Suri Rumah Hidap Penyakit Saraf, Gagahkan Diri Jaga Ibu Bapa Uzur. Raih Perhatian & Undang Simpati!

Share

Suri Rumah Hidap Penyakit Saraf, Gagahkan Diri Jaga Ibu Bapa Uzur. Raih Perhatian & Undang Simpati!

Bukannya mudah sebenarnya menjaga ibu dan ayah yang telah berusia dan sakit. Seseorang anak itu perlu kuat dari segi mental dan fizikal.

Rasulullah SAW juga ada menyatakan dengan jelas kelebihan yang diperoleh anak yang mampu berbakti kepada kedua-dua orang tuanya.

Ibnu ‘Umar pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah perbuatan yang disukai oleh Allah? Baginda bersabda yang bermaksud: “Solat pada waktunya.” Ditanya lagi: “Kemudian apa?” Baginda menjawab: “Berbakti kepada kedua-dua ibu bapa.” Kemudian ditanya lagi: “Kemudian apa?” Jawab Baginda: “Berjihad pada jalan Allah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

 

Oleh itu rebutlah peluang berbakti kepada orang tua selagi Allah SWT izinkan. Meskipun besar ujiannya namun terus sabar menyantuni ibu bapa yang telah uzur demi membalas jasa dan pengorbanan mereka dalam membesarkan kita selama ini.

Begitulah yang cuba dilaksanakan oleh suri rumah ini, meskipun berdepan masalah kesihatan diri, namun tetap menggagahkan diri berbakti menjaga ibu bapanya yang semakin uzur.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

Rohani Tarzan, 51, berkata, penyakit saraf otak yang dihidapi ibunya, Sapiah Mohd. Boto’, 77, semakin kronik apabila dia ­hanya mampu terlantar atas tilam sejak lebih dua bulan lalu.

“Ibu menderita pe­nyakit itu sejak tujuh tahun lalu. Mulanya dia menjadi pelupa dan nyanyuk, namun kini saraf otak semakin membengkak menyebabkan tidak mampu bangun.

“Ayah, Tarzan Abd. Rahman, 83, terlalu uzur dengan pelbagai komplikasi kesihatan seperti masalah usus, tekanan darah tinggi dan rabun kronik,” katanya.

Rohani berkata, dia juga menghidap penyakit saraf berkaitan tulang belakang yang dideritai sejak 10 tahun lalu.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

ARTIKEL BERKAITAN :

Keprihatinan Ameena Jaga Ibunya Sakit Tarik Perhatian. Ramai Puji, Anak Solehah!

” Sebagai Anak, Jangan Sesekali Merungut & Terlalu Berkira Bab Jaga Ibu” – Nora Ariffin

“Banyaknya Stok Lauk.” Jaga Ibu Sakit Dan Anak OKU, Warganet Kagum Lihat Cara Wanita Ini Siap 34 Stok Lauk Ramadan.

Terang ibu kepada empat anak itu sebagaimana memetik perkongsiannya bersama media Kosmo. Difahamkan juga penyakit tersebut akan menyebabkan sendi-sendi kaki dan tangannya membengkak sekiranya melakukan aktiviti fizikal yang terlalu berat.

“Tugas menguruskan ibu bapa yang uzur sebenarnya agak berat dan kakak, Norlida, 58, yang menghidap penyakit buah pinggang akan membantu menguruskan ibu bapa jika saya kurang sihat,” katanya.

Rohani berkata, mereka tidak mampu menyediakan peralatan kesihatan seperti katil boleh laras, kerusi roda dan alat bantu berjalan buat ibu bapanya di­sebabkan masalah kewangan.

Jelasnya, suaminya yang bekerja sebagai pengawal ke­selamatan cuma berpendapata­n RM1,500 sebulan sedangkan empat anaknya berusia 10 hingga 18 tahun masih bersekolah.

“Bagi menambah pendapatan, dia bangun seawal pukul 4 pagi untuk membuat kuih dan dihantar ke gerai-gerai berhampiran dengan purata pendapatan RM500 sebulan,” katanya.

Orang ramai boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun Rohani 1150041000119261 (Bank Simpanan Nasional) atau hubungi talian 0129648835.

Sumber : Kosmo

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

 

Cuti sekolah hujung tahun ini  kemana anda nak bawa anak-anak bercuti ya? Jika tiada lagi perancangannya, ayuh sertai e-keluargagader LENCUN TIME @Splash Out Langkawi. Jika sebelum ini yuran penyertaan adalah RM70 namun untuk follower KELUARGA ada diskaun 50% untuk anda. Wow! Jangan lepaskan peluang ini, cepat daftar sekarang dengan klik di link TOKO NI.