“Surat Cinta Daripada Isteriku. Terima Kasih Isteri.” Bakal Bergelar Bapa, Air Mata Aidil Aziz Gugur, Sebak Terima Berita Fasha Sandha Hamil.

Share

Teka teki peminat pasangan ini berakhir apabila mereka mengumumkan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Sebelum ini di dalam posting Aidil Aziz ada memuat naik gambar isteri kesayangannya membeli juadah berbuka.

Lantaran itu, ada peminat yang meneka Fasha Sandha sedang berbadan dua. Namun hal tersebut dinafikan Aidil dan meminta peminat mendoakan yang terbaik.

Namun siapa sangka, selepas itu, Fasha membuat kejutan kepada Aidil dan video terbabit dimuat naik menerusi salah sebuah entri di laman Instagram aktor itu.

Video itu memaparkan aksi Aidil yang terkejut lalu menangis kegembiraan selepas membaca surat yang ditulis oleh Fasha.

Selain itu, Aidil turut memuat naik sekeping ‘surat cinta’ pemberian isterinya itu dengan kapsyen yang cukup menyentuh hati.

“Surat cinta daripada isteriku pagi tadi.  Terima kasih isteri.

“Due date doktor kira sepatutnya 2 Feb 2020, ni kes terlebih pening atau terlebih excited kot sampai salah tulis ?harap2 baby keluar masa kita punya anniversary dating 11 Feb,”tulis Aidil diruangan kapsyennya.

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik buat pasangan ini.

ismawanibte Alhamdulillah. Congratulations to pretty Fasha and handsome Aidil. So happy for both. Pla take good care of Fasha ok.??

nbilahlwani ALHAMDULILLAH ? KENAPA SY NANGIS JUGAK ?? CONGRATULATIONS ❤️❤️❤️❤️

havir3is79 Bestnya ? terpancar cinta yg ikhlas ??

ainasofia_03 Ak pon nangis skali tgok.bhgia sgt fasha sandha beruntung dpt suami cm aidil.menangis dpt tahu berita gmbira.ssh kot nk tgok lelaki menangis gembira terharu cmtu

annhuda180 Tahniah..knpe trbe aku ngis. .hahaha..sebak plak

puan_aslin sedihhnya. yang tengok niy pon rasa gembira, sedihh. may allah easy averything both of u kak fasha n abg aidil. congratulation ❤

Selebriti turut mengucapkan tahniah

hairulazreen Alhamdulillah congratulations

johanarrif Congratulations brother ???

jasminhamidjh Syukur alhamdulillah kerana Allah makbulkan doa adik-adikku ini untuk menambahkan lagi zuriat yang soleh dan solehan, aaminn.. Tahniah. ?

elisyasandhaofficial Congratulations abg ipar

eykafarhana Congratulations abang and kak @fashasandha❤️❤️

Sumber: IG itsaidilaziz