Ketika semua melahirkan rasa bimbang akan penularan wabak ini dan pesakit yang dijangkiti wabak ini lebih seribu orang, pastinya kita tahu, tugas yang mencabar dilalui oleh barisan hadapan kakitangan Kementerian Kesihatan Malayasia terutama para doktor dan jururawat.
Mereka bekerja tanpa henti supaya pesakit dirawat dengan sempurna sehingga sembuh. Bukan itu sahaja, mereka perlu dikuaratinkan agar tidak berjangkit dengan ahli keluarga. Malah ada dikhabarkan terpaksa memotong pendek rambut bagi mudah membersihkan setelah merawat pesakit yang dijangkiti. Pelbagai kisah lagi tentang pengorbanan barisan hadapan ini.
Situasi getir yang dihadapi oleh barisan ini pastinya menyentuh hati semua orang termasuk juga pesakit yang dirawati oleh mereka sendiri.
Sebagaimana perkongsian seorang jururawat, Zulaikha Zaki, mengenai sepucuk surat yang ditulis oleh salah pesakit yang dirawatnya yang pastinya membuatkan ramai terharu.
Ikuti perkongsiannya.
“Pesakit ni discharge petang tadi. Seorang tabligh. Then before dia balik, die selit surat ni celah-celah kertas kat kaunter wad dalam n takde bagitahu siapa-siapa pun. Maybe dia thu dia tak boleh sentuh or bagi kami ape-apa barang even kertas.
Terharu….
Jangan kecam dorang. Dalam wad, dorang smua behave. Sangat dengar kata.
Kita kecam org alim dalam kita tak sedar bila akhir zaman ni Allah tarik manusia yg golongan baik n arif dengan ilmu agama dulu.”
UCAPAN TERIMA KASIH DAN KONGSI SURAH BANTU PENYEMBUHAN.
‘Assalamualaikum semua pejuang-pejuang yang kami sayangi sentiasa. Kami akan sentiasa ingat pengorbanan jihad anda sebab pantau kesihatan kami selama kami berada di wad 56 tingkat 5. Selamanya anda pejuang-pejuang layan kami dengan penuh kasih sayang.
Tujuan saya tulis ini ialah nak share beberapa amalan untuk pejuang semua. Sebab kami kasihan dan sedih lihat pengorbanan anda semua. Kami tahu anda letih dan bertarung nyawa untuk rawat kami. Anda pun ada family yang nak diuruskan tapi anda tetap bagi senyuman kat kami. Anda sembunyikan letih dan risau anda daripada kami.
(Kami tahu anda sembunyikan letih dan risau anda. Kami doakan anda semua kuatkan semangat, untuk Allah dan Rasul. Sentiasa dalam rahmat Allah, diberi sihat afiat, dimudahkan segala urusan begitu juga buat family anda semua. Allahumma Amin.
Amalan yang ulama share kat kita
Baca surah taghabun (surah 64, juz 28) sampai habis (Ayat 1-18 beserta makna) setiap pagi, kalau sibuk cari masa free, sebaiknya dibaca pagi.
Mula – Selawat (3 kali), Al-Fatihah (3 kali), Al-Ikhlas (3 kali), Hasbi Allah Wani’mal Wakil (313 kali)
Tutup dengan selawat (3 kali)
Tiup ke dalam minuman, insya-Allah, Allah bagi sembuh dan jaga kita semua. Wallahua’lam.‘
Semoga barisan hadapan kita terus diberikan kesihatan dan ketabahan.
Sumber: Zulaikha Zaki