Suri Rumah Sepenuh Masa Pun Boleh Ada Tabungan. Ni Pelabur Hartanah Bagi Triknya!

Share

Jangan ingat bila kita tidak berkerja itu bermakna tidak mampu melakukan tabungan untuk diri sendiri. Apa yang dikongsikan oleh Pakar Hartanah, Dr Azizul Azli Ahmad ini boleh dijadikan panduan. Ada cara dan trik yang boleh dilakukan oleh isteri dan untuk mengetahui lanjut, jom semak perkongsian penuh daripadanya.

SURI RUMAH MESTI MENABUNG

Jika kita suri rumah sepenuh masa, kerja jaga anak dan suami tercinta. Minta suami berikan nafkah secara tetap dan konsisten, lebih bagus jika dapat buat potongan gaji terus kedalam bank kita. Tentera dan askar dah lama lakukan ini. Potongan berdasarkan pangkat dan gaji.

Bahagikan simpanan ini kepada dua bahagian, satu untuk belanja dan satu untuk simpanan. Jika suami cakap duit tak cukup, buatlah rayuan dengan penuh ‘godaan’. Potong apa yang patut janji ada simpanan. Takkan goda suami nak ajarkan.

Bantu suami jana pendapatan dan buatlah simpanan. Duit yang dapat masukkan dalam akaun yang tiada kad ATM, agar susah nak keluarkan.

Buat tabungan segera selagi suami ada kerja, mereka mungkin lalai untuk menyimpan sebab semua belanja atas bahu mereka.

Jadilah isteri yang bantu suami yang budiman ini. Jika suami ada kecemasan atau bencana datang kita ada simpanan sendiri dan boleh berdikari.

“Suami gaji besar, buat apa nak menabung?”. Bersedialah untuk hidup berkabung.

Zaman ini zaman susah, buat simpana sebanyak yang ada sebelum datangnya bencana.

Semoga berjaya.

Sumber : Azizul Azli Ahmad