Surah Yassin bukan sahaja untuk dibaca setelah hamba Allah meninggal dunia. Surah ini juga dibaca sebagai amalan harian. Tahukah kita bahawa dengan mengamalkan membaca Surah Yassin tidak kira masa, kita akan memperolehi pelbagai khasiat dan mukjizatnya.
Lebih luar biasa ia adalah surah yang menjadi amalan para ulama.
Perkongsian ilmu Datin Amie Dato Radzuan yang mengikuti Kelas Pengajian tafseer Dato Dr Fathma ini pernah vira dan dishare oleh beberapa ustaz terkenal misalnya Ustaz Ebit Liew, Ustaz Iqbal Zain dan Ustaz Ahmad Nasir. Perkongsian Datin Amie ini memberi manfaat bersama. Moga menjadi inspirasi untuk membina sebuah keluarga sakinah dan mawaddah.
________________________________________________________
YASSIN HAJAT SEGALA HAJAT (Amalan Para Ulama)
(Surah Yassin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari kiamat.
Rasulullah saw telah bersabda, maksudnya “Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yassin (iaitu jantung Al Qurran).
Sesiapa yg membaca Surah Yassin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qurran seluruhnya” Daripada Ma’qil Ibni Yasar.
At-Tirmizi meriwayatkan daripada Anas RA, Rasulullah SAW juga bersabda : Surah Yassin dinamakan dalam kitab taurat dgn sebutan “Al-Mu’ammah” (yg umum) yg pembacanya secara umumnya akan memperolehi kebaikan dunia dan akhirat, mengelakan segala bala sama ada kesusahan didunia mahupun akhirat, Pembaca juga akan dilindungi daripada setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. 1. Sebaik nya Buat lah solat sunat Hajat dahulu,
2. Di ikuti solat sunat Tahajud
3. Bacalah Yassin selepas solat subuh dan ulanglah ayat2 yg seperti tertera dibawah.
4. Mesti 3 kali Jumaat berturut2, jika tidak anda dikehendaki mengulangi semula.
5. Anda mesti yakin.
Boleh juga di bacakan pada air jika untuk melembutkan hati anak/isteri/suami yg keras…
Wallahualam…Dari Kelas Pengajian tafseer Dato Dr Fathma.
* ( ada yg berjaya disembuhkan dari penyakit berbahaya, ada yg memohon untuk dapat anak selepas 10 thn kahwin berjaya dapat zuriat, ada yg suami tak solat, tiba2 mahu solat dan ke masjid dll) Mohon dan doalah dgn yakin. * Untuk lebih mustajab buatla juga solat sunat taubat, kadang2 doa kita tidak mustajab kerana dosa2 kita sendiri. Wallahualam.
Sumber Fb : Datin Amie Dato Radzuan