Benarlah jika sudah rezeki, ia datang tidak pernah salah alamat, bahkan tidak pernah salah waktu. Jika sudah ditakdirkan ianya menjadi milik kita, akhirnya ke tangan kita juga sampainya.
Ini sebagaimana perkongsian daripada seorang surirumah mengenai impiannya untuk memiliki rumah sendiri.
Perkongsian kisah ini semoga turut dapat dijadikan inspirasi buat surirumah yang lain.
Impian SuriRumah nak ada rumah atas nama sendiri..
Rasanya semua org berkeinginan nk ade rumah sndiri kan.. Biarlah sekecil mana pun rumah tu, asalkan rumah sndiri bukan menyewa.. 10tahun kahwin, Alhamdulillah tahun 2020 Allah bagi rezeki dapat rumah sendiri di usia 31tahun..
Yaa,sy kahwin muda & menjadi surirumahtangga sepenuh masa.. Tahun 2015 sy baru mula berjinak2 dlm perniagaan.. Alahh, niaga jual keropok lekor frozen aje pun.. Bawak anak2 g cod sane sini..Sambil tu ada la jual2 online macam2 jugak,jd dropship barang2. 10 tahun menyewa rumah.,teringin sangat2 nak ada rumah sendiri.
One day, dengan muka tak malu si surirumah ni, sy tanye pegawai bank ape keperluan klau nak beli rumah? Dibaginya syarat2.. Bila difikir comfirm tak lepas punya. Dia nak penyata kewangan, pembayaran cukai dengan LHDN..
Hampir 6bulan jgk usaha lengkapkan dokumen yg bank nak. Bila dh lengkap sepenuhnya, sy & suami cari rumah subsale ikut budget. Rumah pertama loan bawah 150k tak lulus. Cari rumah lain, pun tak lulus jugak. Yela, pendapatan surirumah berapa la sangat..
Suatu hari tu sy & suami pergi tgk rumah contoh kat perumahan baru bina. Ada 30 unit rumah masih dlm pembinaan tp cuma ada 4 buah rumah yg belum di tempah…
Ads
Dlm hati berkenan sgt2 rumah tu cantik. Kami book rumah lot tengah & cuba masuk loan bank. Kadang2 rasa macam mustahil jgk. Surirumah buat loan beli rumah harga 200k+? Jauhh naww berangan..
Bila rumah dah hampir 70%siap,loan pertama dgn Bank A gagal.. Pendapatan sy kurang, xleh nk support byr bulanan..
Loan kedua dengan Bank B, juga Gagal.. Down habis, Kecewa, putus asa, hilang semangat, semua dah ada..
Mahu taknya, seminggu sekali sy, suami & anak2 g duk tengok2 rumah. Dari tapak kosong, smpaila dah naik rangka, ada bumbung. Semangat berkobar2 nak tgk rumah siap.
Ads
Bila rumah dah 90% siap, pemaju buat tawaran pd sy & suami. Katanya rumah end lot ada kosong sbb orang yg book dulu tak lulus loan & dia tolak rumah tu.
Whatt? Pemaju gila ke hapee? Rumah lot tengah pun tak lulus, inikan nk loan rumah end lot yg harganya lebih tinggi???
Suami bg semangat, takpe kite cuba loan dulu. Mana la tahu kot2 nak jadi rezeki..
Ok, kami cuba buat loan dgn Bank C pulak utk rumah end lot ni. Cantik perancangan Allah tu, seminggu je lepas loan, bank call cakap dh lulus & suruh datang bank utk sign segala jenis surat..
Ads
Bayangkan, setahun lebih pergi tgk pembinaan rumah lot tengah, bila dh 90% siap, dapat rumah lain pulak. Rasa macam terharu sgt2..
13 Mac (5hari sebelum PKP mula) ,hari yg ditunggu2 akhirnya kami dapat kunci rumah..
So, dah sebulan lebih dapat kunci rumah ni. Tapi masih tak boleh nak buat apa2.
Kami tak tahu nak mula dari mana & apa yang utama perlu dibuat sebelum pindah masuk? Boleh bg apa2 cadangan? Mana penting yg mesti buat dulu.. Jomm la kongsi deco2 rumah design mcm rumah sy ni.. Tak sabar rasanya nak deko cantik2 mcm rumah sahabat2 semua.
**Saya surirumahtangga, takde gaji bulanan tetap, takde kwsp soso, takde jadual waktu bekerja, takde uniform lengkap. Sy surirumah yg manjaga dan menguruskan persekolahan anak2.. Ayuhh semua surirumah, kita semua boleh berjaya walaupun hanya di rumah.
**Maaf tercerita panjang lebar, sy tak pandai melukis jalan cerita, pandai tulis je..
Tak perlu guna tukang profesional jika mahu menghias ruang di dalam rumah. Gunakan kreativiti dan dalam masa yang sama jangan abaikan bab keselamatan terutama sekali bagi anda yang ada anak kecil.
Misalnya untuk runag di dalam kediaman yang agak terhad namun anda mahu menampakkan ada sudut-sudut yang menarik dan kemas, mungkin cara ini dapat membantu.
Idea menarik ini dikongsikan oleh Rah Mat. Nak cuba buat sendiri, jom tengok caranya. Simple tapi nampak cantik dna kemas ruang tersebut.
Terimakasih pada semua yang like, komen dan beri cadangan, sedikit penambah baikkan dilakukan. Telah dicat putih di bahagian bawah, wayar telah disorok, ramai juga yang risau sebab tajam besi tu.
Saya dah ambil langkah keselamatan, dengan membalut wallpaper foam, pada keseluruhan besi tu supaya tiada bahagian yang tajam.
Room divider permintaan isteri, kita buat dan kita hiaskan, cantik tak 🙂
Bahan-bahan:
Wallpaper foam
Daun
Skru utk c channel
Kayu
* Wallpaper foam, daun, skru utk c channel semua beli kat kedai eco, c channel beli kat hardware, total kos tak sampai rm100.
Cara membuat:
*Wallpaper foam, daun, skru utk c channel semua beli kat kedai eco, c channel beli kat hardware.
* Balut keliling guna wallpaper Brick foam yang tebal, menutupi bahagian yang tajam.
* Untuk gantung bracket TV, saya alas dengan kayu disebelah dalam.
Ketika kecil dia sering diejek sumbing, senget dan sengau. Semuanya kerana dia dilahirkan sebegitu. Hasnoradiah Abu Hassan yang mengalami masalah lelangit rekah dan mulut sumbing.
Tidak mahu nasib yang sama dialami oleh pesakit lelangit rekah dan mulut sumbing membuatkan wanita berusia 55 tahun ini menghasilkan sebuah buku bagi memberi kesedaran kepada masyarakat berkaitan masalah kecacatan muka tersebut.
“Segelintir masyarakat tahu perkara yang dipanggil cleft lip and palate ini (lelangit rekah dan mulut sumbing). Tetapi mungkin tidak ada sebarang kesedaran terhadapnya.
“Niat saya bercerita mengenai kisah hidup dalam buku yang dihasilkan ini adalah untuk memberi inspirasi kepada mereka yang mengalami masalah yang sama seperti saya. Saya mahu masyarakat peka terhadap masalah sumbing mulut ini, ” terangnya yang mesra disapa dengan panggilan Nora.
Pembedahan pertama usia 3 bulan
Bagi memastikan mulut dan hidungnya seperti sekarang, Nora perlu melakukan hampir 10 pembedahan.
“Seawal usia tiga bulan saya telah melakukan pembedahan pertama. Bagi kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan sebegini, bukan satu pembedahan sahaja sudah cukup. Masih banyak lagi proses pembedahan yang perlu dilakukan. Tidak mudah untuk membetulkan hidung dan mulut saya.
“Bila dilahirkan dengan lelangit rekah, ia memberi kesan pada muka. Hidung dan mulut saya tidak dilahirkan sempurna. Ia memberi kesan pada percakapan kerana lelangit pecah. Jadi sebelum pembedahan berlaku apabila bercakap, suara saya akan nyata sengau,” kata Nora tentang dirinya.
Sejak kecil diejek
Dilahirkan sebegini rupa, banyak perkara telah mengusik jiwanya. Sejak kecil dia sering diejek.
“Saya merana dalaman. Saya memang telah menjangkakan perkara sebegitu akan berlaku pada diri saya. Sering diejek dan dibuli ketika saya sekolah rendah sehinggalah saya berumur 17 tahun. Di sekolah, mereka akan panggil nama-nama tidak elok pada saya. Sumbing, senget dan sengau. Itulah nama saya yang mereka panggil. Diejek juga telah menyebabkan saya hilang keyakinan dalam diri.
“Ketika umur 30-an, saya berhenti melakukan pembedahan. Saya langsung tidak bercerita tentang masalah sumbing saya ini kerana terlalu malu. Kenapa saya malu?Sebab masa kecil kita telah diejek dengan pelbagai nama. Saya tiada keyakinan diri.
“Pada mulanya saya sendiri tidak boleh terima keadaan ini pada diri saya. Saya tertanya-tanya kenapa diri saya dilahirkan begini. Hanya beberapa tahun yang lepas barulah saya terima kenyataan bahawa inilah Allah hendak beri pada saya. Saya terima dengan hati yang terbuka.
“Setelah saya menerima keadaan diri ini, barulah saya terfikir, apa yang saya boleh lakukan? Saya mula berfikir-fikir untuk bercerita dan menulis buku tentang diri saya. Salah satu sebab sya ingin menulis buku kerana merasakan dalam masyarakat Malaysia ini tidak ada orang yang bercerita mengenai struggle dan accept mereka yang dilahirkan dengan kecacatan muka ini,” ujarnya lagi dan hasil peratusan jualan buku bertajuk Born To Smile itu akan disumbangkan kepada Persatuan Klef Bibir dan Lelangit Malaysia (CLAPAM) serta Kiwanis Malaysia.
Mahu beri inspirasi
Bersandarkan kepada pengalaman hidup sebagai pesakit lelangit rekah dan mulut sumbing, mantan Presiden Kelab Kiwanis Ampang Jaya, Selangor ini mahu memberi inspirasi kepada kanak-kanak yang dilahirkan dengan masalah yang sama.
“Saya tahu bagaimana keadaan mereka apabila diejek. Saya tahu sebab saya merasa. Insya Allah dengan keizinan Allah, saya harap cerita saya akan memberi semangat kepada kanak-kanak yang dilahirkan begini dan kepada kanak-kanak yang ada perasaan rendah diri.
“Banyak orang dalam dunia ini ada perasaan rendah diri. Saya hendak beritahu bahawa kita tidak perlu rasa rendah diri kerana kita ada cara-cara untuk overcome perasaan rendah diri itu. Perasaan rendah diri itu adalah masalah utama untuk kita pergi ke hadapan.
“Jadi sekarang ini saya tidak mahu bersembunyi lagi. Saya tidak mahu menyorok di belakang kejadian saya dilahirkan begini. Tetapi saya mahu menggunakan kisah saya untuk memberi inspirasi,” kataya dengan penuh semangat.
Beban bahu ringan
Setelah tidak menyorok mengenai keadaan dirinya, Nora merasakan seperti beban di bahunya telah ringan.
“Mungkin apabila saya berjumpa dengan orang mereka lihat wajah saya setelah disolek. Apabila solekan dibuang mereka akan nampak wajah asal saya. Apa perasaan mereka setelah melihat wajah asal saya?
“Saya juga mahu orang suka saya sebab apa ada dalam hati bukannya sebab apa yang saya tunjukkan di luar. Saya sedar masyarakat sekarang ini akan lihat luaran. Jika kita cantik, apa yang boleh kita berikan kepada mereka? Apa status dan kedudukan kita? Saya tidak mahu ada perasaan sebegitu lagi.
“Kalau ada orang nak kata kenapa muka saya begini. Saya tidak mahu ada tanda tanya. Jika kamu suka pada saya, ini adalah saya. Saya tidak malu untuk menyatakan sekarang bahawa saya dilahirkan begini.
“Tetapi saya mahu menggunakan cerita saya sebagai satu harapan dan inspirasi kepada kanak-kanak yang dilahirkan begini. Kadang-kadang kita tidak tahu mengapa Allah berikan cabaran. Tetapi setiap cabaran ada hikmah di sebaliknya. Ini cabaran saya,” ujar nenek kepada seorang cucu ini mengakhiri perbualan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sering juga kita mendengar kejadian adik beradik bergaduh dari zaman kanak-kanak hingga terbawa-bawa hingga dewasa. Malah lebih menyedihkan jika menyebabkan hubungan kekeluargaan akhirnya menjadi renggang hingga ada yang bermasam muka.
Pun begitu bagi 16 beradik ini, semua itu tidak pernah terjadi. Ada satu istilah ‘magic’ yang dididik oleh orang tua mereka yang dipegang dari dulu hingga kini. Apalah itu, jom semak perkongsian bermanfaat ini.
Kami 16 beradik seibu sebapa. Susunan posisi dalam gambar ikut umur. Nombor 1 hingga 11 semua lelaki, nombor 12 hingga 16 semua perempuan.
Alhamdulillah hidup bahagia walaupun melalui fasa kehidupan yang serba kekurangan. Ayah diuji dengan penyakit angin ahmar ketika Mak mengandung anak ke 16. Ayah lumpuh tak mampu bekerja.
Mak membesarkan kami dengan perit jerih. Tapi sangat bahagia, tiada sengketa, pertengkaran dan dendam. Mak dan ayah mendidik kami supaya sentiasa mengalah.
Bila selalu mengalah, pergaduhan dapat dielakkan, walaupun ada tersalah faham dan terasa hati. Itu normal.
“Mengalah” bunyi macam senang, tapi ia memerlukan kekuatan jiwa yang tinngi. Ibubapa perlu tunjuk jalan untuk membina kekuatan jiwa. Anak-anak memerhati dan meniru perangai ibubapa. Kalau ibubapa selalu tunjuk perangai keras kepala, anak-anak terikut.
Contoh buruk yang ibubapa selalu tunjuk ialah masa memandu di jalan raya. Marah sana marah sini, asyik nak salahkan orang lain. Jalan raya adalah sekolah kehidupan, anak-anak sedang belajar dalam kereta.
Satu lagi bila anak berselisih faham dengan kawan, jangan lah nak back up anak tu. Ajar anak bertenang dan maafkan orang, atau suruh dia minta maaf kalau anak yang buat salah.
Perangai selalu nak menangkan anak lah yang menyebabkan anak jadi keras kepala, ego tinggi dan jadi narcissistic. Banyak kali kita jumpa jenis ibubapa yang anggap anak dia malaikat.
Makin kurang ego dalam diri, makin harmoni hidup kita. Sifat rendah diri adalah antara foktor penting dalam mencapai kebahagiaan.
Rotan murid, hanya guru besar, guru diberi kuasa. Hukuman rotan hanya boleh dilaksanakan oleh guru besar atau guru yang diberikan kuasa dan tidak boleh dikenakan ke atas murid perempuan.