“Suruh Buat Homework Semua Lemau” Lucu Bila Isteri Tegur Tomok & Anak-Anak Rancak Main Alat Muzik

Share

Gelagat anak-anak yang sedang membesar memang pelbagai ragam. Adakalanya menghiburkan hati ibu ayah tetapi adakalanya boleh menyebabkan naik darah.

Namun begitulah lumrah bergelar ibu bapa dalam membesarkan anak-anak. Semua momen mereka akan menjadi kenangan terindah suatu masa kelak bila semuanya sudah besar.

Biasanya anak-anak kecil ini bila bab bergurau senda dan bermain mereka akan cari ayah tapi bila bab makan, tidur dan nak sesuatu mereka akan cari ibu terutamanya jika ayah jenis yang memang suka melayan anak-anak bermain dan bergurau senda.

Kebiasannya golongan ibu ini lebih tegas dan garang bila melibatkan disiplin anak-anak terutama sekiranya mereka sudah bersekolah.

Namun itulah yang menjadi warna-warni kehidupan anak-anak yang pasti akan membesar dalam suasana keluarga bahagia.

Seperti dalam video yang dikongsi oleh penyanyi terkenal, Tomok dalam Instagramnya, memang jelas kelihatan betapa seronok dua anak lelakinya bermain muzik dan menari bersama-sama.

Dalam video yang ditulis kapsyen “new band?” memperlihatkan Tomok sedang bermain drum sementara anak sulungnya Arrian pula asyik memetik gitar dan anak keduanya Andra pula rancak menari sebelum dia bermain tamborin.

Jelas kelihatan tiga beranak tersebut benar-benar rancak bermain alat muzik dan begitu seronok sekali.

Bila Dibu Komen Di IG Ayah

Menjengah ke ruangan komen ramai rakan-rakan artis memuji kelincahan Tomok dan anak-anak lelakinya bermain alat muzik.

Tetapi yang lebih menarik perhatian pengikut Tomok apabila membaca komen daripada isterinya Ayu Abas.

“Bukan main ekkkk…..bila suruh buat homework semua lemau”

Tomok cuma mampu membalas komen isterinya dengan memberikan emoji sahaja.

Benarlah orang kata bila geng mak-mak dah masuk, habislah ayah dan anak-anak.

Lebih melucukan apabila ramai pengikut Tomok turut ‘menambah rasa’ kepada Ayu tentang gelagat Arrian dan Andra yang begitu rancak sekali bermain alat muzik.

Untuk rekod, Tomok yang sudah 11 tahun berkahwin dengan Ayu Abas dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Arrian, 10, Andra, 7 dan Khadijah, 2 tahun.

 

Sumber: Instagram tomokofficial

Untuk lebih banyak info terkini jom klik di sini