Perkongsian Puan Norasmah binti Md Rani yang juga merupakan seorang surirumah dan mempunyai tiga orang anak ini mengisi masa lapangnya dengan berkebun sayur di laman rumah. Siapa sangka, dengan minatnya ini dapat juga menambah duit belanja anak-anak.
Jom baca kisah keluarga ini dan mana tahu secara tidak langsung terdetik pula di hati kita untuk bercucuk tanam bersama keluarga bagi mengisi waktu senggang yang ada.
Dulu saya juga berkerja dan setelah menjadi suri rumah sepenuh masa, itu yang buat saya tercari-cari aktiviti apa yang boleh saya lakukan untuk isi masa lapang. Jadi dengan berbekalkan minat dan pengalaman melihat sendiri mak dan abah masa dulu berkebun sayur, itu membuatkan saya juga ingin bercucuk tanam dan mula aktif sejak 3 tahun yang lalu.
Tinggal di kampung ni, bila tengok sekeliling rumah ada tanah dan kalau terbiar rumput je naik, jadi baik saya tanam sayur.
Bila kita berkebun ni, rutin harian kita lalui macam biasa sahaja untuk seorang wanita bergelar surirumah sepenuh masa. Pun begitu adalah sedikit pembahagian masa. Contohnya apa yang selalu saya lakukan, lepas hantar anak sekolah balik siram pokok. Kemudian tengok-tengok pokok kalau-kalau ada serangan serangga. Boleh dikatakan, setiap hari saya ambil masa lebih kurang 2 jam untuk kebun.
Kemudian masa untuk mengurus bahagian dalam rumah seperti mengemas dan memasak perlu saya buat sebelum anak balik dari sekolah. Kiranya tidaklah sibuk mana sangat pun, sekadar kebun keliling rumah sahaja. Memang kita orang perempuan boleh urus dengan baik.
Sokongan Suami & Anak
Ads
Minat saya ini juga mendapat sokongan daripada suami iaitu Md Norhisham bin Md Aripin dan anak-anak. Malah suami saya akan selalu tolong isi tanah dalam polistrin, dia jugalah siapkan tempat untuk saya bercucuk tanam.
Andai cili sudah banyak yang perlu dituai, suami ringan tulang mengutipnya. Begitu juga dengan anak-anak, senang cakap dengan bercucuk tanam ni kami sekeluarga saling bantu membantu dan lakukannya bersama-sama.
Idea muncul
Ads
Mula-mula timbul idea untuk lebih serius berkebun di laman rumah ni, bila sering terlihat paparan kisah di dalam surat surat khabar tentang aktiviti berkebun. Selain itu, makin bersemangat bila saya sendiri sertai group-group berkebun di media sosial.
Mula-mula saya cuba tanam tanaman asas yang selalu kita gunakan untuk memasak, contohnya seperti tanam pokok kunyit,serai dan tanam pokok kari. Kemudian sayur yang agak mudah nak hidup dan senang dijaga seperti sayur kangkung ,bayam,bendi dan terung.
Lama kelamaan mencuba pelbagai jenis tanaman dan antaranya kobis, beberapa jenis sawi, beberapa jenis terung, kangkung,pokok sup, keledek, bayam brazil, kucai, cili padi dan ada juga tanam kailan, bunga kobis, bendi,pokok ketumbar dan banyak lagi.
Ads
Tanam banyak tanaman ini bukan apa, sekadar untuk makan sendiri sahaja. Kalau ada permintaaan nak beli baru saya jual.
Tinggal di kampung biasa la harganya sekadar 2 ringgit,3 ringgit camtu saja la. Selain jual terus kepada yang mahukan sayur segar, saya banyak juga buat benih pokok untuk jualan. Contohnya pokok sup, pokok kari, pandan,kunyit dan lain-lain, bolehlah untuk buat duit poket anak sekolah.
5 Manfaat Bila Saya Bercucuk Tanam
1)isi masa lapang saya sbg suri rumah sepenuh masa 2)sayur yang saya tanam bebas dair racun merbahaya. Petik masak tanpa was-was. 3)hilangkan stress bila tengok sayur keliling rumah ada. Sejuk mata memandang 4)dapat makan sayur segar. 5)kongsi rezeki sayur dengan keluarga terdekat dan jiran serta kawan-kawan yang datang
melawat kebun.
Mendengar ada dikalangan jiran tetangga atau sahabat handai yang dikenali disahkan Covid-19, hati kita sudah tersentuh dan gusar mengenangkan nasib mereka apatah lagi bila ia benar-benar terjadi dalam lingkungan keluarga yang tinggal serumah, tentu sahaja sesiapa pun akan berasa panik dan risau. Begitulah yang dirasai kini oleh keluarga Siti Sarah dan Shuib bila mana pembantu rumahnya disahkan postif Covid-19.
“Jantung ni macam nak jatuh bila pembantu rumah saya positif Covid-19. Saya tak fikir apa-apa dah sebab yang saya risau anak-anak dan bayi dalam perut. Anak-anak saya sekarang demam. Ya Allah berderau darah ini dan macam-macam perkara saya fikir kalaulah saya dan Shuib didapati positif. Bagaimana dengan anak-anak kami.
“Kalau anak pula positif siapa nak jaga mereka di pusat kuarantin. Minta jauh Ya Allah,” ujarnya pada kepsyen video yang dikongsikan di instagram.
Itulah kata penyanyi Siti Sarah meluahkan kerisauan hati tentang kesihatan anak-anaknya yang kini mengalami demam. Bahkan risau juga dengan keadaan dirinya yang kini sedang sarat hamil tujuh bulan.
Lantas sarah dan suami yang juga pelawak Shuib serta tiga anak mereka telah menjalani ujian saringan Covid-19 selepas pembantu rumahnya disahkan positif wabak itu, semalam.
Menurut Sarah, ketika ini dia perlu kuat kerana sedang hamil sekali gus memohon doa daripada orang ramai.
“Kami satu keluarga baru saja buat ujian saringan. Harap-harap kami semua tiada apa-apa. Saya kena kuat, bayi dalam perut dah masuk tujuh bulan. Mohon doakan saya dan keluarga,” katanya.
Untuk makluman, Sarah berkahwin dengan pelawak dan ahli perniagaan, Shuib atau nama sebenar, Shahmira Muhamad, 37, pada 26 Februari 2011. Hasil perkahwinan, pasangan ini mempunyai tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6 tahun.
Meninjau diruangan komen, ramai kawan artis memberikan kata-kata semangat dan mendoakan agar Allah lindungi keluarga mereka. Antara rakan artis yang terawal memberi respon perkongsian video tersebutadalah Aydajebat, “Jaga diri kakak!”, begitu juga Sariyanti, ujarnya “Semoga selamat semuanya sarah n family”. Zielajalil turut mendoakan “Semoga Allah lindungi semua” dan ramai juga peminat turut terpanggil memberikan kata dan doa yang baik-baik untuk keluarga Sarah dan Shuib.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Resipi cukup simple tapi sedap. Ayam Kukus Kicap ini ada rasa masam, manis dan manis menjadi pelengkap hidangan ini. Jika ibu-ibu buntu nak sediakan menu apa untuk keluarga, bolehlah cuba resipi ini.
Hidang bersama nasi panas-panas, memang menyelerakan dan pasti menjadi kegemaran seisi keluarga ni. Resipi Ayam Kukus Kicap ini dikongsikan oleh saudara Dani J Tang. Jom cuba!
Ayam kukus kicap ringkas je harini. Pedas skit, halia, lada hitam, cili padi. Pastu limau kasturi hiris² halus. Masam, masin, manis. Makan dengan nasi air, telur dadar ngam sangat ni
Ringkas je cara sy. Kuantiti bahan ikut sesuai selera ye
1. Ayam bahagian peha penuh, cuci bersih, sy buang tulang dan toskan.
2. Hiris halia & bawang putih. Panaskan kuali dengan sedikit minyak, tumis bawang putih & halia sampai naik bau. Sy tumis smpai dia brown. Angkat & ketepikan.
3. Masukkan ayam dalam minyak, biar dalam 1-2 minit, kemudian terbalikkan ayam biar masak sisi satu lagi tu juga dalam 1-2 minit. Api besar hati², letak penutup sbb nnt ayam meletup². Jgn lama nanti hangus.
NOTA : nak terus kukus boleh, tp sy lebih suka aroma tumis tu.
4. Sediakan mangkuk, masukkan garam, kicap manis, sos tiram kalau suka, minyak bijan, lada hitam, chicken seasoning, kacau sebati & perap ayam sekurangnya 30min. Nak letak kicap masin skit pun boleh. Sesuai selera ye.
5. Panaskan air kukusan, kukus ayam sehingga masak.
6. Dah masak, angkat & hiris ayam menjadi kepingan, tuang kicap manis skit di atas nya.
Hiris cili padi & buah limau kasturi kemudian tabur atas ayam.
Pada waktu-waktu begini biasanya kita kaum ibu sudah mula sibuk mengemas rumah untuk persiapan menerima tetamu.
Kalau boleh semuanya ingin terlihat rapi dan bersih, habis semua habuk Kita akan lap bersih sama ada di lantai, di bahagian kipas angin, tingkap malah hingga ke bahagian siling rumah.
Tapi bagaimana pula dengan karpet? Sudah memadai sekadar di vakum sahajakah untuk pastikan bebas habuk dan bersih?
Sebenar ada cara lebih efektif yang boleh kita lakukan dan ianya mudah sahaja.
Bahan-bahan yang diperlukan :
Air panas, 2 sudu makan geram dan 1 penutup cecair Dettol.
Manakala untuk mengetahui cara penyediaannya dengan lebih detail, jom semak apa yang dikongsikan oleh Puan Syarifah Farhana Syed Fadzil. Menurutnya, ilmu ini diperolehi daripada seorang bibik.
TIP MOP KARPET (bukan lantai taw)
Siapa yang pernah mop karpet? Kelako kan mop karpet? Fana tau karpet bole mop dari sorang maid nie, bila dia mop karpet, Fana tanye dia(karpet boleh mop ya?) Iya boleh la puan kasi habuknya nyah, biasa lepas vakum pasti ada habuk dan kuman)
So dari situ Fana belajar setiap seminggu sekali fana mop semua karpet yang ada dalam rumah, semput jugak dik oiiii macam nak tercabut jantung kak pana.tapi lepas mop tu korang akan rasa macam karpet baru yang bersih gilerrzzz bebas kuman parasit bagai.
Korang cuma masak air tak kisah la dalam cerek ke, dalam kawah ke, dalam periuk ke what eber la, fana masak dalam periuk beso pasal tak ada cerek, almaklom la kitewww pakai coway. Korang masak agak agak banyak nye tu tenggelam mop cukup la, lagi banyak lagi bagus.
Pastu dah didih korang curah ke baldi mop, bebaik dik eah air mendidih tu kang tak pasal korang saman Fana yang ajar main air panas. Pastu letak garam dalam 2 sudu makan dan 1 tutup pure detol, jangan korang pakai sabun mandi jel detol pulak eah.
Pastu korang perah mop tu kekuat jangan sampai ada air menitik, eah jap jap jangan perah pakai tangan tau.pastu korang menari menari zumba la atas karpet tu dengan mop korang hokey ada paham???
P/s: Time mop sambil berzumba tu korang kena tenyeh tenyeh sikit kat karpet tu, nanti dalam air mop korang nampak la betapa cafe latte nye air mop korang. *KALAU dapat beli la mop baru yang putih gebu gebazzz khas untuk karpet sahaja, Fana beli kat Eco jek rm4. Kalau dapat la kan jangan campo mop yang kita dok mop lantai eah.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...