Suri Rumah Ajar Baki Duit Belanja Simpan Dalam Plastik, Sebulan Boleh Dapat RM500!

Share

Lain orang lain cara menyimpan, lebih-lebih lagi suri rumah! Siapa kata suri rumah tak boleh ada duit sendiri? Kalau pandai simpan, bukan sikit tau jumlahnya, boleh masuk ke 4 5 angka!

Tapi mana datang duitnya tu sebab tak ada pendapatan tetap? Haaaa itulah magiknya! Sebenarnya duit itu datang dari lebihan ketika berbelanja. Nak tahu lebih terperinci, jom ikuti perkongsian dari ibu anak tiga ini, Puan Salizawati binti Saleh yang sangat beri inspirasi buat golongan ibu ini.

Apa yang penting mesti kena ada disiplin dan tak boros ketika berbelanja. Setiap hari jika dah beli apa-apa yang patut, lebihan baki tu mesti terus simpan!

Menurut Salizawati, sebelum menyimpan duit menggunakan kaedah packing kecil-kecil ini, sebenarnya dia seorang yang sangat boros. Biasalah orang perempuan jika ada duit kat tangan mesti akan ada je nak beli itu ini. Daripada membeli barang-barang yang tak penting baiklah simpan!

Jadi bermula bulan Oktober 2020, dapat idea untuk buat simpanan cara macam ni agar boleh berjimat. Sekurangnya hujung bulan bila kira duit tersebut, kita pula yang rasa teruja.

Maksud duit baki berbelanja ni adalah baki duit beli lauk, beli sarapan, beli kuih muih atau jika keluar beli makanan dengan suami, lebihan duit tu saya akan ambil dan simpan. Suami pun memang akan beribaki lebihan duit pada saya. Tak kisah RM1, RM5, RM10, atau RM20. Ikut pada nasib hari tersebut.

Apabila dah dapat duit baki belanja tersebut, akan dimasukkan dalam plastik kecil dan stapler siap-siap supaya saya tak boleh ambil dah. Sebab saya berpendapat, jika letak dalam dompet, mesti akan guna juga.

Itu sebab saya terus istiqamah buat cara stapler setiap hari supaya bila dah hujung bulan, kita buka dan kira akan rasa gembira. Setakat ini duit lebihan belanja yang saya simpan setiap bulan paling banyak dapat RM500. Paling sikit sebulan tu dalam RM300.

Hasil duit yang di simpan, saya dah boleh barang kemas dan keperluan keluarga. Memang kita nampak duit RM1 je banyak, tapi siapa sangka kan bila dah kumpul dapat beratus setiap bulan.

Artikel Berkaitan : “Target Simpan Emas Sampai Boleh Beli Rumah Sendiri..”- Ni Pesan Dari Ayah Buat Anak Termotivasi!

Artikel Berkaitan : Tak Mampu Bayar Yuran KAFA, Budak Lelaki Nekad Simpan Duit Sekolah Demi Kawan!

Dah setahun buat macam ni, memang automatik kita akan berdisiplin. Sebab kita akan tertunggu-tunggu hujung bulan untuk tutup akaun dan gunting paket plastik tersebut untuk kira.

Awal bulan saya akan buat simpanan baru pula. Begitulah seterusnya hingga hari ini. Insya-Allah mula bulan November ini, duit lebihan yang di simpan ini akan masuk dalam bank pula.

Jadi buat suri rumah jangan rasa kita tak mampu. Tak kisah ada berapa pun duit, cuba mula simpan. Sikit-sikit pun, bila lama-lama kita kumpul pasti akan dapat banyak juga. Tak perlu ikut orang, boleh buat ikut kemampuan kewangan keluarga kita.

Macam duit syiling pun, kalau tak simpan, mesti letak merata jugakan. Jadi bila dah letak dalam botol atau tabung, sedar-sedar dapat juga beratus.

Sumber : Salizawati Saleh 

Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan  kod KELGST5 di sini