“Surat Cinta Umi & Abi Untuk Muhammad.” Ibu Ni Kongsi Cara Perbaiki Hubungan & Bonding Dengan Anak. Melting!

Share

Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Justeru, Ibu bapa lah yang bertanggung jawab mencorakkan anak-anak dengan didikan yang betul supaya tidak tersalah langkah.

Normal apabila ada anak-anak yang tidak mendengar kata terutama yang dalam proses membesar. Ada sahaja karenah mereka yang boleh menaikkan darah ibu bapa. tetapi kita tak boleh cepat melatah, kena guna pendekatan yang betul supaya anak-anak tidak memberontak.

Sebab itu setiap ibu bapa mempunyai cara atau pendekatan berbeza dalam mendidik anak-anak. Demikian juga dengan ibu bernama Nordianah Bachok.

Uniknya ibu ini menggunakan kaedah memberi surat cinta buat anaknya. Selain menegur kesalahan anak, kaedah ini juga memperbaiki hubungan ibu dan anak selain satu cara bonding antara ahli keluarga. Sweet kan.

Jom kita baca sama-sama perkongsian ibu ini.
Setiap ibu ayah pasti pernah tersilap dalam mendidik.
Terkasar bahasa dengan anak-anak.
Mungkin juga pernah terpukul ringan atau merotan kasar.
Kepada Allah kita mohon ampun dan minta maaf pada anak-anak. Pasti ramai yang menangis disujud terakhir atau tatkala melihat wajah anak tertidur lena letih seharian.
Allah Maha Pengasih Maha Menerima taubat hamba-Nya.
Masih belum terlambat untuk memperbaiki hubungan dan bonding dengan
anak-anak.
Tipsnya guna kemahiran menulis yang kita semua ada.
1. Kemahiran meluahkan emosi dan perasaan. Mungkin selama ini dengan anak kita hanya berkomunikasi secara lisan.
Kadangkala anak tak dengar, tak feel. Mereka tak aware, tak ingat pun apa yang kita sampaikan.
Saya cuba buat dengan Muhammad. Ia kaedah menulis jurnal juga tapi dalam bentuk Surat Cinta kepada anak-anak.
2. Sediakan satu buku khas untuk setiap anak. Jangan campur-campur. Customize sebab setiap anak isu mereka berbeza. Perasaan kita, aktiviti dan perkembangan berbeza. Kalau ada 7 anak, 7 lah bukunya. Beli sahaja di kedai Eco, Ninso dan lain-lain. Harga baru RM2.10 sebuah.
3. Berikan nama yang special pada buku tersebut dan tulis nama mereka.

Saya namakan Surat Cinta Umi & Abi Kepada Muhammad.
4. Tuliskan setiap Hari Surat Cinta ini untuk bacaan anak-anak. Tulis atau puji perbuatan baik yang mereka buat. Luahkan rasa syukur, sayang, gembira dan semua emosi positif kita kepada perbuatan anak-anak.
Sekecil-kecil atau sebesar-besar perbuatan. Masukkan emosi dan ia memang akan menyentuh perasaan anak-anak.
Juga perasaan kita sendiri. Saya menangis ketika menulis surat cinta ini. Pelbagai perasaan yang hadir. Syukur, terharu, sebak, bangga semua ada.
Pengalaman sendiri, Muhammad memang tak sabar-sabar nak baca apa yang saya tulis. Waktu baca tu, memang mukanya teruja sangat. Ada malu-malu sikit sebab dipuji. Akhirnya dia ucap terima kasih, mata bergenang dan cium peluk umi.
So melting.

Sekarang dia pun akan tulis Surat Cinta pada umi abi.
5. Surat Cinta ini juga boleh menjadi catatan untuk kita lihat progress dan perkembangan anak-anak. Mereka juga sedar apa kebaikan-kebaikan, amal soleh yang mereka buat. Jadi kita fokus kekuatan dan kelebihan mereka.
6. Secara tak langsung kita terlupa kesalahan kecil, tak sengaja yang mereka buat. Mungkin kita hanya tegur sekali sahaja dan ia mengelakkan kita membebel dan akhirnya ia menjadi kritikan menjatuhkan self esteem anak-anak.
7. Kebaikan lain, ia boleh menjadi alat perbincangan yang bagus untuk pasangan ibu ayah melihat gaya parenting masing-masing. Apa yang bagus, apa yang perlu dibaiki.
Insya-Allah proses parenting lebih menyeronokkan.
Semua ini tools mencapai Mawadah warahmah dalam keluarga yang sedang dibina.
.
Dapat sesuatu? Tip untuk anak dengar cakap, cuba cakap dengan penulisan bukan sekadar lisan.
Silakan share
#WowenEmpowerment
.
.
.


Nordianah Bachok
Heal with loves
https://ezy.la/TipPenulisanGhostwriter