Suri Rumah Itu Pekerjaan Mulia & Ianya Menjadi Lebih Mulia Jika Suami Sendiri Tahu Memuliakannya. Menarik Perkongsian Ni!

Share

Memperkenalkan isteri dengan orang lain sebagai ‘dia isteri saya’, ‘itulah orang rumah saya’, atau ‘dia wife saya’ berbanding ‘itu bini saya’ nyata memberi kesan yang berbeza walau ada sebahagiannya  tidak sensetif dengan perbezaan panggilan tersebut.

Ini sebagai mana yang dikongsikan oleh wanita ini bila terlihat komen daripada seorang suami di media sosial, membahasakan panggilan kepada isterinya sebagai ‘bini’.

Jom semak perkongsian

Tak guna kejar harta dunia, tapi tak tahu hargai pasangan..
Terjumpa satu komen seorang suami pada status hartanah. Ia mengenai pelaburan hartanah yang baik jika boleh gabung suami isteri kumpul.

Saya dengan hartanah sudah lama. Sejak 2010, kami fokus ‘capital appreciation’. Cuma 2 tahun lepas mula fokus kedua-duanya termasuk fokus ‘rental appreciation’.

Jadi, sang suami ini komen, “untunglah bini kerja, bini kita menganggur”. Kalau ikutkan ayat beliau biasa. Tapi jika komen di media sosial mengenai isteri, ia boleh mengecilkan hati isteri jika dibaca.

Komen itu dibalas oleh netizen yang rata-rata tidak bersetuju dan menceritakan suri rumah itu satu pekerjaan. Malah ada yang meminta si suami membayar gaji isterinya.

Sebenarnya, suri rumah satu pekerjaan yang mulia. Ia lebih mulia jika ia dimuliakan sendiri oleh sang suami sendiri.

Suami saya selalu sebut, panggil isteri dengan panggilan yang mulia walau dia tiada di sisi kita semasa bercakap mengenainya.

Isteri saya..
Wife saya..

Paling tidak, orang rumah saya..
Bini, kedengaran kurang molek. Mungkin okay pada sesetengah orang.

Kalau nak kejar harta dunia, tapi isteri pun tak hargai, simpan dulu mimpi. Belajar hargai isteri, inshaAllah rezeki murah.

Ini bukan saya cakap, ini suami saya cakap.

Benar,
Ummu Ilham

Sumber : Nurul Ilyani