Daun Kesum (Polygonum odoratum) adalah tanaman yang yang merupakan sebagai salah satu bumbu wajib masakan laksa. Aroma harum dan cita rasa pedas daun kesum sangat khas dan dapat mengurangi aroma amis pada olahan ikan, ayam atau daging. Selain itu, ia juga digunakan untuk bahan ulaman nasi kerabu, asam pedas dan pelbagai masakan lain.
Oleh kerana sering digunakan untuk masakan, ia menjadi salah satu tanaman popular yang ditanam di halaman rumah. Namun, masalah yang sering terjadi, tanaman ini cepat layu dan tidak subur. Ia membuatkan ramai yang kecewa untuk meneruskan niat untuk tanam tanaman ini.
Terdapat pelbagai petua untuk memastikan tanaman ini subur . Begitu juga dengan perkongsian lelaki ini yang menjelaskan dengan huraian yang terperinci. Nak ketahui lebih lanjut ikuti perkongsian ini.
Pada asasnya, daripada apa yang saya sendiri tanam. Perkara asas untuk pokok kesum adalah tahap kelembapan medium tanaman kita. Dengan kata mudah, perlu sentiasa ada lembab ( air ).
1. Proses saya tanam.
Saya akan kerat batang pokok kesum pada bahagian bawah sikit daripada buku setiap part2 dia. Saya ada tunjukkan pada gambar ke-2 & ke-3. Buku yang saya maksudkan adalah. Kalau dalam gambar di tapak tangan tu. Ada tak daun kecik2 yang tumbuh.
2 Kenapa kat bahagian tu?
Pokok kesum ni, dia sama macam sireh & kaduk. Pada setiap buku akan keluarkan akar yang keras. Dalam gambar ni. Akar keras dia. Berwrna merah gelap. Klau sekali tengok tajam. Nak kerat nanti, PASTIKAN bawah sikit daripada bahagian buku tu.
3. Perlu buang tak daun2 besar kat batang selepas kita ptong?
Jangan la buang. Ambil la daun2 tu. Boleh terus guna untuk masak. Kalau banyak, offer kt jiran2. Klau lagi ok. Boleh jual. . Tapi saya klau bnyak. Saya simpan mcm simpan daun sup, kucai dll. Bekukan. Pada saya, daun2 tu memang saya akan cabut mcm dalam gambar. Tinggalkn daun2 kecik tu ja. Sebab daripada daun2 tu nnti kita dapat pastikan batang kesum yang kita rendam sihat.
4. Cara rendaman untuk proses pengakaran.
PASTIKAN klau nak rendam. Kuantiti air. Cukup sekadar untuk bahagian buku yang pertama tadi. Saya guna air hujan. Sebb air paip jarang ada. Saya ada tunjukkan dlm gmbr. Sebab saya ada buat 2 bekas seblum ni. Satu air paras buku & separuh bekas.
5. Berapa hari akan ambil masa?
Saya buat catatan sendiri. Suka2 nak imbau balik zaman skolh buat eksperimen. Dalam tempoh 2 – 3 hari dah mula keluar akar.
TETAPI akan ada masalah. Apabila akar dah keluar kita masih biarkan. Kesan dia :
Keratan batang kesum tu akan membusuk dan mati. Akar die akar bertukar warna coklat.
6. Pindah ke medium tanaman.
Saya duduk di kwasan pulau. Kebanyakan di sini akan ambil ” SPO ” (saya belum jumpa istilah Bahasa ). Ada dalam gambar. Saya campur 50% SPO + 50 Tanah biasa. Pindahkan macam biasa. Selesai pindahkan, siram terus dengn air untuk pastikan klembapan.
SPO ni : Nelayan akan ambil daripada pesisir pantai. Pada mula2 ambil. Dia mcm habuk2 kayu yang kasar. Dan memang akan bercampur dgn kayu + batu kecik. Sebelum gunakan. Perlu dibiarkan dalam hujan. Sebab dari laut masin. Nnti jnis2 tnaman yang tak boleh kena air laut akan mati.
7.Rawatan & serangan
Setakat ni. Alhamdulillah. Sya siram stiap pagi & petang. Dan bonus apabila hujan turun. Dan setakat ni jugak. Masalah yang ada hanya daripada semut. Diorg akn bina rumah pada btang pokok. Tapi pokok & daun ok ja.
8.Kawasan sesuai letakkan pokok?
Saya ada kebun kecik tepi rumah. Berbumbung jaring yang hitam selalu orang guna untuk panas tak direct kepada tanaman. Dan saya pernah letakkan di depan rumah. Tapi siram macam biasa. Cuma pkok layu & lama2 mati. Mungkin panas trlampau & medium tnaman cepat kering.
Gambar 2 pokok kesum dalam polybag tu bersaiz 8X10. Itu saya jual untuk yang nak beli anak pokok. Dalam polybag tu dah masuk 43 hari.
InshaaALLAH. Cara2 ni saya kongsikan brdasarkn apa yg saya buat. Klau ada ilmu2 baru. Saya lagi suka. Ada sebarang cadangan lain. Sila2. Terima kasih.
Semoga berjaya menanam pokok daun kesum.
Sumber: Un Doll