Suami terindah bukanlah yang mampu memberikan segalanya. Tetapi suami yang setia dan selalu ada dalam tangis dan tawa bersama isteri serta anak-anak. Sifat sabar dan bertolak ansur perlu ada dalam sesebuah rumah tangga. Termasuklah juga ringan tulang membantu isteri tambah lagi jika kedua-dua anda bekerja.
Jangan biarkan isteri berpenat lelah di luar, apabila pulang, sendirian melakukan kerja rumah. Tidak perlu tunggu isteri meminta tolong, sebaliknya sama-sama melakukannya. Percayalah, isteri pasti tersenyum bahagia.
Perkongsian ustaz Ebit Lew mungkin boleh membuka pintu hati dan mata para suami dalam memahami situasi sekali gus menjaga hati seorang yang bernama isteri…
Sebak bila melihat seorang isteri….
Malam tadi jumpa seorang abang 4 pagi di kedai mamak…ustaz, sakit jiwa saya bila balik rumah berserabut. Malas rasa duk rumah. Isteri selekeh, rumah bersepah, dan kuat membebel dan marah-marah..apalah kerja dia di rumah. Anak 2 orang. Saya balik penat-penat nak rehat. Rasa nak berehat..dia cuma suri rumah jer…Ke ustaz rasa macam mana?
Kerja seorang isteri yang menjadi suri rumah sepenuh masa atau wanita yang bekerja. Dua-dua sangat penat abang. Sebab kerja rumah ini tak pernah habis..
Terutama jika ada anak-anak. Kerja di rumah tak pernah habis..
Ads
Cuba suruh isteri kerja 3 hari. Kita lelaki urus rumah 3hari. Rasanya Allah jer yang tahu. Penat, letih, lesu dan rasa nak menangis. Nabi saw paling memahami dan melayan perasaan isterinya. Tak marah dan sentiasa prihatin dan suka menawan hati mereka..
Saya jika balik tengah malam atau balik kerja isteri senyap atau tengah baring. Saya tolong picit kakinya. Urut tapak kaki. Saya tahu dia letih. Dan tolong tolak tarik bagi badan bunyi-bunyi. Sebenarnya bukan apa, saya tahu dia penat sangat..Bidadari saya buat semuanya kerana Allah. Begitulah semua isteri di dunia ini…kerana cinta kerana Allah mereka buat semua tu. Itulah ubat hati mereka..
Perkara asas dalam hidup mereka terabai. Makan minum, rehat tidur, waktu mandi dan ke tandas, urus diri dan kasih sayang..mereka kena layan kerenah anak-anak. Jika ada anak di rumah. 24 jam nak makan. 24 jam rumah bersepah. Baru kemas sejam. Sekejap isteri urus benda lain. Rumah dah tak rupa rumah. Bersepah semula…mereka menjerit marah penat…belum kira anak menangis 24 jam. Nak susu, nak berak, main air, berebut mainan…Boleh darah tinggi 24 jam kena menjerit. Melihat dan nak menegur anak-anak..
Ads
Basuh baju jer. Dari pagi kutip baju. Basuh baju. Lepas tu jemur baju. Lepas tu angkat baju. Lipat baju. Kemas dalam almari ikut jenis. Ikut almari masing-masing. Kadang almari tak cukup beli bekas dekat giant. Sekejap lagi anak terbalikkan. Kasihankan. Ya Allah…
Duduk seorang diri di rumah. Takde orang lain. 24 jam mengadap pintu rumah. Takde kawan bercakap. Banyak nak cakap. Suami balik. Ingat nak cerita. Salah luah. Sebab dah penat. Cakap merapu. Suami pula cakap awak duduk rumah apa kerja? Awak duduk rumah macam mana duit habis? Awak duduk rumah tak boleh urus rumah? Terus rasa nak pecah kepala mereka. Kat mana nak mula. Kerja rumah kalau terang habis satu buku. Kalau cerita 3 hari 3malam tak selesai. Suami mengamuk pergi lepak dengan kawan. Lepak mamak. Cian isteri..isteri nak lari mana. Siapa nak jaga anak di rumah..ya ALLAH…
Ads
Kita kahwin ini amanah ALLAH. Tolak ansurlah. Kerjasamalah. Biar ada hati budi. Ada hati perut. Doakan isteri. Sayangi mereka. Bantu mereka. Beri masa dengar kisah hidup mereka. Ya Allah kami suami sangat sayang isteri amanahmu. Sayangilah mereka. Kekurangan kami dalam sayang dan beri masa bangunkan mereka dengan Islam kau maafkanlah.
Abang tadi menangis. Ya Allah… ustaz. Terima kasih. Sedih rasa. Rindu isteri saya. Betul lah ustaz. Tuler abang, saya lagi rindu isteri anak-anak saya. Bila tadi saya suap anak-anak 3 pagi duduk lepak. Jauh mereka merayau. Ya ALLAH selamatkanlah keluarga kami semua. Dari tadi saya sebak. Maaf saya emosi sikit cerita pada abang ini.
Hasrat pelakon, Syatilla Melvin untuk menimang cahaya mata ketiga tidak kesampaian apabila kandungannya gugur ketika berusia dua bulan.
Syatilla atau nama lengkapnya, Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 26, berkata,berita sedih itu disahkan oleh doktor selepas dia membuat pemeriksaan kesihatan semalam.
“Jika diikutkan semalam, saya dan Shaheizy Sam nak tengok degupan jantung anak kami, tapi tak ada dan doktor pun kata saiz tak membesar mengikut perkembangan kandungan.
“Doktor sahkan perkembangannya tak sempurna. Bayi masih ada tapi terbantut, kena tunggu seminggu atau dua minggu lagi. Kalau tak, terpaksa buat D&C (cuci rahim).
“Ikutkan saya niat nak puasa penuh sebab mengandung kan. Tetapi tak ada rezeki. Semalam ikutkan pergi buat pemeriksaan untuk mendengar ‘heart beat’ dan usia bayi, doktor beritahu berita buruk ini.
“Sepatutnya usia dia 8 minggu macam tu. Dua minggu lepas memang saya ada buat pemeriksaan tetapi saiz kecil, jadi doktor minta datang semula (semalam). Dan hasil pemeriksaan memang sama, jadi tak boleh nak teruskan,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran LB Creuset X Syatillah Melvin Nasi Daging Telentang.
Sambil meluahkan kesedihan, isteri kepada pelakon, Shaheizy Sam itu menganggap belum ada rezeki untuk dia dan suami menambah ahli baru.
Syatilla yang mendirikan rumah tangga pada Februari 2016 pernah keguguran sebelum dikurniakan cahaya mata sulung, Syeriv Samheizy yang kini berusia 4 tahun. Kemudian, pasangan ini dikurniakan anak kedua, Sarima Samheizy, 2 tahun.
“Sebenarnya, ini kali ketiga saya keguguran. Kali pertama, sebelum Syeriv dan kedua sebelum Sarima.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Masih ingat lagi tak penyanyi ‘Cinta Antara Benua’ iaitu ,Arni Nazira yang popular sekitar tahun 90an.
Kini beliau hidup bahagia dengan perkahwinan kedua bersama Mohd Hazrie Wan Mokhtar dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Wan Muhammad Mua’dz, 11, Wan Aleysha Maserra,, 9, dan Wan Muhammad Mushrief, 6 tahun.
Biarpun menyepikan diri dari bidang seni sekian lama, Arni masih menjadi perhatian peminatnya.
Baru-baru ini sempena meraikan hari raya Arni telah memuatnaik beberapa keping gambar bersama keluarganya dengan berpakaian sedondon.
Ramai yang memuji keluarga bahagia ini.
Apa yang menarik perhatian peminat, dua anak dara hasil perkahwinan pertamanya dulu dengan penyanyi dan pelakon Awie iaitu Puteri Aleeya Antasha, 21, dan Puteri Aleefa Antasha, 19 yang kini melanjutkan pelajaran di sebuah kolej di ibu kota.
ANAK WARISI KECANTIKAN IBU
Rata-rata memuji keayuan dua anaknya yang dikatakan diwarisi kecantikkan Arni Nazira. Ada juga mengatakan dua anak daranya saling tak tumpah seakan Awie.
Pendarahan di awal trimester kehamilan sememangnya begitu membimbangkan. Risau janin masih belum kuat dan masalah lain pula yang akan timbul kelak. Apa sebabnya hal ini terjadi?
Adakah darah ini normal atau berbahaya? Pendarahan faraj semasa hamil trimester pertama adalah perkara biasa.
Dianggarkan lebih 20% kehamilan mengalami pendarahan ringan atau tompokan darah semasa mengandung dan kebanyakan mereka yang berdepan situasi ini dapat melalui kehamilan sihat.
Pendarahan implantasi
Selalunya punca darah keluar semasa hamil yang berlaku adalah tidak berbahaya walaupun sebelum seseorang individu tersebut menyedari diri sedang mengandung.
Biasanya pendarahan ini terjadi apabila telur yang disenyawakan melekat pada lapisan rahim. Ia dikenali sebagai pendarahan implantasi.
Tanda-tanda pendarahan implantasi adalah pendarahan ringan atau tompokan di sekitar tempoh jangkaan kedatangan haid. Namun tidak semua wanita akan melaluinya.
Umumnya istilah tompokan ini biasanya merujuk kepada beberapa titik darah dan tidak menutupi keseluruhan tuala wanita atau panty liner.
Punca pendarahan berat semasa awal kehamilan
Pendarahan faraj semasa awal kehamilan kadangkala menunjukkan masalah yang serius, seperti:
Keguguran
-Pendarahan, sakit perut dan sakit belakang adalah tanda biasa keguguran
-Pemeriksaan menunjukkan bahawa serviks terbuka
– Tisu mungkin tertolak keluar melalui serviks dan faraj
Kehamilan molar
– Keabnormalan persenyawaan yang mengakibatkan pertumbuhan tisu abnormal dalam rahim.
– Kehamilan molar bukanlah kehamilan biasa, tetapi pertumbuhan dalam rahim membawa kepada gejala tipikal kehamilan awal
– Bagi kehamilan molar separa, terdapat pertumbuhan tisu tidak normal bersama kehadiran janin yang mengalami kecacatan kelahiran teruk
Kehamilan ektopik
– Pendarahan faraj ringan dan sakit perut yang semakin meningkat mungkin menunjukkan kehadiran kehamilan ektopik
– Merupakan kehamilan luar rahim di mana telur yang disenyawakan ditanam di luar rahim
– Untuk kehamilan jenis ini, embrio berada di dalam salah satu tiub fallopio. Apabila kehamilan membesar, tiub akan mengembang dan sakit perut akan menjadi teruk
– Dalam sesetengah kes, ia boleh memecahkan tiub fallopio sehingga mengakibatkan kehilangan darah yang banyak
Pendarahan subchorionic
– Dalam keadaan ini darah terkumpul di antara kantung kehamilan dan dinding rahim
– Ada kalanya, darah beku dalam rahim boleh dilihat semasa pemeriksaan ultrabunyi
– Biasanya badan akan menyerap semula bekuan darah ini, namun terdapat juga darah lama atau beku yang mengalir keluar daripada faraj.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Penghantar makanan maut dirempuh pemandu mabuk, "Suami baru turun kereta bantu mangsa kemalangan. " Hasrat seorang penghantar makanan untuk membantu mangsa kemalangan di Jalan Johor Bahru–Kota Tinggi bertukar menjadi tragedi apabila dia maut dirempuh sebuah kereta mewah jenis BMW, awal pagi Ahad.