Suami terindah bukanlah yang mampu memberikan segalanya. Tetapi suami yang setia dan selalu ada dalam tangis dan tawa bersama isteri serta anak-anak. Sifat sabar dan bertolak ansur perlu ada dalam sesebuah rumah tangga. Termasuklah juga ringan tulang membantu isteri tambah lagi jika kedua-dua anda bekerja.
Jangan biarkan isteri berpenat lelah di luar, apabila pulang, sendirian melakukan kerja rumah. Tidak perlu tunggu isteri meminta tolong, sebaliknya sama-sama melakukannya. Percayalah, isteri pasti tersenyum bahagia.
Perkongsian ustaz Ebit Lew mungkin boleh membuka pintu hati dan mata para suami dalam memahami situasi sekali gus menjaga hati seorang yang bernama isteri…
Sebak bila melihat seorang isteri….
Malam tadi jumpa seorang abang 4 pagi di kedai mamak…ustaz, sakit jiwa saya bila balik rumah berserabut. Malas rasa duk rumah. Isteri selekeh, rumah bersepah, dan kuat membebel dan marah-marah..apalah kerja dia di rumah. Anak 2 orang. Saya balik penat-penat nak rehat. Rasa nak berehat..dia cuma suri rumah jer…Ke ustaz rasa macam mana?
Kerja seorang isteri yang menjadi suri rumah sepenuh masa atau wanita yang bekerja. Dua-dua sangat penat abang. Sebab kerja rumah ini tak pernah habis..
Terutama jika ada anak-anak. Kerja di rumah tak pernah habis..
Saya jika balik tengah malam atau balik kerja isteri senyap atau tengah baring. Saya tolong picit kakinya. Urut tapak kaki. Saya tahu dia letih. Dan tolong tolak tarik bagi badan bunyi-bunyi. Sebenarnya bukan apa, saya tahu dia penat sangat..Bidadari saya buat semuanya kerana Allah. Begitulah semua isteri di dunia ini…kerana cinta kerana Allah mereka buat semua tu. Itulah ubat hati mereka..
Duduk seorang diri di rumah. Takde orang lain. 24 jam mengadap pintu rumah. Takde kawan bercakap. Banyak nak cakap. Suami balik. Ingat nak cerita. Salah luah. Sebab dah penat. Cakap merapu.
Suami pula cakap awak duduk rumah apa kerja? Awak duduk rumah macam mana duit habis? Awak duduk rumah tak boleh urus rumah? Terus rasa nak pecah kepala mereka. Kat mana nak mula. Kerja rumah kalau terang habis satu buku. Kalau cerita 3 hari 3malam tak selesai. Suami mengamuk pergi lepak dengan kawan. Lepak mamak. Cian isteri..isteri nak lari mana. Siapa nak jaga anak di rumah..ya ALLAH…
sumber: Ebit Lew