgift dari masa ke semasa.

Ads

“Saya berharap doorgift syarikat saya ini akan sentiasa menjadi pilihan bakal pengantin kerana kami dapat memberikan kelainan untuk majlis istimewa mereka, InsyaAllah,” ujar lagi yang turut mengakui bila melibatkan diri dalam perniagaan, perlu bijak membahagikan masa bersama keluarga.

Susah Cari Cenderahati Yang Best, Bakar Semangat Wanita Ni Berniaga Ole-ole Manis!

 

Tambahnya lagi bukan senang untuk senang, tambahan pula tiada pembantu rumah tetap untuk mengurus keluarga dan anak-anak.

“Anak-anak saya jaga sendiri sambil kerja dari pagi hingga malam. Jadi anak-anak sudah biasa ikut saya kemana-mana saya pergi.

“Dari Jumpa client, ambil barang dari supplier dan hantar barang ke klien anak sentiasa dengan saya ataupun suami. Dimasa lapang saya akan bawa anak bercuti, selalunya bukan waktu cuti umum sebab masa tu banyak kenduri kahwin jadi saya akan pilih waktu yang betul-betul sesuai dan luangkan masa lebih lama untuk anak-anak dan suami,” ujarnya.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI