Atita Haris selamat melahirkan anak keduanya. Berita gembira tersebut dikongsikan Nas-T menerusi perkongsian terbaharu beserta kapsyen ringkas “Alhamdulillah” di laman Instagramnya.
Dapat memiliki kabinet dapur yang lengkap di rumah adalah antara satu kegembiraan besar buat semua wanita bergelar isteri.
Apa lagi kabinet ini dipasang sebaik memasuki rumah baru. Rasa hari lebih lengkap dan sempurna. Satu kejayaan besar buat diri sendiri.
Maklum sahaja hendak memasangnya bukan hanya perlukan keinginan semata-mata tetapi memerlukan kos yang tinggi.
Kabinet dengan material biasa-biasa sahaja paling kurang menelan belanja 5 ribu dan ke atas, inikan pula lengkap dengan segala fungsi serta menggunakan material yang tahan lasak. Tidak hairanlah ada kabinet yang dipasang dengan harga berpuluh ribu.
Kalau begini harganya, dapur pastinya menjadi ruang yang cukup disayangi. Perlu dijaga sebaiknya supaya ia kekal lebih lama. Soalnya bagaimana?
Sebenarnya tidak sukar menjaga permukaan kayu kabinet dapur kita. Anda patut cuba dua cara ini. Mudah sahaja!
Cuka + Air
Guna dua bahan ini yang cukup murah dan mudah untuk jaga kabinet kita. Campurkan sedikit cuka ke dalam air dan kacau hingga sebati. Kemudian ambil kain atau tuala pengelap dan mulakan menyental seluruh permukaan kayu kabinet dapur. Sental lebih sikit pada permukaan yang kehitaman. Biarkan kering. Lakukan cara ini setiap kali kabinet nampak kotor.
Sapu Minyak Zaitun
Selain menyental dengan cuka, cara lain untuk memastikan kabinet terjaga dengan cantik adalah dengan cara menyapukan minyak zaitun pada permukaan kayu kabinet dapur.
Selepas pembersihan menggunakan cuka dan air, biarkan kering sebentar kemudian sapukan sedikit minyak zaitun di seluruh permukaannya. Hasilnya kayu akan lebih berkilat dan terlindung daripada dimamah usia. Insyaallah kayu kabinet akan tahan lama. Lakukan proses ini setiap 6 bulan sekali.
Tip Lindungi Kabinet Dapur
1. Apabila terdapat kesan resapan air di ruang kabinet terutama bahagian sinki, ini menandakan silikon yang digunakan sebagai penebat air sudah terbuka atau rosak. Cepat-cepat perbaiki sebelum merebak permukaan hadapan kabinet.
2. Cahaya matahari yang berlebih-lebihan pada kabinet kayu juga kurang sesuai. Sifat kayu yang bertindak balas dengan kepanasan buat kabinet akan terjejas. Jadi perlu langsir dan kesan cahaya yang minima, kabinet pasti tahan lama.
3. Kesan minyak tumisan daripada proses memasak juga sangat meninggalkan kesan pada kabinet dapur. Jika tak pasang hud perangkap minyak, sentiasalah bersihkan permukaan kayu yang terkena minyak. Kesan minyak yang melekat lama kelamaan akan menebal dan meninggalkan kesan pada tekstur kayu.
4. Suhu dan kelembapan juga banyak mainkan peranan pada kabinet dapur kayu. Keadaan kering dan kepanasan suhu akan menyebabkan kayu mengecut kerana kekurangan kelembapan. Sebaliknya jika terlebih lembap, kayu akan mengembang, retak dan merekah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mee Rebus, antara menu istimewa yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Kuahnya dihasilkan menggunakan ubi keledek digabung pula rencah ciptaan nenek moyang menjadikan rasa kuah begitu pekat dan manis.
Bagi ibu-ibu yang nak mencuba resipi terbaru untuk hidangan minum petang seisi keluarga, bolehlah cuba Mee Rebus Mama air perkongsian puan Ainn Mustafar ini.
Selamat mencuba! Mee Rebus Mama!! Menu special my mum ni! Iolls boleh ulang makan 5 kali sehari Resipi untuk 1kg Mee Kuning
Bahan kisar A:
Segenggam Cili Kering (rendam lembut)
2 Biji bawang besar
2 biji bawang putih
Sedikit udang kering
(Kisar halus semua diatas) Ubi keledek 1kg (rebus dan kisar halus) Daging hiris nipis Udang buang kulit Kulit udang (rebus dan kisar halus dan tapis) Cara penyediaan:-
Tumis semua bahan kisar A. Agak2 dah naik minyak, masuk daging and tumis sampai agak2 lembut. Masukkan air udang and ubi kisar tadi. Masukkan 3 sudu sos tomato, 3 sudu sos cili, asam keping sekeping, dan sesudu serbuk kari daging (penting untuk mematikan bau ubi) Garam, gula, aji secukup rasa. Kena balance masam, manis, masin ok! Lastt skali masuk udang. Agak2 menggelegak boleh tutup api. Udang jgn masak lama, nanti keras tak sodap
Agak2 uolls ok pekat dia mcm mana. Tak cair sgt and tak pekat. So uolls tabur tabur la dengan telur rebus, tauhu goreng, cili merah, daun sup, bawang goreng and limau!
Tentu ada antara kita sudah pernah mendengar tentang petua mengawal dan merawat kencing manis boleh di atasi dengan mengamalkan makan bandi.
Pun begitu, bagaimana cara sebenar dan terbaik mengamalkan bandi ini untuk pasti semua khasiat bandi dapat diserap dan berkesan untuk mengawal kencing manis ini?
Ini dijelaskan oleh Saintis Dr Suri Roowi.
CARA MAKAN BENDI
Caranya ialah biji bendi dikeringkan dahulu, direndam air panas dan diminum.
Sebaiknya diambil bersama bendi yang distimkan. Ini kerana fiber akan bantu pecahkan khasiat procyanidin dalam biji.
Procyanidin adalah bahan antidiabetis
Jika tidak sesuai (kembung perut), asingkan bijinya setelah distimkan. Makan bendi tanpa makan bijinya.
Bendi juga tinggi oxalate, tetapi oxalate dalam bendi kurang diserap dalam darah.Walaubagaimana pun pesakit buah pinggang dan gout perlu berhati-hati, makan ikut kadarnya.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...