Suri rumah kongsi jadi ‘pengurus pakaian,’ boleh buat kerja sambil masak, kemas rumah, jaga anak. Menjadi suri rumah bukanlah tugas yang mudah. Tanggungjawab mengurus rumah, menjaga anak-anak, dan memastikan segala keperluan keluarga dipenuhi memerlukan dedikasi dan komitmen yang tinggi.
Suri Rumah Kongsi Jadi ‘Pengurus Pakaian,’ Boleh Buat Kerja Sambil Masak, Kemas Rumah, Jaga Anak
Namun, pada masa kini, semakin ramai suri rumah yang berjaya menjana pendapatan dari rumah sambil menjalankan tanggungjawab harian mereka. Dengan adanya kemajuan teknologi dan internet, peluang untuk menambah pendapatan dari rumah kini lebih terbuka luas
Alhamdulillah dah dekat 3 minggu jadi pengurus pakaian.
Bila jadi suri rumah yang berniaga/buat servis dari rumah ni kerja hakiki tetap menjadi keutamaan kami.
Masak. Kemas rumah. Ajar anak-anak. Layan anak makan dan main.
Macam Tikah lepas dah bagi Ali makan dan main dan belajar dengan Ali tapi dia macam tak nak tidur lagi jadi kadang gosok baju sambil tengok Ali main.
Ads
Selalunya Tikah akan gosok atau lipat baju waktu malam bila anak-anak dah lena.
Kita kena urus masa dengan baik. Jangan sebab sibuk dengan bisnes dan nak kejar sales sampai abaikan anak-anak dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu.
Kesimpulannya menjana pendapatan dari rumah bukan sahaja membantu meringankan beban kewangan keluarga tetapi juga memberi suri rumah peluang untuk berkongsi bakat dan kemahiran mereka dengan lebih ramai orang.
Dengan perancangan yang baik dan pengurusan masa yang bijak, suri rumah boleh menyeimbangkan antara tanggungjawab keluarga dan kerjaya dari rumah, sekaligus meningkatkan kualiti hidup mereka dan keluarga.
Tiada apa yang mustahil di dalam dunia ini selagi ada usaha, kerja keras dan doa yang berterusan untuk mencapai kejayaan di dalam apa sekali bidang.
Ini dibuktikan sendiri oleh Ainil Asyikin binti Norazman atas kecemerlangan mengukir nama di peringkat antarabangsa apabila namanya telah dicalonkan untuk berada dalam Sigma Xi, salah sebuah pertubuhan professional antarabangsa yang terlibat dalam pelbagai displin kajian sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).
Apa yang pasti bukan calang-calang orang boleh tercalon untuk berada dalam pertubuhan tersebut, dan bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Chepa ini telah membuktikannya. Pastinya seluruh ahli keluarganya berasa bangga atas pencapaian tersebut malah rakyat Malaysia juga tumpang merasainya.
Mencipta Kecemerlangan
Menerusi info yang dikongsikan, Ainil merupakan pelajar cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat keputusan 9A+.
Kemduian meneruskan mencipta kecemerlangan dalam pembelajaran, Ainil mengikuti pengajian hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal bermula Ogos 2017 di Princeton University, New Jersey yang merupakan salah sebuah Universiti dalam Ivy League.
Kecemerlangan Ainil tidak bermula di sini sahaja, malah anak muda ini merupakan bekas pelajar MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan (Sesi 2014) dan penerima Anugerah Biasiswa Perdana yang melayakkan Ainil membuat persediaan ke luar negara di bawah United World College bertempat di IB World School, Las Vegas, New Mexico.
Menang USD$2,000.00
Seiring dengan penganugerahan yang diterima atas kecemerlangan tempat pertama dan melayakkan beliau menerima “The Donald Janssen Dike Award for Excellence in Undergraduate Research” serta wang tunai berjumlah USD$2,000.00 atas kajian beliau bertajuk “Automated Defect Detection: An end-to-end pipeline from data to deployment”.
Dalam satu siaran yang dimuatnaik di laman Facebook MARA USA, terdapat lebih 200 penerima anugerah Nobel dunia merupakan ahli kepada Sigma Xi seperti Albert Einstein (Theory of Relativity), Enrico Fermi (Creator 1st Nuclear Reactor), Linus Pualing (American Biochemist), Francis Crick (DNA molecular biologist), James Watson (Geneticist) dan John Goodenough (Scientist).
Harapan & Doa Ayah
Manakala meninjau di Facebook milik Norazman Mahamood iaitu merupakan ayah kepada Ainil, terdapat satu hantaran terlihat cukup menarik perhatian mengenai status yang dimuatnaik olehnya.
Hari yang di nanti telah tiba.
Memorable moment for Ainil Asyikin Norazman at Princeton University, NJ. graduation ceremony 22nd May 2022.
Alhamdulillah. All praises to the Almighty. Congratulations to my daughter, for graduating today.
Dalam melintasi garisan ke dunia kehidupan yg baru, sentiasa menitip doa memohon kepadaNya agar memperolehi kejayaan di dunia dan akhirat.
Bermula sebagai rakan kongsi sebelum mulai serius dan menyulam cinta, Zulin Aziz, 33, dan Farhan Norzaini, 35, akhirnya mengikat tali pertunangan selepas dua tahun berkenalan.
Majlis pertunangan bdiadakan secara tertutup dan sederhana selain dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak di kediaman abang pelakon tersebut.
Menurut Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, dia dan tunang sepakat memilih untuk melangsungkan pertunangan pada hari ini selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah hujung tahun lalu.
Pada majlis berkenaan, Zulin turut menerima dua bentuk cincin (merisik dan bertunang) daripada tunangnya.
“Alhamdulillah, Farhan melamar saya ketika berada di Madinah. Sebenarnya sudah lama kami merancang, akhirnya Allah memperkenankan doa saya ketika berada di Tanah Suci.
“Majlis pada malam ini juga diadakan serba ringkas. Malah atas permintaan keluarga kami hanya menjemput keluarga terdekat sahaja demi menjaga prosedur operasi standard ( SOP),” kata Zulin usai majlis selesai.
Ditanya mengenai Farhan yang berjaya memenangi hatinya sehingga terbuka hati untuk memilih lelaki itu sebagai teman sehidup semati, bekas penyampai radio Suria FM, percaya Farhan mampu membimbingnya ke jalan yang diredhai.
“Dia seorang yang bertanggungjawab dan pandai mengambil hati keluarga. Dia juga seorang pendengar yang setia. Saya selesa bersama dengannya dan boleh meluahkan apa sahaja kepadanya,” kata Zulin.
Sementara itu, Farhan menyifatkan Zulin sebagai seorang yang mempunyai hati yang tulus dan ikhlas serta pandai mengambil hati keluarganya.
“Dia berada bersama saya di saat saya mengharungi detik paling hitam dalam hidup iaitu ketika saya kehilangan arwah ibu pada Oktober tahun lalu.
“Disitu saya tahu bahawa dialah wanita yang saya mahu sehidup semati. Malah arwah ibu pernah berpesan jika mahu memilih calon isteri, pilihlah wanita yang boleh menjaga saya seperti mana arwah menjaga saya. Dan Zulin ada ciri-ciri itu,” kongsinya.
Menyingkap kembali momen saat pertama kali mereka berkenalan, kata Farhan dia yang memberanikan diri menghantar mesej kepada Zulin menerusi Instagram (IG) selepas menonton rancangan Melodi di TV3.
“Waktu itu saya sedang menonton rancangan Melodi bersama arwah ibu. Kebetulan ada paparan cerita Zulin tak jadi kahwin. Lepas tu arwah ibu cakap dia rasa kasihan dengan Zulin. Malah tak semena mena, arwah ibu tiba-tiba cakap tak kisah andai Zulin menjadi menantunya.
“Seterusnya, adik saya yang mendesak supaya mengirimkan mesej langsung kepada Zulin di IG. Saya memberanikan diri dan tak sangka dia membalas mesej. Masa itu saya fikir tak mungkin Zulin membalas mesej itu kerana saya hanya orang biasa di antara jutaan pengikutnya yang lain,” kata Farhan.
Pasangan ini menetapkan tempoh kurang dari sebulan untuk ikatan pertunangan dan merancang untuk berkahwin pada 20 Februari depan.
Mereka sepakat memilih 20 Februari 2022 kerana tarikhnya cantik selain tidak mahu bertunang lama-lama dan mempercepatkan benda baik.
Terdahulu, kisah keintiman pasangan ini mula dihidu sejak tahun lalu apabila Zulin berkongsi gambar bersama Farhan di Instagram pantas mencetuskan spekulasi.
Tanpa berselindung, Zulin sekitar Mac tahun lalu menerusi entri gambar berdua di Instagram (IG) yang dimuat naik turut berani memanggil Farhan dengan gelaran ‘B’ atau ‘Baby’ di ruangan kapsyen.
Bagaimanapun ketika itu, Zulin diibaratkan hanya berkongsi ‘teaser’ mengenai hubungan mereka dan belum selesa bercerita lebih mendalam.
Namun kunjungan mereka berdua ke Tanah Suci Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah terus menguatkan lagi spekulasi bahawa hubungan mereka serius.
Ramai yang mempunyai impian untuk memiliki rumah sendiri. Namun hendak membeli rumah ini bukan seperti membeli kereta.
Ini kerana pinjaman kereta tidak lama berbanding rumah. Lazimnya loan untuk belian rumah sehingga 30 tahun. Ia tempoh yang lama.
Tidak dinafikan ramai memilih tempoh masa yang paling maksimum agar bayaran bulanan rumah rendah. Namun hakikatnya ada segelitir kita tidak tahu kesannya jika memilih tempoh begitu.
Sebagaimana perkongsian Ismaliza Ismail yang menjelaskan bahawa loan rumah yang panjang sehingga 30 tahun memberi kesan kepada bayaran bulan setelah 18 tahun.
Nak tahu lebih jelas mengenai hal ini. Ikuti perkongsian ini.
Kena faham MRTT dan MRTA
Untuk sesiapa yang dah beli rumah secara loan dengan bank, cuba selak balik perjanjian pinjaman korang.
Loan dengan bank berapa lama?
MRTT/MRTA coverage berapa lama? Benda ni ialah tempoh bank cover loan in case berlaku kematian kat korang dalam tempoh duk hutang dengan bank lagi.
Tolong elakkan jadi macam kes di bawah ni ye. Loan dengan bank 30 tahun, tapi MRTT coverage 18 tahun je.
Apa maksud dia? Maksudnya, bank akan settlekan loan rumah tu kalau korang meninggal dalam tempoh 18 tahun korang berhutang dengan bank.
Jadi kalau korang meninggal tahun ke 19 hingga tahun ke 30, loan korang tu perlu diselesaikan sendiri oleh ahli keluarga korang.
Kalau family tak boleh settlekan apa jadi? Bank lelong je lah rumah tu.
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bintang Kecil:Pening kepala melihat telatah adik-adik BK kumpul marshmallow tapi kecoh satu kampung dibuatnya. Agaknya siapa yang menang cabaran kali ini? Mari kita saksikan.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.