Surah Yassin bukan sahaja untuk dibaca setelah hamba Allah meninggal dunia. Surah ini juga dibaca sebagai amalan harian. Tahukah kita bahawa dengan mengamalkan membaca Surah Yassin tidak kira masa, kita akan memperolehi pelbagai khasiat dan mukjizatnya.
Lebih luar biasa ia adalah surah yang menjadi amalan para ulama.
Perkongsian ilmu Datin Amie Dato Radzuan yang mengikuti Kelas Pengajian tafseer Dato Dr Fathma ini pernah vira dan dishare oleh beberapa ustaz terkenal misalnya Ustaz Ebit Liew, Ustaz Iqbal Zain dan Ustaz Ahmad Nasir. Perkongsian Datin Amie ini memberi manfaat bersama. Moga menjadi inspirasi untuk membina sebuah keluarga sakinah dan mawaddah.
(Surah Yassin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari kiamat.
Rasulullah saw telah bersabda, maksudnya “Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yassin (iaitu jantung Al Qurran).
Sesiapa yg membaca Surah Yassin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qurran seluruhnya” Daripada Ma’qil Ibni Yasar.
At-Tirmizi meriwayatkan daripada Anas RA, Rasulullah SAW juga bersabda : Surah Yassin dinamakan dalam kitab taurat dgn sebutan “Al-Mu’ammah” (yg umum) yg pembacanya secara umumnya akan memperolehi kebaikan dunia dan akhirat, mengelakan segala bala sama ada kesusahan didunia mahupun akhirat, Pembaca juga akan dilindungi daripada setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan.
1. Sebaik nya Buat lah solat sunat Hajat dahulu,
2. Di ikuti solat sunat Tahajud
3. Bacalah Yassin selepas solat subuh dan ulanglah ayat2 yg seperti tertera dibawah.
4. Mesti 3 kali Jumaat berturut2, jika tidak anda dikehendaki mengulangi semula.
5. Anda mesti yakin.
Boleh juga di bacakan pada air jika untuk melembutkan hati anak/isteri/suami yg keras…
Wallahualam…Dari Kelas Pengajian tafseer Dato Dr Fathma.
* ( ada yg berjaya disembuhkan dari penyakit berbahaya, ada yg memohon untuk dapat anak selepas 10 thn kahwin berjaya dapat zuriat, ada yg suami tak solat, tiba2 mahu solat dan ke masjid dll) Mohon dan doalah dgn yakin.
* Untuk lebih mustajab buatla juga solat sunat taubat, kadang2 doa kita tidak mustajab kerana dosa2 kita sendiri. Wallahualam.
Sumber Fb : Datin Amie Dato Radzuan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Isteri kalau merajuk bukan dia mengada-ngada tapi ada sebabnya. Kadang dia penat, terlampau penat uruskan anak-anak dan suami. Suami pula langsung tak kisah malah tak membantu. Inilah yang buat isteri berjauh hati.
Buat suami, baca tulisan Ustaz Ebit Lew ni.
Jangan biarkan isteri merajuk tanpa dipujuk, Tadi balik dari penang ke kl jalan jem. Ada seorang wanita jumpa di RNR Tapah 3.30 pagi bertanya dalam nada sedih. Saya selalu mengamuk di rumah. Marah tak tentu pasal pada anak-anak. Saya tengok muka suami rasa nak marah jer…dia menangis…24jam asyik marah jer..menjerit. marah dan pukul anak-anak..
Lepas tu saya rasa bersalah.
Bila saya dengar begini saya faham dia salah tapi dia jadi begitu kerana tekanan dan dia perlukan sokongan suaminya..saya sedih bila lihat wanita macam tu. Ya Allah…kasihan anak-anak..
Mana suami puan. Di belakang tu. Suaminya datang salam saya..suaminya cium tangan saya. Dia orang baik. Saya tak biasa orang cium tangan saya…
Hari ini isteri abang diuji oleh Allah. Abang juga sedang diuji. Segala yang berlaku kerana Allah sayang. Dia simpan kebaikan disebalik ujian dalam rumahtangga.
Saya bawanya ke belakang dan bercakap berdua..Allah sayang abang. Dia ketemukan kita. Saya dapat rasa betapa sayang isteri abang pada abang..bantulah isteri abang. Dia benar-benar perlukan abang waktu ini..
Sunnah bawa bahagia. Rasul saw yang amat kita cintai teramat menghargai wanita. Dan melayan mereka dengan baik..
Abang peluk isteri setiap hari dan cium sebelum pergi kerja. Peluk lama sikit kepala bersandar dan kata ya Allah saya sayang isteri saya. Sayangilah dia. Berilah syurga yang tinggi buatnya..
Mandi bersama isteri. Berdua-duaan dalam hidup. Rajin bantu isteri. Sebenarnya isteri perlukan sokongan dan kasih sayang suami. Sama-sama kita kahwin. Anak kita sama-sama jaga. Didik dan kasihi anak sama-sama..
Bantu cuci najis anak. Bantu jaga anak supaya isteri dapat rehat. Beri isteri rehat. Jika dapat tengok wajah isteri tidur nyenyak atau berdengkur kita gembira. Sebab itulah isteri kita yang banyak korban untuk kita..masa tu kita bantu buat kerja rumah. Sekali sekala mereka bangun setelah penat urus rumahtangga sepanjang hari, lihat rumah dah kemas. Sampah dah dibuang. Mainan anak-anak dah dikemas. Letak bunga sebelah kepala isteri. Tulis kad terima kaseh sudi terima abang yang tak tiada apa-apa. Terima kaseh jadi isteri abang yang setia.
Buat Ta’lim dalam rumah bersama isteri anak-anak. Tarik rahmat Allah dalam rumahtangga. AL-Quran dan Hadis memberi nur dalam keluarga..
Baca dengan cinta dan kasih sayang.
Paling utama jadi pendengar isteri dengan baik. Mereka benar-benar memerlukan seseorang untuk mendengarnya bila berbual dan meluahkan. Mereka tiada sesiapa melainkan kita..dengar dengan cinta dan perasaan. Dengan jiwa..pandang wajah isteri. Tenung mukanya. Pegang tangannya. Sediakan bahu jika mereka menangis. Biarkan mereka menangis sambil usap kepalanya. Gosok belakangnya.
Jangan biarkan isteri merajuk tanpa dipujuk. Peluk dia lama-lama. Buat kejutan dalam rumahtangga setiap hari…isteri yang dibiarkan tanpa dipujuk biasanya mereka akan menjauh hati dan diri. Tidur mungkin masih sekatil tapi mimpi lain-lain.
Kasihan ramai isteri jadi over stress , sakit jiwa. Sakit. Kurus…dan ditimpa penyakit kerana tekanan dalam uruskan anak-anak..
Belajarlah sayangi dan hargai mereka. Siapa tahu kerana kita buat baik pada isteri, Allah maafkan kita dan masukkkan kita dalam syurga..dia redha dengan kita. Biarlah apa orang nak kata queen control ke. Takut isteri ke. Kita buat kerana Allah dan kerana mencintai Nabi saw. Sebab tu kita diciptakan menjadi lelaki untuk memahami, menyayangi dan melindungi isteri..
Abang tu kata terima kaseh ustaz..syukur Allah temukan kita dalam jem ni. Tak larat nak gerak dah jalan jem sangat. Rupanya ada rahmat Allah. Saya akan perbaiki diri dan bantu isteri. Saya tak tahu puncanya. Baru saya faham. Terima kaseh.
Kerana kebaikan abang dan isteri Allah temukan kita. Kerana Allah tahu abang suami isteri orang baik. Tak patut orang baik dibiarkan hidup tanpa bahagia.Allah jaga orang jaga agama…
Ebit Lew
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perbelanjaan rumah tangga harus diuruskan dengan sempurna. Jika suami dan isteri saling membantu memastikan kewangan kukuh, kena ada pembahagian yang jelas mengenai peranan masing-masing.
Sebagaimana perkongsian pakar kewangan yang menjelaskan bahawa pasangan suami isteri haru tahu pengurusan gaji dengan betul.
Ikuti perkongsiannya.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
GAJI SUAMI VS GAJI ISTERI
Saya pernah cadangkan dulu, ‘perbelanjaan hangus’ dalam rumah tangga diatas batu jemalang bahu suami.
Bayar kereta, rumah dan keperluan keluarga. Jika isteri nak bantu tak mengapa.
Perbelanjaan ‘masa depan’ seperti simpanan, pelaburan dan perlindungan diatas tudung lilit lilit mahkota isteri.
Jika sesuatu berlaku pada suami, sebagai punca pendapatan utama keluarga atau ketua keluarga seperti meninggal atau cacat kekal.
Kehidupan anak isteri akan lebih terbela, mereka ada simpanan pelaburan dan perlindungan.
Ini sesuai dengan sifat suami seorang yang gagah, kacak, bertanggujawab, suami soleh, beriman agar melindungi keluarga kita.
Kawan kawan,
Dalam bina keluarga, ‘Jangan berlumba’ antara suami dan isteri. nanti kita akan banyak berahsia. Maka jalani bersama.
Duit simpan dan labur dimana, banyak mana ada agar merancang sebagai pasukan bersama.
keluarga itu dibina bersama bukan untuk dilumba lumba sesama kita. Inilah perjalanan yang kita akan nikmati, membina keluarga bersama.
Baru-baru ini tular tentang aksi seorang penyanyi, Masha Masyitah yang dianggap pengotor kerana memakan sotong dan udang kecil secara hidup-hidup.
Bagi yang ragu-ragu dengan perbuatan demikian, di sini kami sertakan penjelasan dari pandangan pihak Mufti Wilayah Persekutuan di laman web rasmi mereka, di mana ada seorang individu pernah mengajukan soalan tentang hukum memasak atau memakan haiwan yang masih hidup contohnya sotong kurita. Jom sama-sama timba ilmu apa hukumnya untuk manfaat bersama.
Berbuat baik kepada haiwan
Sebagai umat Islam kita dituntut untuk melakukan kebaikan kepada kesemua makhluk. Ia merangkumi berbuat baik kepada manusia sama ada orang Islam atau bukan Islam. Demikian juga, kita dituntut untuk berbuat baik kepada haiwan.
Kita tidak boleh sewenang-wenangnya membunuh haiwan melainkan bertujuan bagi mendapat manfaat darinya seperti memakannya. Rasulullah SAW pernah bersabda :
ما من إنسانٍ قتلَ عُصفورًا فما فوقَها بغيرِ حقِّها إلّا سألَهُ اللَّهُ عزَّ وجلَّ عَنها قيلَ: يا رسولَ اللَّهِ ! وما حقُّها؟ قالَ : يذبحُها فيأكُلُها ولا يقطعُ رأسَها يرمي بِها
Maksudnya : “Tidaklah seseorang membunuh burung pipit dan yang lebih besar daripadanya (burung tersebut) tanpa hak melainkan Allah SWT akan bertanya mengenainya. Ditanya : Wahai Rasulullah! Apakah haknya? Baginda menjawab : Haknya adalah menyembelihnya, kemudian memakannya. Dan tidak memotong kepalanya (membunuhnya), kemudian membuangnya.”
Riwayat al-Nasaie (4349)
Sehinggakan saat hendak menyembelih haiwan pun kita disuruh untuk berbuat ihsan (baik) kepadanya (haiwan tersebut), dengan mematikan (menyembelih) dengan cara yang terbaik. Rasulullah SAW bersabda mengenai perkara ini :
إنَّ اللَّهَ كَتَبَ الإحْسانَ على كُلِّ شيءٍ، فَإِذا قَتَلْتُمْ فأحْسِنُوا القِتْلَةَ، وإذا ذَبَحْتُمْ فأحْسِنُوا الذَّبْحَ، وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ، فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ
Maksudnya : “Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat baik kepada setiap sesuatu. Apabila kamu semua hendak mematikan (haiwan), matikanlah dengan cara yang terbaik. Apabila hendak menyembelih, sembelihlah dengan cara yang terbaik. Hendaklah kamu menajamkan pisau dan mengistirehatkan sembelihannya.” Riwayat Muslim (1955)
Hadis ini secara jelas telah menyatakan mengenai kewajiban berlaku ihsan kepada setiap makhluk. Kata Syeikh al-Sa’di : “Maka termasuklah antaranya berbuat ihsan kepada kesemua kategori manusia, dan juga kepada haiwan-haiwan. Sehinggakan pada saat ingin menyembelih haiwan juga dituntut (untuk berlaku ihsan).” (Lihat Bahjah Qulub al-Abrar, 1/127).
Memasak atau memakan haiwan yang masih hidup
Terlebih dahulu, kita kena ketahui bahawa perkara ini tidak mungkin akan berlaku kepada haiwan yang hidup di darat kerana bagi menghalalkan dagingnya, ia hendaklah disembelih terlebih dahulu. Sekiranya haiwan tersebut tidak disembelih sebagaimana sembelihan yang telah ditetapkan oleh syarak, maka ia menjadi bangkai dan haram ke atas kita memakannya.
Begitu juga, apa-apa bahagian yang terpotong daripada haiwan ternakan (darat) yang masih hidup, menjadi bangkai. Sabda Nabi SAW :
ما قُطِعَ منَ البَهيمةِ وَهيَ حيَّةٌ فَهوَ ميتَةٌ
Maksudnya : “Apa-apa yang dipotong dari haiwan ternakan dalam keadaan ia masih hidup maka ia adalah bangkai.” Riwayat al-Tirmizi (1480)
Maksudnya : “Bahagian yang terpisah daripada haiwan yang hidup… (hukumnya) adalah seperti bangkainya. Iaitu haiwan yang hidup tersebut, sekiranya ia suci (iaitu bangkainya) maka bahagian yang terpisah itu juga adalah suci, sekiranya ia adalah najis maka bahagian yang terpisah itu juga adalah najis… Oleh itu, bahagian yang terpisah daripada manusia atau ikan atau belalang adalah suci, manakala selainnya (manusia, ikan dan belalang) adalah najis… Adapun, bahagian yang terpisah daripada haiwan yang sudah mati, hukumnya mengikut sebagaimana haiwan tersebut mati (disembelih ataupun tidak) tanpa syak lagi melainkan pada bulu haiwan yang boleh dimakan. Hukumnya adalah suci secara Ijma’ (para ulama).” (Lihat Mughni al-Muhtaj,1/235)
Akan tetapi, bagi haiwan atau hidupan (yang hidup di dalam air), tidak perlu disembelih dan bangkainya adalah suci. Firman Allah SWT :
أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ
Maksudnya : “Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut.” (Surah al-Maidah : 96)
Nabi SAW juga ada bersabda :
هُوَ الطَّهُورُ مَاؤُهُ، الحِلُّ مَيْتَتُهُ
Maksudnya : “Airnya suci, dan bangkainya suci (tidak perlu disembelih).” Riwayat al-Tirmizi (68)
Berbalik kepada soalan yang ditanyakan, disebutkan di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah bahawa sekiranya seseorang mendapatkan ikan yang masih hidup, tidak boleh untuk dia terus memakannya sehinggalah ikan tersebut mati atau dimatikan sebagaimana yang telah dinyatakan oleh ulama Hanafiyyah dan Hanabilah. Dan makruh hukumnya memanggang ikan tersebut hidup-hidup kerana ia telah menyeksanya tanpa keperluan. Hal ini kerana ikan adalah hidupan yang cepat mati, maka boleh ditunggu ia mati terlebih dahulu (sebelum dimasak). (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 5/131)
Imam al-Nawawi telah menyebutkan di dalam kitabnya bahawa sekiranya ditelan ikan ketika ia masih lagi hidup atau dipotong separuh daripadanya (ketika masih hidup), kemudian dimakan, ada dua pendapat. Pendapat yang paling sahih ialah makruh dan bukannya haram. Manakala pendapat yang kedua ialah haram dan ini adalah merupakan pendapat Imam al-Ghazali. (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 9/73) Maka, termasuklah juga haiwan-haiwan atau hidupan lain yang hidup di dalam air, yang mana mengambil hukum ikan.
Oleh itu, kami berpendapat memasak ikan atau sotong kurita atau lain-lain hidupan air (yang halal dimakan) ketika masih lagi hidup adalah makruh. Matikanlah terlebih dahulu haiwan berkenaan dengan cara yang terbaik atau menunggunya mati terlebih dahulu kerana kebiasaannya haiwan yang tinggal di air tidak dapat hidup lama di atas darat (berpisah dengan air).
Demikianlah juga, hukum memakan haiwan berkenaan ketika masih lagi hidup adalah makruh sekiranya tidak memudaratkan. Hal ini kerana kebiasaannya daging haiwan yang masih mentah (belum dimasak) mudah terdedah dengan pelbagai jenis bakteria yang boleh memberi mudarat dan membahayakan tubuh badan. Oleh itu, adalah lebih baik haiwan berkenaan dibuang perutnya, kemudian dibersihkan dan dimasak terlebih dahulu, sebelum dimakan. Ini adalah lebih selamat dan menepati sebagaimana firman Allah SWT :
Maksudnya : “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik” (Surah al-Baqarah : 168)
Kesimpulannya
Berdasarkan perbahasan dan perbincangan di atas, kami menyimpulkan bahawa hukum memakan dan memasak haiwan seperti ikan atau sotong kurita atau hidupan yang seumpamanya (hidup di dalam air dan halal dimakan), ketika masih lagi hidup adalah makruh.
Lebih-lebih lagi, kita dituntut supaya berbuat baik (ihsan) kepada haiwan. Maka, termasuk dalam perbuatan ihsan tersebut, tidak menyeksanya dengan memasaknya dalam keadaan ia masih lagi hidup.
Begitu juga, kita dituntut untuk memakan makanan yang halal lagi baik. Memakan haiwan yang telah dimasak dan dibersihkan adalah lebih menjamin konsep baik (kualiti) pada makanan tersebut kerana daging haiwan yang masih mentah (belum lagi dimasak) kebiasaannya mudah terdedah kepada pelbagai jenis bakteria yang boleh membahayakan tubuh badan kita.
Akhir kalam, kami berdoa agar Allah SWT memberikan kefahaman yang baik kepada kita semua dalam beragama. Ameen.